Almarhum merupakan putera sulung Almarhum Sri Paduka Tuanku Sultan Jaafar Safiuddin Muazhzham Waliu'llah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Perak, Bonda Almarhum adalah Wan Ngah Mahtra Binti Dato Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan, Orang Suku Laksamana Batu Bahara.
Almarhum sepatutnya di angkat menjadi DYMM Sri Paduka Sultan Perak Ke 25 setelah kemangkatan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah namun Almarhum tidak berkenan untuk mundik ke istiadat permakaman dan mengetuai pengelolaan istiadat kemangkatan tersebut hingga jenazah baginda tergendala dan tidak dapat disemadikan selama (40) empat puluh hari.
Di sebab akan perkara tersebut, Orang besar Perak telah sebulat suara dan mengambil keputusan memakamkan jenazah Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah di Sayong pada 28 Jun 1871 di gelaran 'Marhum Nabi Allah'.
Setelah sempurnanya istiadat permakaman, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik oleh orang besar-besar Perak menjadi Sultan Perak yang ke-25 dengan gelaran Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah.
Baginda Sultan Ismail adalah putera Raja Nandak Binti Almarhum Sultan Ahmaddin Shah hasil perkahwinan dengan Sayyid Shaikh Al-Khairat, Raja dari Siak, dan telah diambil menjadi Raja Bendahara semasa pemerintahan Almarhum Sultan Jaafar Mua'azzam Shah (Sultan Perak ke-23).
Antara Faktor Almarhum tidak mudik ke Sayong adalah. :-
Perselisihan Almarhum dengan Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Pemerintah Daerah Larut.
Perselisihan Almarhum dengan Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah yang bersemayam di Senggang
Perselisihan antara Kerabat DiRaja telah membawa kepada kepincangan ke atas Negeri Perak, terutamanya di antara Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah (yang bersemayam di Belanja),
Raja Muda Raja Abdullah (di Batak Rabit),
Raja Yusuf (di Senggang) dan
Tengku Menteri Ngah Ibrahim (di Larut).
Pada 30 Disember 1873 Almarhum telah mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan untuk menghantar "seorang yang boleh membina satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak".
Tanggal 20 Januari 1874, Almarhum telah dilantik menjadi Sultan Perak ke 26 bergelar Sri Paduka Tuanku Sultan Abdu'llah Muhammad Shah II Habibu'llah hasil Perjanjian Pengkor, namun perselisihan di antara Raja-Raja dan orang besar-besar Perak sesama sendiri sejak tahun 1871 masih belum terhenti.
Nmun Orang besar-besar yang menyebelahi bekas Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah berpendapat bahawa pelantikan baginda menjadi Sultan Perak adalah sah.
Mereka juga menganggap pelantikan Almarhum hanya dilaku dan diiktirafkan oleh pihak Kerajaan British sahaja.
Satu perjumpaan di antara Raja Muda Raja Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa orang besar-besar Perak tanpa keberangkatan Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah dan Raja Bendahara Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I di Pulau Pangkor Pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-
"Raja Muda Raja Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Raja Bendahara Raja Ismail sebagai bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda. Sultan Perak hendaklah mewujudkan jawatan baru Residen British dan nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali perkara-perkara yang tersangkut dengan agama dan adat istiadat orang-orang Melayu. Kaedah memungut segala cukai dan hasil negeri hendaklah dilaksanakan mengikut Perintah Am yang ditetapkan dengan nasihat Residen British."
Pada 5 Januari 1875 Residen British Birch cuba membawa Almarhum ke Belanja, berjumpa dengan bekas Sultan iaitu Sultan MudaIsmail, untuk meminta menyerahkan Alat Kebesaran Kerajaan Perak didalam sebuah majlis khas yang dihadiri oleh Raja Bendahara Raja Yusuf dan beberapa Orang-orang Besar tetapi Menteri Ngah Ibrahim, Temenggong dan Maharaja Lela tidak hadir.
Pada awal bulan Februari 1875 sekali lagi Residen British Birch telah cuba meminta Almarhum menandatangani Surat-surat Perisytiharan bagi melancarkan rancangan memungut cukai dan hasil negeri, tetapi permintaan tidak diperkenankan Almarhum dengan memberikan alasan bahawa perlu berunding dengan orang besar-besar terlebih dahulu mengenai perkara ini.
Pada 22 April 1875, Gabenor Negeri-Negeri Selat Clarke telah mengirimkan sepucuk surat kepada Almarhum dan mengatakan bahawa Almarhum telah memungkiri syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian Pangkor.
Pada 26 April 1875, Almarhum telah menghantar sepucuk surat kepada Gabenor Clarke membantah perbuatan Birch. Surat bantahan baginda disokong oleh orang besar-besar Perak dan dibawa ke Singapura oleh rombongan perwakilan yang terdiri daripada Raja Idris ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, Laksamana Muhammad Amin dan Che Muhammad Arshad. Bantahan baginda terhadap Residen British Birch itu tidak disetujui oleh Gabenor Clarke.
