Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Dari Mana Datangnya Duit Pencen Pesara Kerajaan??


Wahai Warga Pesara Kerajaan:

Mari kita sama-sama fahami pencen yg kita terima.

1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai negeri/negara

Jawapan. Tidak.

Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat dulu.

2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

KWAP mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia dalam perkhidmatan. 

3.0 KWAP tidak menerima apa-apa wang dari setiap belanjawan tahunan negara/negeri. Ia adalah entiti yg diperbadankan.

4.0 Mengapa orang ramai sering mempertikaikan kita yg telah bersara ini seolah-olah makan gaji buta atau menghabiskan duit rakyat. Sebab mereka terkhilaf tentang perkara ini.


Pesara tidak dibayar gaji tetapi semua pesara mendapat imbuhan tetap bulanan/pencen melalui simpanan yg telah dicarumkan ke dalam KWAP semasa tempoh hayat perkhidmatan kita dulu.

DiHarap penerangan ini dapat menangkis pandangan negatif terhadap kita sebagai warga pesara.




KAD PESARA DAN KOD-KOD BERKAITAN


TAHUKAH ANDA?


Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia


PERTAMA

AP : Pesara Awam 

        Persekutuan


AN: Pesara Awam Negeri


AB: Pesara Awam Badan 

       Berkanun


AK: Pesara Awam Pihak 

       Berkuasa Tempatan


AX: Pesara Awam Kesihatan

       Persekutuan


AY: Pesara Awam Kesihatan 

      Badan Berkanun


AZ: Pesara Kesihatan 

       Tentera


AT: Pesara Angkatan 

      Tentera 


AS: Pesara Polis


AW: Pesara Awam 

        Kesihatan Pihak 

        Berkuasa Tempatan


KEDUA

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)


BP : Pasangan Pesara 

       Awam Persekutuan


BN: Pasangan Pesara Awam 

       Negeri


BB: Pasangan Pesara Awam 

       Badan Berkanun


BK: Pasangan Pesara Awam 

       Kuasa Tempatan


BX: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Persekutuan


BY: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Badan 

       Berkanun


BZ: Pasangan Pesara 

       Kesihatan Tentera


BT: Pasangan Pesara 

      Angkatan Tentera 


BS: Pasangan Pesara Polis


BW: Pasangan Pesara 

        Kesihatan PBT 


*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara


*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)


*** hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)


*** bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan 


———————————


KELAYAKAN WAD

(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)


JUSA ke atas:          

Kelas 1A (bilik Seorang)


Gred 45-54:

Kelas 1A (bilik seorang)


Gred 31-44:                        

Kelas 1B (Bilik Berdua)


Gred 21-30:

Kelas 1C (Bilik Bertiga)


Gred 1-20:

Kelas 2 (bilik berempat)


————————————


Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?


- pesara

- pasangan 

- anak-anak bawah umur 18 

   tahun, jika sambung 

   belajar di IPT, sehingga 

   21 tahun

- ibu bapa (untuk 

   perubatan dan dialisis 

    sahaja)


————————————


Siapa yang akan membiayai perubatan pesara? 


Pesara Awam Persekutuan:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA


Pesara/Veteran ATM Berpencen:

JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)


Pesara Awam Negeri:

PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING


Pesara Awam Badan Berkanun:

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT


Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT 


————————————


Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda? 


Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my


Sekian dimaklumkan.


Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berkaitan boleh?


Terima kasih

Dari Group Whatapps


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...