Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

SIAPAKAH KALIAN JIKA BERADA DI ZAMAN NABI MUHAMMAD


WAHAI KAWAN, DI MANA POSISI KALIAN JIKA HIDUP DI ZAMAN NABI? 

 

1.  Orang tak marah kalau Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) mengadakan kuliah tafsir. Tapi orang mula jengkel apabila beliau menyampaikan politik Islam. 

Kalau Nabi s.a.w. sekadar ajak pengikutnya solat dan puasa, orang musyrikin tidaklah sampai sanggup berperang dengan Rasulullah.

 Tetapi apabila Nabi mula melaksanakan tuntutan politik Islam, para musyrikin mula mengepung dan menyerang. Hari ini apabila kita menyebarkan bahan dakwah ke grup komuniti, orang tak kisah. 

Tetapi apabila kita sebar bahan politik yang mengajak orang kepada politik Islam, maka sekejap sahaja bangkit marah orang-orang yang hatinya berpenyakit. 


2. Seperti kata para ulama terbilang, menajamkan pedang memadai mengasahnya dengan perlahan. 

Tetapi apabila ingin menghasilkan sebilah pedang, besi perlu dibakar dan ditukul berulang-ulang. Amar makruf adalah kerja dakwah. 

Menyeru kepada kebaikan hanya memadai dengan menerang, mengajak dan membimbing dengan senyuman. Nahi mungkar juga kerja dakwah. 

Cegah kemungkaran ada ketikanya perlu bersikap keras, tegas sampai tahap menggunakan tangan. Tetapi kerana tidak faham, orang hanya boleh menerima kerja amar makruf tetapi akan bangkit bising menentang jika berunsur mencegah kemungkaran. 

Malangnya, umat yang jahil memahami kerja dakwah tidak termasuk urusan mencegah kemungkaran.


3. Kita mengaku Islam. Kita juga mendakwa menyayangi Nabi. Ketika umrah dan haji, kita menziarahi makam Nabi. Kita menangis-nangis syahdu kerana dapat ziarahi Nabi. 

Tetapi dengan watak dan perwatakan kita pada hari ini, adakah kita mewarisi perjuangan Nabi? 

Bagaimana agaknya andai kita hidup di zaman Nabi mula menyampaikan dakwah? 

Adakah kita berada di sebelah Nabi atau kita juga bersama dengan para musyrikin yang mendakwa Nabi sebagai pemecah-belah? 


4. Kalian boleh menipu dan memperdayakan semua orang. Namun kalian tak sekali-kali dapat menipu Allah.

Dengan watak dan perwatakan yang tertonjol pada hari ini, tidak mustahil kalian akan menjadi penentang Nabi jika ditakdirkan hidup pada zaman Baginda. 

Bukan orang lain lagi yang akan meletakkan najis unta ketika Nabi sedang solat, tetapi kalianlah. 

Bukan orang lain lagi yang menyeksa Bilal di tengah panas, tetapi kalianlah. Bukan orang lain lagi yang merancang untuk membunuh Nabi, tetapi kalianlah. 


5. Hari ini kalian marah kalau  dikatakan fasik dan munafik. Tetapi di sisi Allah, kalian tidak mampu menyembunyikan watak dan perwatakan yang sering kontradik dengan acuan politik Islam.

Apabila diperingatkan bahawa ulama itu pewaris para Nabi, kalian kata TG Haji Hadi itu ulama jahat. 

TGHH hanya baik jika jalan dakwahnya sealiran dengan nafsu kalian. Kalau TGHH sokong perlakuan Zahid Hamidi, baru baik Haji Hadi. 

Kalau TGHH tolong lepaskan Zahid Hamidi daripada kes-kes mahkamah, baru baik Haji Hadi. 

Kalau TGHH sokong penipuan Anwar Ibrahim dan Rafizi, baru baik Haji Hadi. Kalian mahu Haji Hadi gadaikan prinsip politik Islam lalu menormalisasikan perompakan, baru baik Haji Hadi di mata kalian.  


6. Dalam PAS terdapat ribuan alim ulama. Sebahagiannya ada di dalam Majlis Syura Ulama. 

Guru-guru pondok yang mursyid di Kedah, Kelantan, Terengganu dan di mana sahaja adalah penyokong PAS. 

Kalau perjuangan PAS itu salah, adakah alim ulama yang mursyid itu sanggup bersama-sama dengan perjuangan PAS?

Tak payah pergi jauhlah. Nak buat majlis tahlil pun, kita jemput ustaz-ustaz PAS. Bila berlaku kematian pun, kita cari budak-budak pondok yang  dididik oleh ulama yang diketahui menyokong PAS. 

Alih-alih bila berpolitik, ulama PAS dikatakan jahat. Mengapa? Kerana kerja dakwah bagi kalian ialah hanya ajak orang solat lepas itu baca kitab. 


7. Akhir kalam, saya sedang mencipta pedang. Bakar dan ketuk sana-sini untuk menghasilkan senjata yang tajam. 

Tangan yang membakar dan mengetuk, memiliki  hati yang sentiasa berdoa agar Allah buka pintu kefahaman  dan beri hidayah kepada kita sekalian.

 

 #NekadBersamaIslam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...