G-K566N94YEK MERDEKA! MANA PERGINYA STADIUM MERDEKA??

MERDEKA! MANA PERGINYA STADIUM MERDEKA??


Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia

AKU dah lama tak jenjalan di area Stadium Negara, Sekolah Victoria Instituion dan kawasan China Town kat tengah2 bandar KL... selalunya aku lintas jer berlalu bagai kan angin tanpa mengendahkan keadaan sekeliling...

Tapi kali ini aku terperasan sesuatu... tiba aku menjadi pelik... "Ehhh mana perginya Stadium Merdeka ya??.. sudah kena roboh ke??"... kata aku dalam hati....

Mulalah aku naik gelabah... gusar gelisah dan bercampur marah.... stadium merdeka ini mesti menjadi mangsa terbaru pembangunan moden di Malaysia ini yang selalunya tak pedulikan nilai sentimental rakyat berbandingkan keuntungan semata-mata...

Contoh yang teringat2 sampai sekarang ialah Komplek beli belah Ampang Park.... itu merupakan kompleks beli belah pertama di Malaysia... dengan selamba DS Najib dan kerajaan musnahkan ikon tu demi nak bina stesen MRT.... sakit hati betul....

Ampang park tu kalau korang nak tahu  ialah tempatnya bapa dan mama aku bercinta.... dari situlah wujud dan lahirnya diri aku....

Selidik punya selidik... rupa2nya stadium merdeka tidak dihapuskan.... stadium merdeka ada di dalam bangunan ikonik terbaru negara iaitu Menara 118 Merdeka....

Fuhhh... lega aku....

Seluas 3.1 juta kaki persegi ruang lantai, dengan lebih daripada separuh adalah pejabat, menara itu juga akan mempunyai pusat beli-belah, masjid, hotel Park Hyatt dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara.



MENARA 118 MERDEKA terletak di bahagian paling bersejarah Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit itu menghadap ke Stadium Merdeka, tempat bekas pemimpin Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 1957.

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob pernah memberitahu pemberita projek itu adalah "menara ikonik untuk masa depan," sambil menambah, "Ini bukan sahaja pencapaian hebat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi ia juga mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang moden dan maju."


Bangunan pencakar langit setinggi 118 tingkat setinggi lebih 2,227 kaki dengan megah mewarnai suasana latar belakang ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Bersedia menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia apabila siap tahun depan, Merdeka 118 kini berdiri lebih tinggi daripada Menara Shanghai 2,073 kaki China dan kedua selepas Burj Khalifa Dubai.

Menara Petronas setinggi 1,483 kaki adalah bangunan tertinggi di dunia antara 1998 dan 2004, sebelum diatasi oleh Taipei 101 Taiwan.

Pada 2019, Exchange 106 setinggi 106 tingkat menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di Kuala Lumpur dan Asia Tenggara ketika itu.

Tidak pasti mengapa negara ini memerlukan satu lagi menara tinggi.... tetapi ada sebahagian netizen dikalangan rakyat Malaysia melihat ia mungkin sebagai simbol egois para pemimpin politik.


Perdana Menteri berkata bahawa reka bentuk menara ini “mencerminkan imej” Tunku Abdul Rahman yang mengangkat tangan sewaktu melaungkan merdeka buat Tanah Melayu lebih enam dekad lalu.

Fender Katsalidis, firma seni bina Australia yang bertanggungjawab ke atas projek itu, berkata, pada asalnya ia dirancang untuk dibuka tahun 2020 tetapi kerja-kerja pembinaan bangunan itu dihentikan buat sementara waktu pada Mac 2020 apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan langkah penutupan yang ketat untuk memerangi pandemik COVID-19.

Insyaallah proses pembinaan Menara 118 masih berjalan seperti biasa dan diharapkan bangunan ikonik tersebut akan dibuka kepada kita semua pada tahun hadapan... Insyaallah!!




#stadiummerdeka #merdeka #menaramerdeka

0 Ulasan