G-K566N94YEK Raja-raja Melayu Perlu Dipertahankan!!!

Raja-raja Melayu Perlu Dipertahankan!!!

Monday, October 5, 2009 at 8:47pm

Raja merupakan pemerintah tertinggi di sesebuah negeri yang lazimnya digelar Sultan. Raja di Malaysia bermula sejak dari zaman Kesultanan Melaka lagi. Pada masa Kesultanan Melaka Sultan berkuasa penuh dan mempunyai imunitinya sendiri. Pada masa itu rakyat jelata takut untuk menderhaka kerana bimbang terkena tulah. Dalam erti kata lain r rakyat lebih menghormati raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 

 Hari ini kita lihat, raja-raja Melayu sudah mula tidak dihormati oleh rakyat jelata ada yang mencemuh ada juga yang mengherdik serta ada yang sanggup melakukan tingkah laku biadap seperti menahan kenderaan raja. dan menghina keputusan Raja Raja sepertimana yang berlaku di negeri Perak dan Terengganu. Seolah-olah tingkah laku ini yang bercorak penderhakaan cuba dilazimkan oleh rakyat jelata semuanya kerana politik. Lebih memalukan tindakan bilazim tersebut dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Sedangkan raja-raja Melayu berperanan untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu.
Tunku Abdul Rahman juga berketurunan Raja2 Melayu.

Ahli-ahli politik telah banyak mentafsirkan sesebuah KERAJAAN. jika kita amati KERAJAAN adalah Hak Mutlak RAJA. Jika kita perhatikan dari ejaannya KE-RAJA-AN. Ini harus direnungi oleh semua ahli politik yang memerintah sesebuah negeri atau negara. Parti Politik yang menang dalam Pilihanraya adalah sekadar pentadbir yang mentadbir sesebuah negeri atau negara setelah dipilih oleh rakyat jelata dalam proses pengundian. 

Jangan sewenang-wenang memanggil diri mereka adalah KE-RAJA-AN. Saya memuji cara Tun Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri ianya sering mengunakan kami adalah Parti yng mentadbir dan KE-RAJA-AN adalah milik RAJA-RAJA. Hormat dan akurnya pada Raja-Raja adalah seperti mulia. Tun Ahmad Badawi adalah seorang yang bijaksana, memerintah negara dgn lembut namun dalam kelembutan ramai wakil-rakyat yang mengelupor dan ketakutan atas dasar ketelusan dan memberikan media mengeluarkan isu-isu perihal rakyat dan kawasan.

 

Raja-raja Melayu mempunyai peranan yang besar di dalam menjaga hak-hak orang Melayu dan membela orang Melayu sebab itulah raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dan kuasa mutlak raja-raja Melayu sepatutnya tidak dipertikai oleh orang Melayu sendiri. Namun dewasa ii kita lihat ramai orang Melayu sudah berani mempertikaikan kuasa mutlak yang ada pada raja-raja Melayu. Pelajarilah dari Perlembagaan Persekutuan Tanah.

0 Ulasan