Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Islam Tidak Jawab Semua Soalan Aku, Tapi Amat Cukup Untuk Selamatkan Aku

 


Islam Tidak Jawab Semua Soalan Aku, Tapi Amat Cukup Untuk Selamatkan Aku

Aku bukan lahir sebagai seorang atheis. Aku lahir sebagai manusia biasa — yang percaya Tuhan itu ada. Tapi aku pernah was-was. 

Bukan kerana aku benci Tuhan, tapi kerana aku dikelilingi dunia yang keliru. Dunia yang menekan akal dan jiwa aku dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan mudah.

Aku pernah duduk termenung, fikir logik. Tanpa Tuhan, siapa cipta alam ini? Siapa uruskan? 

Jom baca pengalaman hidup aku!!

Mustahil semuanya terjadi sendiri. Mustahil manusia — makhluk yang terlalu lemah dan mudah mati ini — mampu mencipta semua ini. Tapi... siapa sebenarnya Tuhan itu?

Aku cari. Aku gali. Tapi makin aku baca, makin aku pening. Ada agama yang kelihatan menarik... tapi terlalu dongeng...

Ada ajaran yang buat aku rasa tenang... tapi tak logik. Ada juga idea yang canggih... tapi kosong jiwanya...

Aku suka ajaran Kristian. Sistematik. Dominan. Tertib. Tenang. Tapi bila aku cuba fahami konsep Trinititiga Tuhan dalam satu — aku tak boleh hadam. 

Bagaimana Tuhan jadi manusia, tapi dalam masa sama kekal Tuhan? 

Kenapa wajah Jesus ada beribu versi? Kenapa konsep asas pun kabur? Aku perlukan asas yang kuat, bukan sekadar kasih sayang buta saja.

Semua manusia setuju bahawa ASAS atau DASAR sangat amat penting. Jika akar rosak bagaimana pokok dan rantingnya?!

Yahudi? Bijak, tapi kejam. Penuh diskriminasi dan rasisme. Agama tua yang sebaris Kristian dan Islam tetapi ajaran mereka tertutup.

Mungkin tidak mahu diperdebatkan kerana khuatir kalah dalam peperangan ilmu..

Buddha? Nampak damai, tapi sembah berhala. Hindu? Kaya dengan simbolik, tapi tetap gambarkan Tuhan dengan rupa fizikal. 

Semua agama ini — walau ada nilai dan kebaikan — tetap ‘memvisualkan’ Tuhan. Tapi mana Tuhan sebenar kalian? Mana yang bukan sekadar ukiran atau gambar?

Aku terus cari. Aku mula kagum dengan sistem dan logik dalam dunia sains. Ateisme dan pemikiran sekular nampak mantap. 

Semuanya masuk akal — pada awalnya. Teori evolusi, graviti, tenaga, konsep kesedaran. Aku suka! Tapi...

Sampai satu tahap — logik tak boleh bantu aku lagi.

Siapa susun semesta ni? Siapa cipta graviti? Siapa bentuk otak, tubuh, roh, kesedaran? Siapa buat kita rindu, cinta, dan takut mati? 

Mana ‘syiling’ dan ‘dinding’ bagi alam semesta ni? Mana ‘pintu’ sebelum dan selepas mati? 

Aku jumpa banyak soalan, tapi terlalu sedikit jawapan.

Dan di sinilah satu hakikat besar tersingkap: Tak ada manusia biasa mampu ‘bertemu Tuhan’ untuk dapat semua jawapan. 

Kecuali mereka yang terpilih atau dilantik — para Nabi dan Rasul.

Mereka ini sahaja yang dipilih oleh Tuhan untuk menerima jawapan langsung. Dan jawapan itu — bukan sekadar disimpan — tapi diabadikan dalam bentuk kitab suci.

Setiap agama ada kitab. Tapi antara semua kitab, hanya satu kitab yang benar-benar luar biasa — dari sudut ilmu, bahasa, keindahan, logik dan sains. Itulah Al-Quran.

Bukan sahaja isinya ajaib — malah Tuhan melalui Al Quran sendiri mencabar seluruh manusia dan jin untuk menghasilkan kitab seumpamanya:

“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan al-Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka membantu satu sama lain.”
(Surah Al-Isra’, 17:88)

Dan bukan satu cabaran sahaja, malah ada tiga tahap cabaran dalam Quran:

  1. Tulis satu kitab seperti Quran — gagal.
  2. Tulis sepuluh surah seperti Quran — tetap gagal.
  3. Tulis satu surah sahaja seperti Quran — tetap gagal.

Tak ada kitab lain yang buat cabaran seperti itu. Dan lebih ajaib lagi, cabaran itu kekal terbuka hingga hari ini, tapi tak pernah ada manusia mampu sahut dan berjaya.

Masa tu aku sedar — Allah dah beri jawapan, cuma bukan dalam bentuk yang semua orang faham dalam sekali baca

Tapi ia tetap jawapan yang cukup, untuk mereka yang mencari dengan hati yang jujur.

Dan ketika inilah satu lagi kejadian berlaku dalam hidup aku. Allah tak jawab semua soalan aku melalui kitab, tapi Dia tunjukkan Nama-Nya kepada aku dalam alam sekeliling. 





Di kulit telur. Di sisik ikan. Di awan. Dalam momen pelik yang sukar dijelaskan secara logik.

Itu bukan khayalan. Itu bukan propaganda. Itu adalah gerak hati yang disuluh cahaya Tuhan.

Masa tu aku tunduk.
Masa tu aku tahu.
Islam tak perlu jawab semua persoalan aku — cukup ia bawa aku keluar dari kegelapan.

Islam mencerah HATI. Menuntut percaya. Mencungkil IMAN..

Bukan untuk mendidik AKAL. Bukan memuaskan nafsu LOGIK. Kerana ilmu Allah tak mampu sama sekali makhluk Allah menanggungnya.

Seluruh hidup ini tak mampu dihurai dengan LOGIK... NOKTAH!!

Islam tak ajar semuanya secara literal. Tapi ia ajar aku tentang asal-usul, tentang tauhid, tentang kehidupan, kematian, dan alam ghaib.

Ia ajar aku untuk percaya, bukan kerana bodoh, tapi kerana tahu ada batas pada akal. Ia bukan agama sempurna dari sudut pemahaman manusia — tapi ia agama yang sempurna dalam sudut tujuan manusia.

Dan kini, aku tahu... aku bukan lagi mencari jawapan.

Aku sedang berjalan menuju Tuhan.
Dan itu, lebih dari cukup.



#iman #Allah #contentcreator 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...