G-K566N94YEK REUNION MURID TUA TOK CINDAI

REUNION MURID TUA TOK CINDAI

Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia
Aku, Mahani( isteri Tok Cindai), Tok Cindai & Brader Abu...

Jumaat, 19 Ogos 2022 (Video LIVE diakhir post ini)

Malam ini dengan izin Allah, telah berkumpulnya murid² tua Tok Cindai (Mohd Khan Salleh) di Gelanggang Balai Adat di Kepong, Kuala Lumpur.

Reunion ini dicetuskan oleh Bob Kecik (Haji Fairuz Darwis) @Tok Lubok dan dibantu oleh Hafiz Hamzah @Tok Muda...


Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia
Tok CIndai...

Tak dapat dinafikan, reunion ini serba sedikit ada kaitannya dengan kebangkitan semangat melayu dan dunia persilatan melalui filem Mat Kilau dimana pelakon utama dalam filem terbabit iaitu Beto Khusairi (Tok Demang) adalah murid lama Tok Cindai juga.


Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia
Beto Khusairi lepak dengan kami atas teratak utama...



Aku punya gelaran lebih kiut bunyinya.. hahaha.. ala ala manja bunyinya iaitu Tok Nandong... 

Senjata aku ialah sinbad dan tongkat.... dan untuk makluman, semua Tok-Tok ini telah melalui proses bai'ah oleh Tok Cindai dengan disaksikan oleh ramai murid-murid tua Gelanggang Balai Adat di Taman Ehsan, Kepong.....

Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia
Aku & Beto


Perjumpaan Pertama

Reunion ni berlaku secara tiba2 je.. tak plan sangat pun..

Satu hari tu... tiba-tiba jer Hafiz Hamzah call aku dan menyatakan dia nak jumpa aku pasal ada hal nak bincang... dia ada sebut nama Bob Kecik pun berminat ikut sama....


Zailin (Tok Indera) dan Tok CIndai..

So bila aku kata setuju jer.... Hafiz terus petik nama Lan Lias @Tok Kundang untuk perjumpaan kali ini dan setelah confirm jer tarikh dan waktu.. kami membuat keputusan berjumpa di Nasi Vanggey, Ukay Perdana..


Makan time

Perjumpaaan ini pada mulanya tidak fokus langsung kepada isu reunion ini sebenarnya, kerana kami terlalu lama tidak berjumpa serentak... 

Maka riuh rendah lah meja kami tu dengan gelak ketawa dalam mengenang kisah-kisah kami yang terlalu amat amat indah itu... 


Silat | Melayu | Islam | Raja | Malaysia


Kami memang akui hakikat ini dan kami bersyukur pada Allah melalui takdir ini bersama....

Kami juga ada update cerita-cerita terkini dan Bob kecik ada menjemput kami semua untuk perkahwinannya kali kedua di I-City, Shah Alam.... Wah tahniah Bob!





Setelah selesai semuanya... barulah Bob Kecik dan Hafiz ada menyuarakan yang mereka berniat untuk mengumpulkan semua gang-gang lama untuk berjumpa dengan Guru Silat kami iaitu Tok Cindai...

Bertanya khabar di teratak hadapan
    
 

Aku dan Lan memang tak ada isu langsung... kami terus setuju.... mereka cadang reunion ini bergabung dengan batch Beto Khusyairi memandangkan aura semangat filem mat kilau sedang memuncak ketika ini...

Maka Bob secara sukarela menawarkan diri dia untuk menguruskan reunion ini dengan di bantu oleh Hafiz.... 



Bob, Beto & Shima (Isteri Bob)



Untuk permulaan kami buka whataapps group... 

Pengurusan dan kommunikasi perlu selari untuk melangsungkan sesuatu program... 

Selain kami berempat... reunion ini dapat mengumplkan Shahrizal @Tok Kelana, Zailin @Tok Indera, Marzuki @Tok Jatikala, Shahril @Tok Merah, Sajuri, Fendi Jawal, Pakngah Haidir, Baharom Vape dan ramai lagi...






Manakala sahabat kami, Harry @Tok Wijaya (baju merah) memang masih aktif bersilat digelanggang bersama Tok Cindai dan merupakan batch kami yang masih kekal sebagai pesilat... 

Wa respek lu brooo...


Beto & Faizal Hesein (bukan artis tau.. hahaha)

Kami Anak Murid Tok Cindai...

Pada malam tu, team Beto lebih ramai lagi hadir iaitu dalam 22 orang yang datang serentak dalam berbaju hitam... semua muka tak banyak berubah... masih segak bergaya... haha.. 

