G-K566N94YEK BENARKAH ADA TIKTOKERS PUNYA VOKAL SEPERTI MICHAEL JACKSON??

BENARKAH ADA TIKTOKERS PUNYA VOKAL SEPERTI MICHAEL JACKSON??


Apabila Michael Jackson meninggal dunia 13 tahun lalu, dunia muzik pop kehilangan seorang legenda yang sukar di cari ganti... 

Walaupun kehidupan peribadinya yang sangat misteri dan penuh kontroversi, sumbangan MJ kepada muzik akan tetap tercatat dalam sejarah sebagai antara yang paling berpengaruh di dalam industri seni dunia sepanjang zaman...

Apa yang menjadikannya penyanyi ini sangat dicintai dan digilai adalah keunikan suaranya. Sejak MJ masih kecil lagi beliau menyanyikan lagu utama untuk The Jackson 5, vokalnya yang bernada tinggi sangat sangat menyerlah... 

Mendengar MJ menyanyi secara langsung amat mengagumkan  dan sudah pasti persembahannya yang sempurna sentiasa menghiburkan...

Pada hemat dan pandnagan aku, tiada siapa yang benar-benar boleh dibandingkan dengan MJ....

Namun kita semua terkejut, secara tiba-tiba, seorang lelaki muncul di TikTok baru-baru ini dengan persembahannya yang santai yang kedengaran seperti Raja Pop itu sangat memukau orang ramai, termasuk diri aku.

Brandon Conway menyiarkan video TikTok pertamanya pada 24 Julai yang lepas; dan dalam masa yang kurang daripada tiga minggu ia telah ditonton lebih daripada 27 juta kali tontonan.

Deangan selamba dia yang berdiri di tempat letak kereta memetik jari dan menyanyi "The Way You Make Me Feel," tetapi apabila dia membuka mulut, wow! aku tergamam!!

CUba kalian tonton video beliau di atas.... adakah kalian setuju bahawa beliau punyai vokal persis MJ???

#Michaeljackson #brandonconway #legenda #muzik #superstar

0 Ulasan