G-K566N94YEK SESAT DI BUMI SENDIRI...

SESAT DI BUMI SENDIRI...

 


BILA PAHLAWAN KEMERDEKAAN SENDIRI TAK DIFAHAMI DI BANDAR SENDIRI

PROFILE SAYA DI AMAZON.COM

Pernah satu hari, seorang pak cik dari kampung datang ke bandar. Umurnya sudah lebih 70 tahun. 

Wajahnya tenang, tapi matanya keliru. Dia berdiri lama di hadapan papan tanda di sebuah pusat beli-belah.

Tulisannya kebanyakannya dalam bahasa Inggeris atau Cina. Tiada satu pun dalam bahasa Melayu.

Dia mengeluh perlahan. Katanya,

“Ini ke tanah air yang aku pertahankan dulu? Zaman aku muda, aku masuk hutan, aku turun ke jalan, aku perjuangkan merdeka… semua demi anak cucu hidup bebas, hidup bermaruah. Tapi sekarang, aku berdiri di tanah aku sendiri, aku tak faham satu pun.”

Cerita ini bukan rekaan. Aku dengar sendiri dari orang kampung. 

Mereka yang dulu mengangkat senjata, menanam makanan ketika darurat, yang berdiri mempertahankan maruah bangsa, kini berjalan di bandar seolah-olah jadi pelancong di negara sendiri.

Mereka bukan tak mahu berubah. Tapi kenapa perlu sampai bahasa sendiri pun disisihkan? 

Kenapa bahasa asing dijadikan keutamaan di papan iklan, di mall, di restoran, di mesin ATM, di borang hospital?

Mereka bukan mahu dunia tunduk pada mereka. Mereka hanya mahu dihormati.
Bahasa yang mereka guna sepanjang hidup, bahasa yang mereka dengar masa melaungkan “Merdeka!”, kini jadi bahasa yang ‘tak laku’ di bandar moden.

Ini bukan soal anti-Inggeris atau anti-Mandarin. Ini soal penghormatan kepada akar umbi.



Mereka bukan beban. Mereka adalah akar kepada kebebasan yang kita kecapi hari ini.

Kalau akar tak dijaga, pokok akan mati. Dan bila bahasa Melayu terus dipinggirkan, sebenarnya kitalah yang sedang membunuh jati diri negara ini perlahan-lahan.

Sampai bila kita nak anak tirikan bahasa yang menjadi darah daging perjuangan nenek moyang kita?

Bahasa Melayu bukan sekadar alat. Ia warisan. Ia maruah. Ia perjuangan.


Dan selagi ia dipinggirkan, selagi itu roh kemerdekaan kita sebenarnya masih belum lengkap.

Berubahlah sebelum kita semua SESAT DI BUMI KITA SENDIRI!!



0 Ulasan