G-K566N94YEK DOA, SALAM DAN SOLAT

DOA, SALAM DAN SOLAT


DOA ADALAH IBU IBADAH...
Solat itu asas dan tiang Agama...
Doa adalah asas dlm solat...
Alfatihah adalah Doa...
Hampir setiap bacaan dalam solat adalah memohon kebaikan dan kesejahteraan...
SALAM JUGA SATU DOA...
Maka sebarkanlah...
Salam juga tanda/signal persahabatan dan persaudaraan...
Tanda satu Tuhan, satu Agama, satu Asal dan satu Tujuan...
Dalam solat juga ada Salam...
Maka dirikanlah SOLAT..!!!!
Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Buat akal yang bijaksana!
Renungkanlah...
Di Whatsapp 300 kawan...
Di Facebook 5000 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 150 kawan...
Namun Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...
Dalam jenazahmu, hanya keluargamu sahaja yang menguruskannya.
Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...
Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...
Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...
Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.
Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat al-Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Zat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.
Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah SWT hendaknya kamu berharap.
LANGKAH MENUJU SYURGA...
Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya???
1. Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.
3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.
4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.
5. Sesiapa yang tinggalkan solat Isyak, maka tak ada rasa nyaman dalam tidurnya.
Subhanallah.....
Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??
Sebab ini rahmat dari Allah SWT atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah dia menyebutkan kalimah itu.
Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah Laa ilaaha Illallah.
Apabila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah sebahagian daripada amal2 soleh....
Assalamualaikum......

0 Ulasan