Apakah itu RIYA'?? Apakah definisinya...
Dalam sudut bahasa Arab, riya' itu berasal daripada perkataan arriya’ (الرياء) yang terhasil dari kata kerja raâ ( راءى) yang bermakna memperlihatkan.
Riya’ merupakan satu tindakan sengaja memperlihatkan amal ibadah dengan tujuan agar diperhatikan dan mendapat pujian dari orang lain.
Riya’ juga termasuk karena meniatkan ibadah selain kepada Allah SWT.
Riya’ ada dua jenis. Riya yang pertama hukumnya termasuk syirik akbar (syirik besar). Syirik akbar adalah jika seseorang melakukan suatu amal bukan karena Allah.
Orang-orang yang termasuk melakukan syirik akbar melakukan sesuatu karena hanya ingin dipuji atau dianggap hebat. Sifat Riya yang seperti inilah yang dimiliki oleh orang-orang munafik.
Riya yang kedua adalah yang hukumnya termasuk syirik asghar. Orang-orang beriman sering terjerumus ke dalam sifat riya’ ini.
Yang termasuk dalam syirik asghar adalah kalau orang tersebut melakukan amal ibadah karena Allah sekaligus karena hal lain.
Walaupun niatnya didominasi karena Allah, terkadang orang-orang seperti ini melakukan sesuatu juga karena ingin dilihat orang lain, sehingga niatnya tercampur. Karena itu riya’ seperti ini juga disebut syirik kecil.
Apakah pula definisi INDUSTRI RIYA'??
Industri Riya' yang aku maksudkan ialah;
Sebuah gerakan terancang dan formasi aktiviti ekonomi yang berteraskan menggunakan AGAMA untuk menunjuk-menunjuk kebaikan dimedia-media baru demi pesona diri bertujuan untuk keuntungan duniawi.
Melakukan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan seperti memberi sedekah, memberi makanan dan minuman kepada gelendangan, berdakwah di jalanan dan banyak lagi demi membina PESONALITI DIRI dimedia sosial malah dimedia arus perdana dengan cara yang terlalu drastik dan melampau-lampau.
Ia bakal mengundang wabak penyakit jiwa kepada seluruh muslimin dan muslimat seantero dunia jika ia terus berterusan menjadi kebiasaan dipaparan dada-dada akhbar.
Kita mula seronok menunjuk-nunjuk sedekah dan kebaikan kita kepada khalayak ramai dan ia bakal dianggap sebagai satu kemestian pula pada masa akan datang.
Ia bakal merosakkan akidah dan nilai-nilai harmoni kehidupan kita jika kita dan pemimpin kita tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalangnya.
Malah kita semakin galak mengangkat mereka-mereka ini sebagai HERO kita dan sudah mula mengecam dan mengkeji kepada semua pihak-pihak yang selama ini SEMBUNYI ibadah mereka sebagai pihak yang tidak bertanggung jawab.
Aku simpati kepada PUSAT ZAKAT seluruh negara yang dikecam terhadap kesusahan rakyat walhal sudah sangat banyak aktiviti dan sudah terlalu ramai yang pusat zakat membantu rakyat.
Pusat-pusat Zakat hanya melaporkan gerak kerja mereka di media-media tertentu sahaja tanpa melakukan usaha untuk men'VIRAL'kan demi mencari NAMA dan PESONA.
Dan realitinya ramai lagi dermawan-dermawan senyap yang wujud di alam semesta ini tanpa sesiapa pun yang tahu akan diri mereka siapa.
Hanya Allah dan para malaikat lebih mengetahui dan mengenali mereka.
Dimanakah hendak diletakkan kedudukan Sultan Brunei, Sultan Arab, dermawan-dermawan dunia Arab dan Jutawan Islam yang lain??
Ya, mereka juga ada keluar di dada ahkbar kerana melakukan aktiviti sebegini tetapi ia dilaporkan oleh pihak ketiga.
Sebahagian aktiviti sebegini dilaporkan oleh pihak ketiga seperti wartawan-wartawan asing dan sebagainya, bukannya pekerja mereka sendiri.
Mereka tidak mengarahkan orang mereka sendiri menangkap gambar dan memuat naik dimedia sosial kepunyaan sendiri.
Aku bukan benci golongan PERSONALITI RIYA' ini tetapi aku mahukan mereka-mereka semua ini berpada-pada dalam membina nama dan pesona personaliti mereka sehingga boleh mendatangkan MUDARAT.
Rakyat menyanjung mereka dan peliknya sekarang rakyat mula mengkeji kepada sesiapa yang tidak seperti mereka. Itu sudah salah pada pandangan mata aku.
Tergeraknya aku menulis artikel ini adalah kerana aku terlihat salah seorang personaliti tersebut di media sosial menunjuk-nunjuk bahawa beliau sangat menyanjung Tuan Guru sehingga sanggup beliau menyarung selipar ke kaki Tuan Guru itu walhal Tuan Guru itu tidak selesa diperbuat sebegitu.
Aku betul-betul tak selesa melihat tindakan tersebut dimuatnaik di media sosial.
Sesungguhnya Islam lebih mengangkat ibadah-ibadah yang disembunyikan jauh lebih tinggi daripada ibadah-ibadah yang terang-terangan.
Ia lebih afdhal dalam banyak dalil dan nas. Kalian boleh membuat carian digoogle atau bertanya sendiri kepada ustaz-ustaz yang bertauliah.
Tunjuklah 1 dan sembunyikanlah 1000 ibadah kita yang lain. Semoga suara aku ini memberi manafaat kepada kita sekalian.
Apa yang penting, aku dah tegur. Maka lepaslah tanggungjawab aku. Selebihnya aku serah kepada Allah dan masa untuk menentukan.
CUKUPLAH kita telah bersama-sama membantu membangunkan INDUSTRI RIBA..
janganlah pula kita terus membina pula INDUSTRI RIYA' ini menjadi sesuatu keperluan dalam kehidupan kita.
Terima kasih.
#riya #industririya #riya'
0 Ulasan