Monolog Aku: Perkara Logik Itu Tidak Logik Untuk Dijadikan Pegangan
Kadang-kadang aku termenung lama.
Dalam dunia yang semua orang kejar 'logik', aku makin keliru... sebab yang paling logik selalunya bukan yang paling benar.
Maksud aku macam ni:
Kita diajar sejak kecil—kalau tak nampak, jangan percaya. Kalau tak boleh kira, tak boleh sentuh, tak boleh eksperimen—ia tak sah. Tak real.
Tapi…
Hidup ni sendiri tak logik.
Kenapa aku lahir jadi aku?
Kenapa aku fikir, sedangkan batu tak fikir?
Kenapa ada mimpi yang rasa lebih real dari dunia sebenar?
Tak ada siapa betul-betul boleh jawab.
Dan di sinilah aku mula sedar…
Logik bukan untuk faham semua.
Ia cuma alat — untuk kau hidup.
Untuk kau kenal api tu panas, air tu sejuk.
Untuk kau tahu siang dan malam, makan bila lapar, cari duit bila miskin.
Logik itu…
untuk rujukan, bukan untuk pegangan.
Untuk hidup di bumi, bukan untuk faham langit.
Cuba fikir:
Mana mampu logik mencapai siapa kau sebelum kau lahir?
Mana mampu logik merungkai apa jadi selepas kau mati?
Mana mampu logik ceritakan asal segala wujud, atau ke mana perginya semua bila pupus?
Logik tak mampu jawab.
Sebab logik hanya berfungsi di dalam ruang yang terhad, sedangkan hidup kita… terlalu luas untuk difaham sepenuhnya.
Dan jikalah…
Aku ulang—JIKALAH,
walhal aku yakin ia takkan pernah jadi…
Jikalah logik itu mampu merungkai segala ilmu,
dan menjawab semua persoalan manusia tentang hidup, takdir, akhirat dan alam...
Maka bukan sekadar bumi yang akan bergoncang,
bukan sekadar bima sakti yang akan runtuh—
Seluruh alam semesta akan hancur berkecai,
kerana nafsu dan ego manusia yang tak pernah kenal sempadan.
Sebab bila manusia rasa dia tahu segalanya,
maka dia akan mahu memiliki segalanya.
Dan bila dia mula rasa layak untuk menjadi Tuhan,
dia akan mula menghancurkan ciptaan Tuhan.
Lihat dunia sekarang.
Ilmu baru setitis,
tapi sombongnya dah cukup untuk membakar negara,
menghancurkan ekonomi,
membunuh manusia sesuka hati—
hanya kerana rakus dan tamak yang disalut dengan “logik”.
Lihat Palestin.
Siapa yang membunuh?
Orang yang kononnya paling logik, paling moden, paling saintifik.
Dan itulah tragedi besar manusia moden —
dia terlalu pandai sampai dia lupa dia bukan Tuhan.
Aku bukan anti-logik. Aku cuma sedar…
Logik hanyalah rujukan. Bukan pegangan.
Dia bantu kau susun hidup.
Tapi dia tak boleh beri kau makna.
Dia boleh bagi kau jalan,
tapi dia tak boleh bawa kau ke destinasi yang sebenar.
Dan itulah yang paling logik untuk aku percaya:
Logik itu tidak logik untuk dijadikan pegangan.
Pegangan sebenar… hanya datang bila kau sedar, kau tak mampu tahu segalanya.
Dan dalam ketidaktahuan itulah… kau mula tunduk.
0 Ulasan