Dengan bermodalkan RM30 seorang.... maka malam reunion ini dengan izin Allah pun terjadi dengan jayanya..... syukur Alhamdulillah...




Sejarah keterlibatan aku dengan dunia silat

Tanpa dirancang sama sekali.. tahun 1987... Sudah 35 tahun dahulu.. mungkin atas faktor desakan kawan-kawan dan cikgu di sekolah, aku mula berjinak-jinak dengan mempelajari seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu, iaitu Seni Persilatan Gayung Malaysia sebagai satu wadah pembelajaran warisan bangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Aku mula mengenali cikgu-cikgu silat aku iaitu Abg Khan (Tok Cindai), Cikgu Mufti dan Cikgu Sofiah (Cikgu Piah) yang merupakan orang-orang kuat dalam Persatuan Silat Gayung Malaysia.

Tok Cindai berborak dengan anak muridnya...

Bob & Amy (leader team Beto)

Mereka bukan calang-calang orang, mereka adalah individu yang terlatih di dalam bidang persilatan peringkat negara dan antarabangsa.

Ketika itu kami hanya berlatih di padang sekolah SRK Taman Ehsan, Kepong sahaja. Tiada kawasan khas seperti gelanggang silat wujud ketika itu.




Mempelajari seni silat ini menjadikan aku mempelajari menguasai tubuh badan aku secara jasmani dan seterusnya rohani. 

Dalam silat banyak mendekati diri aku kepada Dunia Melayu Islam.

Bersilat secara tidak langsung menjadikan aku mendekati apa itu bangsa aku iaitu Melayu. 



Kami budak2 nakal..


Satu aktiviti yang sangat berfaedah dari segi kesihatan mental dan fizikal. Terlalu banyak perkara menarik untuk aku pelajari.

Dalam mendekati ilmu persilatan Melayu dalam diam aku mengalami perasaan ‘Bangga’ menjadi Melayu.. 









Dari kiri atas: Sajuri, Pangah & Hafiz (Tok Muda), Zailin, Baharom, Lan Lias (Tok Kundang) dan Shahrizal (Tok Kelana)



Aku bangga dengan apa yang telah Tuhan kurniakan kepada bangsa aku.

Aku bangga dan amat bersyukur dilahirkan Islam dan aku juga bersyukur dan bangga dengan apa yang telah Tuhan kurniakan kepada tanahair aku yang penuh rahmat sehingga Malaysia digelar sebagai Bumi Yang Bertuah.

Aku bangga dan rasa itu benar-benar meresap ke dalam jiwa kalbu aku.




Aku ada berhenti sekejap belajar silat bila bertukar sekolah ke Sekolah High School Kajang selama 2 tahun.

Kebetulan aku tak lama sekolah kat sana pasal ada masalah dari pihak asrama. Maka akunkembali ke Taman Ehsan Kepong.4

 

Marzuki dan Fendi Jawal

Dan kebetulan, dalam masa yang sama, jati diri Melayu aku semakin kuat apabila aku sangat aktif semula dengan menyertai gang silat aku yang aku tinggalkan semasa di tingkatan 1.

Kali ini, persatuan silat disini sudah ada gelanggang sendiri dalam tanah rizab berhampiran sekolah menengah aku.









Kali ini penglibatan aku lebih serius, lebih ekstrem sehinggakan gelanggang silat itu menjadi rumah kedua aku. 



Ukhwah persahabatan kebanyakan gang aku banyak tertumpu di sini.

              

              

Dari atas kiri: Faizal Husein, Pakgah Goback, Mahani (Isteri Tok Cindai) dan Hafiz Hamzah (Tok Muda)

Gelanggang silat ini sudah menjadi pusat sosial utama untuk remaja Melayu Islam seperti aku di Kepong. Kami belajar pelbagai ilmu dan perkara di sini. 



Ilmu zahir dan batin, aktiviti rohani dan jasmani, dunia dan akhirat, moden dan klasik, lama dan baru, dan kami betul-betul rasa seimbang ketika ini.

Terlalu banyak sumber pembelajaran dan keseronokan ada di sekitar aku ketika itu sehingga aku gagal untuk menolaknya. 



Aku yang sengal


Kini ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Kenangan yang terindah. Terima kasih Tok Cindai dan semua sahabat sepeguruan. I Love Uollss!




 #Silat #Melayu #TokCindai #gelanggang #balaiadat #tamanehsan

0 Ulasan