G-K566N94YEK Adakah Pertahankan Perlembagaan Negara Salah. - Wira Perkasa.

Adakah Pertahankan Perlembagaan Negara Salah. - Wira Perkasa.



7 HOM Perjuangan Wira Perkasa Malaysia, Semangatkan Laungan " H.O.M" Dengan Penuh Semangat
Asskum rakan yg saya hormati, terpanggil saya utk menulis perkara yg begitu dekat dihati saya iaitu perjuangan Alif, Baa, Taa...Asas dlm perjuangan PERKASA juga.

Kebelakang ini saya lihat pelbagai tuduhan, cemuhan , tohmahan, makian dan kata2 yg tidak enak didengar dilontarkan kepada PERKASA. Kenyataan2 yg dikeluarkan oleh sesetengah golongan terhadap PERKASA bagi saya ianya dilihat sebagai satu cabaran, halangan serta asam garam dalam politik.

Mereka mengeluarkan kata2 dimana PERKASA ini rasist dan haluan kanan dan sebagainya.Dalam hidup ini adalah mudah mencari kesalahan orang daripada melihat kesalahan diri sendiri. Ini cukup membimbangkan saya bila perjuangan untuk agama, bangsa dan negara adalah perjuangan setiap manusia pribumi untuk memastikan kuasa pribumi ini kekal untuk diwaris generasi yang akan datang. Jangan sampai kita terlalu memikirkan hak orang lain dan kehendak orang lain sehingga kita lupa pada hak dan kehendak orang2 pribumi negara.
Perkara begini amat membimbangi pihak saya kerana kebelakangan ini asakan-asakan kaum-kaum lain cukup tinggi, adakah kita hanya akan berserah dan akhirnya apa yang ada pun sedikit demi sedikit akan terhakis. Perkara ini benar2 sudah berlaku, adakah sesetengah pihak hanya menutup sebelah mata dan buat seperti perkara ini tidak penting. Nyata dan jelas keresahan orang2 pribumi negara sudah terdetik didalam hati kecil mereka untuk memastikan HAK Mutlak Pribumi di pertahankan.

Dalam ertikata ini PERKASA khususnya dilahirkan utk memastikan PERLEMBAGAAN NEGARA dihormati oleh semua masyarakat dan rakyat. Soalannya disini Adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA DIKATAKAN HALUAN KANAN DAN RACIST ( PERKAUMAN). Seharusnya rakan2 diluar sana harus menilai secara matang mengenai perkara ini. PERKASA hanya mahukan Perlembagaan Negara Dihormati terutama fasal2 yg berkenaan dgn Pribumi Negara. Adakah perkara yang saya nyatakan dibawah ini dikatakan Racist dan haluan kanan:

1. Hak2 Keistimewaan,Kedudukan dan kemulian Org2 Melayu kekal.
2. Kebesaran Raja-Raja Melayu dipertahankan
3. Pertahankan Agama Islam kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ni sebahagian daripada perjuangan PERKASA.Rakan2 harus paham PERKASA mempertahankan perlembagaan negara, dalam ertikata sebenar PERKASA mempertahankan kedudukan istimewa orang2 Melayu dan kepentingan SAH kaum2 lain mengikut perlembagaan Negara. Soalan saya mudah adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA dianggap Racist dan Haluan kanan, cuba rakan2 nilaikan.

Jesteru itu, jika sesetangah pihak yang tidak melihat dan menkaji perkara ini secara matang akan hanya menyebabkan perpecahan bukan sahaja antara kaum2 pribumi malah akan wujud perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan,pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Negara kita akan menuju kehadapan dan terus berjaya jika Perlembagaan Negara dihormati oleh semua kaum dinegara kita. Maka bagi saya secara peribadi adalah menjadi tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan menghormati Perlembagaan Negara .

Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak SAH mereka kerana HAK-HAK tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalamUndang2 tubuh negeri2 Di Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Saya dengan ini mengharapkan penjelasan dan menegas disini PERKASA bukan RACIST dan HALUAN KANAN seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang tidak memahami Perlembagan Negara. Disini saya secara peribadi berharap segala kekeliruan berhubung PERKASA dikalangan Rakyat Jelata akan dibendung dan akan wujud satu suasana, aman, harmoni dan sikap saling hormat-menghormati dikalangan rakyat Malaysia akan terus dapat diwujudkan demi ketenteraman negara.

Disini ingin saya nyatakan kepada rakan2 diluar sana Teruskan Agenda Transformasi Penyatuan dimana bila kaum Pribumi Bersatu, kaum2 lain akan menghormati kita atas dasar Perlembagaan Negara Malaysia.

Maka PERKASA Bukan Pertubuhan Racist dan Haluan Kanan , Kerana Mempertahankan ' Perlembagaan Negara " Adalah tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia..Kepada Wira2 Perkasa Seluruh Negara Teruskan perjuangan dan laungkan " H.O.M' dengan penuh rasa bangga dan hormat..Kerana perjuangan kita belum selesai..wasalam


Yang Sayangkan Perlembagaan Negara

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia


2 Ulasan

Mordecai Kucai berkata…
Mempertahankan itu adalah perkataan yang salah.

Seolah olah kita lemah.

Itu ertinya kita juga tidak faham perlembagaan.

Perkara perkara tersebut di atas seperti yang tuan gariskan itu adalah hanya boleh diubah oleh Majlis Raja Raja Melayu.

Perlimen tidak ada upaya untuk mengubah nya biar pun mendapat sokongan 100%.

Sila rujuk kepada artikel oleh pakar perlembagaan dari UIA.

Sebenarnya Perkasa adalah dalam sessi memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat tentang perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan Melayu.

Misalnya termasuk perkara perkara seperti, adakah terdapat kuncu kuncu yang telah memadamkan maklumat ini dari buku buku teks?

Adakah cara penyampaiannya yang tidak berkesan?

Perkasa mesti tentukan rakyat dari sekolah rendah faham mengenai ini dan tahu yang perkara ini tidak boleh diubah.

Kalau tidak ini lah jadinya.

MEMBERI KEFAHAMAN DAN PENERANGAN MENGENAI HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN.

Kita tidak perlu pertahankan kita perlu beri penerangan di semua salur yang ada. Pastikan ianya jelas dalam buku teks sekolah.

Ianya adalah utuh. Ianya tidak perlu pembelaan. Ianya masih berkuatkuasa hingga sekarang.

Cuma ada orang buat tak faham, ada orang tak faham dan ada orang tak ambil tahu.
King Faizal berkata…
Adakah kamu fikir semua perkara di dunia ini kebal???....
adakah kamu juga fikir ada perkara di dunia ini kekal??....
apa yang saudara cuba ungkit ini cuma masalah teknikal...
Relax... hormat tulisan orang lain... cuma hayati isipati tulisan ini.... ok???