G-K566N94YEK Melayu Mudah Lupa: Istilah Tun M Yang Salah Sasaran

Melayu Mudah Lupa: Istilah Tun M Yang Salah Sasaran



Melayu Mudah Lupa: Istilah Tun M Yang Salah Sasaran


Ada satu istilah yang masih segar dalam ingatan politik Malaysia: Melayu Mudah Lupa.” Istilah ini datang daripada mulut Tun Dr. Mahathir Mohamad, negarawan yang pernah diberi gelaran “Bapa Modernisasi”.

Dalam puisinya, beliau menuduh Melayu mudah leka, mudah alpa, mudah terbuai dengan kesenangan.

Tetapi benarkah Melayu mudah lupa? Atau sebenarnya, istilah itu hanyalah alat politik untuk menutup kegagalan beliau sendiri membela bangsa Melayu dan pribumi?



Dari “Melayu Malas” ke “Melayu Mudah Lupa”

Sejarah kolonial mencatatkan bahawa penjajah Inggeris sering melabel Melayu sebagai “malas”. Tujuannya jelas – untuk menghalalkan kemasukan buruh asing dari China dan India ke Tanah Melayu

Orang Melayu digambarkan malas supaya wujud justifikasi ekonomi: Melayu tidak mahu bekerja keras, maka mereka perlu dibawa masuk buruh luar.

Selepas merdeka, label ini sepatutnya terkubur. Namun, Tun M menyambung naratif itu dengan istilah baharu: “Melayu Mudah Lupa.” 

Seolah-olah bangsa ini sentiasa lalai, tidak tahu menghargai peluang, tidak pandai menjaga kuasa.

Realitinya? Istilah itu lebih banyak meruntuhkan maruah bangsa daripada membinanya.



Apa Yang Tun M Cuba Tutup?

Selama 22 tahun pertama beliau memerintah (1981–2003), banyak dasar dilaksanakan kononnya untuk mengangkat Melayu: Dasar Ekonomi Baru (DEB), penswastaan, korporatisasi, universiti ditambah. 

Namun siapa yang paling untung? Bukan Melayu marhaen, tetapi segelintir kroni politik dan kapitalis yang rapat dengan kuasa.

Contoh yang kita lihat:

  • Projek penswastaan negara antaranya ialah lebuhraya, tenaga, air dan telekomunikasi dan lain-lain – rakyat terbeban dengan tol dan tarif tinggi, kroni pula jadi bilionair.

  • Dasar pembangunan bandar yang meminggirkan kampung tradisi Melayu – tanah rizab tergadai, Melayu bandar semakin terhimpit. (Kini kecoh dengan tanah Kg. Sungai Baru, Kg Bharu)

  • Krisis ekonomi 1997/98 – banyak syarikat Melayu kecil bungkus, tetapi syarikat kroni diselamatkan dengan dana rakyat.

Lalu, untuk mengalihkan pandangan, istilah “Melayu Mudah Lupa” dilontarkan. 

Kononnya salah Melayu sendiri, bukan kegagalan dasar kepimpinan.



Siapa Sebenarnya Yang Lupa?

Kalau kita jujur menilai, istilah itu lebih tepat ditujukan kepada bangsa pendatang yang kini menjadi warga negara.

Mereka lah sebenarnya yang mudah lupa:

  1. Lupa bahawa Melayu dan pribumi bermati-matian mempertahankan negara ini. Dari zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun hingga ke era darurat melawan komunis – darah Melayu yang paling banyak tumpah.
  2. Lupa bahawa mereka diberi kerakyatan percuma melalui prinsip Jus Soli 1957. Tanpa perlu mengangkat senjata, tanpa perlu membayar harga perjuangan.
  3. Lupa bahawa mereka diberi kuasa mengundi dan memilih pemimpin. Hak politik datang tanpa merit sejarah, hanya dengan tandatangan Perjanjian Kemerdekaan.
  4. Lupa bahawa mereka turut diberi tanah, peluang ekonomi, dan kebebasan beragama. Semua ini diberikan dalam semangat toleransi – bukan hasil perjuangan mereka, tetapi hasil ihsan bangsa asal.

Jadi siapa sebenarnya yang lebih layak digelar “mudah lupa”? Melayu kah, atau mereka yang kini mabuk lupa daratan?



Melayu Bukan Mudah Lupa – Tetapi Terlalu Pemaaf

Hakikatnya, Melayu bukan bangsa mudah lupa. Melayu adalah bangsa yang terlalu pemaaf.

  • Pemaaf sehingga sanggup berkongsi tanah air ini dengan bangsa lain.
  • Bertolak ansur sehingga memberi hak kerakyatan secara besar-besaran.
  • Terlalu percaya sehingga tanah rizab Melayu makin mengecil, ekonomi masih tercicir, maruah dipersoal di tanah air sendiri.

Tun M silap sasaran. Beliau menghukum bangsanya sendiri dengan label hina, sedangkan bangsa lain lebih berhak diingatkan supaya tidak alpa dengan sejarah.

Melayu tidak mudah lupa.
Melayu hanya terlalu sabar.
Melayu hanya terlalu baik hati.
Dan itulah kelemahan – sekaligus kekuatan – bangsa ini.

Sebagai rakyat Malaysia.. "mungkin" Tun adalah madu negara...

Tapi sebagai bangsa Pribumi Malaysia.. mungkin Tun juga adalah racun bangsa!


P/S - cuma pandangan aku sahaja..

0 Ulasan