Almarhum telah di desak oleh Residen British Birch sekiranya perisytiharan-perisytihara
n tidak ditandatangani sehingga 21 Julai 1875, Kerajaan Inggeris akan menurunkan Almarhum dari takhta kerajaan Negeri Perak.
Pada 21 Mei 1875, suatu persidangan diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh Raja Idris, Laksamana, Seri Agar Diraja, Shahbandar, Maharaja Lela, Tengku Menteri, Temenggung dan orang besar-besar yang lain. Raja Bendahara Raja Yusuf tidak berangkat menghadiri persidangan tersebut.
Dalam persidangan tersebut Almarhum telah membacakan surat daripada Sultan Muda Ismail yang menyatakan bersetuju atas sebarang rancangan bagi menghalaukan orang Inggeris dari Negeri Perak.
Pada awal bulan September 1875, Gabenor Jervois yang baru dilantik telah melawat Perak diringi oleh pegawai-pegawai Inggeris dari Singapura dan Pulau Pinang. Jervois mengadakan perbincangan dengan beberapa orang kerabat diraja dan orang besar-besar. Jervois memaklumkan kedua-dua kerabat DiRaja Perak iaitu Almarhum dan Sultan Muda Ismail sebenarnya tidak layak menjadi Sultan dan yang patut menjadi Sultan ialah Raja Bendahara Raja Yusuf.
Pada 24 September 1875, Almarhum bersetuju dalam suratnya atas cadangan Gabenor Jervois yang menyatakan pemerintahan Negeri Perak diserah kepada Kerajaan British. Lepas itu, baginda menitahkan semua orang besar-besar berkumpul di Pasir Panjang kerana berhasrat menyampaikan persetujuan baginda menyerahkan Negeri Perak kepada Kerajaan British.
Pada 1 Oktober 1875, Residen British Birch meminta Almarhum menandatangani dua jenis surat perisytiharan Kerajaan British memerintah Negeri Perak, yang akan disiarkan kepada orang ramai.
Almarhum yang berada Batak Rabit telah memberi surat pengakuan membenarkan Maharaja Lela membunuh Residen British Birch dan Sultan Muda ismail yang berada di Belanja telah mengumpul Orang-orang Besarnya untuk menghadiri mesyuarat untuk mendapat ketetapan surat daripada Laksamana Muhammad Amin, menyatakan Sultan Abdullah telah memberi kuasa kepada Maharaja Lela membunuh Residen British Birch.
Bekas Sultan Ismail yang bersemayam di Belanja telah bersatu dengan Maharaja Lela dan orangnya berundur membawa Perkakas Kerajaan Negeri Perak ke Kinta, Kemudian ke Ulu Perak dari di rampas oleh pihak Inggeris selepas pembunuhan Residen Perak
Mereka diburu masuk ke Kedah dan akhirnya bekas Sultan Ismail menyerah diri kepada Sultan Kedah lalu dibawa ke Pulau Pinang, kemudian diserahkan kepada Naib Gabenor Pulau Pinang. Baginda kemudian telah diasingkan ke Johor dan Perkakas Kerajaan Negeri Perak telah dihantar ke England untuk simpanan.
Almarhum telah ditawan dan diasingkan ke Pulau Seychelles bersama Orang Kaya Menteri, Orang Kaya-kaya Laksamana dan Shahbandar. Maharaja Lela dan Dato' Seri Agar di-Raja dan lain-lain dibicarakan di Matang. Keputusannya mereka dihukum gantung sampai mati di Taiping.
Lahirnya pejuang bangsa Melayu di Perak seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan Almarhum sendiri berlaku setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.
Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Almarhum dengan orang-orang besar bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan.
Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Almarhum sendiri mencadangkan agar Birch disihir.
Almarhum berada dalam buangan di Pulau Seychelles kira-kira 17 tahun. Atas desakan Paduka Sultan Alang Iskandar (Sumber dari YAM Kanda Kushah), Pada tahun 1894, Kerajaan British telah membenarkan Almarhum balik ke Tanah Melayu dan bersemayam di Singapura bersama dengan Tengku Menteri, Laksamana dan Shahbandar. Kemudiannya Almarhum pindah ke Pulau Pinang dan pada tahun 1922, dibenarkan balik ke Kuala Kangsar. Tidak lama kemudian, Almarhum mangkat pada 22 Disember 1922 dan dimakamkan di Permakaman Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar dengan gelaran 'Marhum Habibullah'.
Sumber berdasarkan fakta yang terdapat didalam buku-buku sejarah, pemerhatian daripada bacaan dan rujukan buku sejarah serta internet.
Walaupun Almarhum terpaksa kehilangan Takhta namun Almarhum lebih rela menempuhnya demi rakyat dan sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu.
*********************
Sekian Riwayat Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang Rela Kehilangan Takhta Demi Hak Mutlak Kesultanan Melayu, yang dapat kite kongsikan akan ianya. andai huraian yang kurang bijak, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada Kanda, Adinda, Kerabat Serumpun dan Handai Taulanlah jua pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.
Tulisan Ku Alam.

0 Ulasan