Melayu Tak Tolak Kemajuan, Tetapi...
Ramai kata orang Melayu ini anti-kemajuan. Kononnya bila tanah kampung ditukar jadi bandar moden, Melayu hanya tahu merungut, marah dan mengungkit nostalgia kampung halaman.
Sejarah tanah air ini penuh tipu daya. Ingat! Setiap bandar besar di tanah air — Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru — asalnya adalah kampung Melayu! Tapi apa jadi? Kampung Melayu diusir, tanah tergadai, identiti dilenyapkan atas nama pembangunan.
Tapi hakikatnya, Melayu tidak pernah menolak kemajuan. Soalnya – kemajuan itu milik siapa?
PENJAJAH MAIN KOTOR
Penjajah kata Melayu malas.Mereka bawa pendatang.Mereka bagi tanah, bagi modal, bagi peluang.
Melayu dibiarkan di ceruk kampung, dipinggirkan. Hari ini, warisan tipu daya itu masih kita tanggung. Kalau adil, tanah & modal itu wajib dipulangkan kepada pribumi!
Fakta Sejarah: Dari Kampung Jadi Bandar
Sejarah tidak pernah menipu. Kuala Lumpur yang kita lihat hari ini, dengan menara pencakar langit dan kondominium mewah, asalnya dibina atas tanah-tanah kampung Melayu.
- Kampung Baru (1899) – Ditubuhkan khas oleh Sultan Selangor untuk Melayu tinggal di tengah kota. Hari ini, tanah warisan Melayu itu ditekan oleh pemaju rakus, digoda dengan tawaran jutaan ringgit, hingga Melayu sendiri hampir terhapus di bumi sendiri. Ditubuhkan tahun 1899 sebagai tanah Melayu dalam bandar. Hari ini masih ada, dengan 37,000 penduduk. Tapi setiap inci tanahnya ditekan oleh kapitalis dan projek mega yang mahu menelan kampung terakhir warisan Melayu ini.
- Kampung Kerinchi – Dulu kampung tradisi Melayu, akhirnya ditukar wajah jadi “Bangsar South” oleh kapitalis pemaju. Nama Melayu dihapus, diganti dengan jenama mewah Inggeris supaya harga melambung. Melayu? Terpinggir. Ditukar nama jadi Bangsar South oleh pemaju. Identiti Melayu diganti dengan label “kelas tinggi” untuk naikkan harga tanah. Akhirnya, waris kampung hanya mampu pandang dari jauh.
- Kampung Abdullah Hukum — lenyap, tapaknya jadi KL Eco City.
- Kampung Kenanga
- Kampung Lindungan
- Kampung Dato Keramat
- Kampung Pandan
Berpuluh kampung lain sudah pupus dari peta Kuala Lumpur. Inilah wajah sebenar “kemajuan” yang digembar-gemburkan.
Itu baru di Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan bandar lain — kampung Melayu makin lama makin hilang. Hilang kampung, hilang tanah, hilang hak!
Persoalannya lagi.. ke mana perginya Orang Melayu penduduk kampung-kampung tersebut? Adakah sudah jadi jutawan? Atau sudah jadi gelendangan ditanahair sendiri kesan pengambilan kampung mereka?!
Penjajah Mulai, Kapitalis Menyambung
Penjajah Inggeris dulu menanam racun fitnah: kononnya Melayu malas. Maka mereka bawa masuk pendatang dari luar, diberi tanah lombong, modal, lesen, dan peluang perniagaan.
Sedangkan Melayu dihalau perlahan-lahan dari bandar, dipaksa jadi petani di pinggiran.
Selepas merdeka? Sejarah itu disambung oleh tangan-tangan Melayu sendiri yang jadi YB Barua.
Mereka bersengkokol dengan kapitalis, memajukan bandar tanpa pelan pelindungan aset pribumi.
Siapa Pemilik Pencakar Langit?
Hari ini, lihatlah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru – dipenuhi bangunan mewah, kondominium jutaan ringgit, pusat beli-belah megah.
Dari luar nampak gah, tetapi hakikatnya: siapa pemiliknya?
Majoriti dimiliki kapitalis non-Bumi dan orang asing. Mereka mengaut keuntungan berbilion, manakala orang Melayu yang dulu berpeluh membuka kampung di atas tanah itu kini hanya jadi penonton.
Bangunan moden yang menjulang itu sebenarnya berdiri di atas titik peluh, darah, dan keringat nenek moyang Melayu.
Ironinya, waris mereka kini dihalau keluar dengan alasan “kemajuan”.
Kami tak pernah benci bangunan tinggi. Kami tak pernah tolak jalan raya besar.
Tapi kami tanya:
- Siapa paling untung bila kampung jadi bandar?
- Siapa pegang hartanah selepas ia dimajukan?
- Siapa dominasi kawasan selepas “maju”?
Jawapannya jelas — BUKAN MELAYU!
Melayu Tak Anti Kemajuan
Melayu mahu kemajuan, mahu bangunan tinggi, mahu ekonomi moden. Tetapi persoalan besar:
- Siapa pemilik tanah selepas maju?
- Siapa paling untung selepas projek siap?
- Siapa yang mendominasi kawasan itu selepas Melayu terusir?
Kalau semua jawapan itu bukan Melayu, maka itu bukan kemajuan, tetapi penjajahan gaya baru.
Jalan Keluar: Agensi Pelindung Tanah Pribumi
Kerajaan majoriti Melayu sepatutnya ada akal. Sepatutnya buat dasar lindungi tanah & kampung Melayu. Wujudkan agensi khas untuk urus kampung, hartanah, pembangunan — tanpa menggadaikan hak pribumi.
Sebenarnya kerajaan boleh melindungi Melayu dengan dasar berani.
Contohnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pernah diwujudkan untuk majukan tanah rakyat tanpa perlu jual maruah bangsa.
Konsep “win-win” sepatutnya jadi model — tanah dikekalkan milik pribumi, projek bersama dilaksanakan dengan pemaju, keuntungan dikongsi.
Tetapi malangnya, idea seperti ini tidak diguna pakai sepenuhnya.
Yang wujud hanyalah YB Barua yang malas berfikir, lebih rela menjilat kapitalis daripada mempertahankan tanah pusaka bangsanya sendiri.
Ramai pemimpin Melayu bukan pejuang. Mereka jadi BARUA KAPITALIS.
Mereka pakai songkok, cakap pasal bangsa.
Tapi tangan mereka tandatangan projek yang menelan kampung.
Mereka gadai tanah nenek moyang kita demi poket sendiri.
Itulah sebab aku panggil mereka — YANG BARUA!
🔥 Kesimpulan: Melayu tidak pernah menolak pembangunan. Tetapi jangan tipu bangsa sendiri dengan “kemajuan” yang hanya menjadikan Melayu pelarian di tanah leluhurnya.
Kalau kerajaan majoriti Melayu masih gagal melindungi kampung Melayu, masih tunduk kepada kapitalis, maka jelaslah – bukan Melayu yang malas, tetapi pemimpin Melayu yang barua.
🔥 Melayu tak pernah tolak kemajuan.
🔥 Melayu cuma mahu pembangunan yang adil.
🔥 Melayu cuma mahu tanah nenek moyang tidak terus dijarah.
Kalau pemimpin Melayu tak bangkit, satu hari nanti anak cucu kita hanya kenal Kampung Baru, Kampung Kerinchi, Abdullah Hukum — bukan sebagai tempat tinggal, tapi sebagai nama jalan yang tinggal sejarah.
0 Ulasan