G-K566N94YEK DUNIA BERDUKA KERANA RAYAN ORAM

DUNIA BERDUKA KERANA RAYAN ORAM



MAGHRIBI 6 Feb 2022 -
Setelah bersengkang mata selama lebih kurang empat hari.. ketika sekumpulan kecil penyelamat di sebuah perkampungan kecil di Maghribi cuba membebaskan seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam telaga lama sedalam 30 kaki... setelah membuatkan berpuluh-puluh ribu orang di seluruh dunia terpaku untuk menonton, menulis tweet, bersorak dan berdoa...
Mereka menjerit dengan hastag #SaveRayan, mereka merayu agar budak kecil ini dapat diselamatkan dam terus hidup.

Tetapi akhirnya pada malam Sabtu, ketika semua pekerja yang telah bertungkus lumus menggali terowong bersama penyelamat yang ada... akhirnya mereka dapat memyelamatkan Rayan Oram.

Tetapi helikopter perubatan yang telah menunggu berhari-hari untuk membawanya ke hospital tidak langsung segera berlepas kerana berita sedihnya.. Rayan Osam sudah pun diistiharkan meninggal dunia.

Seluruh Maghribi dan dunia bersatu selama beberapa hari dalam harapan, tiba-tiba hampa dalam kesedihan.

"Saya masih mahu percaya bahawa keajaiban masih berlaku," kata Mehdi Idrissi, 32, seorang doktor di bandar Fez, Maghribi yang mengikuti usaha menyelamat selama beberapa hari, meragui Rayan boleh bertahan dalam kesukarannya tetapi berpegang pada keyakinan.

“Sebagai sebuah negara, kami memerlukan sebuah harapan, dan walaupun pengakhirannya adalah tragis, ia membawa kita semua bersatu. Semoga dia berehat dengan tenang.”

Sebagai info, operasi ini melibatkan 100,000 orang untuk memantau salah satu saluran langsung yang menunjukkan parit tempat Rayan Osam terjatuh, bekerja siang dan malam, menggali menggunakan jentolak dan menggunakan tangan.

Beribu-ribu lagi mengikuti di strim langsung lain dan di media sosial, bukan sahaja orang Maghribi tetapi juga orang Algeria, orang lain dari Afrika Utara dan orang di Perancis, semua tertumpu di wilayah Francophone di Afrika Utara



Berikutan tragedi malang yang membunuh Ryan Oram, Raja Maghribi iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI, berdoa agar semoga Tuhan membantunya. Raja Mohammed VI juga bertemu dengan Encik Khalid Oram dan Puan Wassima kherchich, ibu bapa yang sangat berduka setelah anaknya meninggal dunia selepas jatuh ke dalam perigi lama tersebut.”

Pada kesempatan yang menyedihkan ini.. Kebawah Duli Yang Maha Mulia, berdoa semoga Tuhan memberkati arwah, merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada semua ahli keluarga yang berduka dalam pengalaman yang menyakitkan ini, memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk memberi rahmat kepadanya, dan semoga arwah tenang di syurga.

Baginda, telah menunjukkan bahawa baginda telah memantau dengan teliti perkembangan kes yang menyakitkan ini. Dia telah mengeluarkan arahan yang tinggi kepada pihak berkuasa yang berkaitan, mengarahkan mereka untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan dan membuat setiap percubaan untuk menyelamatkan Rayan.

Baginda juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak berkuasa, kuasa awam, dan pelakon kolektif atas usaha gigih mereka, serta solidariti yang luar biasa dan kesedihan yang meluas yang dirasai oleh keluarga yang berduka daripada masyarakat dan keluarga Maghribi yang pelbagai pada masa yang sukar ini.

#rayanoram #maghribi #rayan #morrocco

0 Ulasan