Selasa, 12 Januari 2010

DI MANAKAH INTELEKTUAL MELAYU??!



Di salin dari http://www.drjiwa.blogspot.com

DI MANAKAH INTELEKTUAL MELAYU??!


Ada member aku tanya sama aku la…. Di manakah intelektual Melayu??....
Tergamam aku…. Rupa2nya ada satu majalah tertulis satu artikel mengenai isu tersebut… dan dia tengah memegang majalah tu….
Aku tak baca pun…. Aku ni jenis malas nak baca orang2 intelektual bila menulis….
Bagi aku mereka lah jugak yg menyumbang kepada pepecahan manusia….

Simple aje… bayangkan ada 100 manusia intelektual dalam bidang ilmu persuratan Melayu dan Islam di Malaysia…. Dari dulu sampai sekarang…
Semuanya menulis….menulis dan terus menulis……
Berhujah…. Dan terus membangkang dalam mempertahankan ideologi mereka….
Agak2nya apa akan jadi???….

Manusia dengan sendirinya berpecah kepada 100 puak!!!….
Masing2 ada pengikut masing2…. Masing2 ada FANATIK masing2….
Yang sana kata dia betul….
Yang sini kata dia sahih….
Yang sinun kata dia genuine dan asli…
Yang situn kata mereka pemegang warisan yang sah….
Dan result dia….. semua tak dapat apa2…….
Rakyat keliru… dan mereka terus menerus dengan perasaan syok sendiri serta menari rentak kejayaan yang mereka reka dan impikan dalam mimpi….
“Pandai sampai jadi bodoh”…. Itu aku bagi “Cop” kat dia org daaa…. Hahahha…

Apakah intelektual??

Aku suka gunakan ayat definasi….. yang dalam kamus ialah definisi…. Tapi tak sedap di sebut… tarak kick daaa…..
So, definasi intelektual pada aku selalunya merujuk kepada kepandaian akal fikiran yang telah terbukti dan sangat popular kepada sesebuah komuniti atau kepada individu perseorangan.

Inteletual selalu di angkat tinggi oleh masyarakat sekarang berbanding masyarakat dahulu yang lebih mementingkan kekuatan fizikal daripada yang lain.
Bagi aku….. dua2 penting……
Macam rasullulah….. bijak dan kuat……
Ni tidak…. Cakap jer lebih….. tapi takut turun padang…..

So… di manakah….. atau apakah INTELEKTUAL MELAYU??!!!....

Bagi aku…. Intelektual Melayu hampir terkubur!!!



Antara intelektual Melayu adalah:-

Menerima Islam….
Menjadi asas setiap sudut kehidupan….. dari mula kehidupan sehingga tamat…. Dari buka mata sehingga pejam….. dari tido sehingga makan…. Dari kecil sehingga alam rumahtangga… semuanya sempurna dalam satu agama….

Budaya….
Pelbagai warna…… beratus2 corak…… beribu citarasa… dan berjuta keindahan…. Melayu mempunyai budaya mereka sendiri dan tidak terikut2 budaya bangsa lain…. Dari makanan, pakaian, tarian, senibina dan keseluruhan kehidupan….

Adab sopan….
Perilaku dan akhlak Melayu adalah antara terhebat di dunia setara dengan kelembutan tatasusila warga Jepun…. Adunan jatidiri Melayu yang berakhlak tinggi bergabung bersama isipati agama islam yang sejati menjadikan Melayu itu sempurna…

Bahasa Melayu…..
indah, mudah, halus dan pernah menjadi bahasa dunia pada zaman Melaka dahulukala….



Silat.….
Seni mempertahankan diri yang sungguh halus seninya dan bisa serangan ia sehingga mampu membuat si pelaku seperti sang harimau yang gagah perkasa…. Bergabung dengan tanaga dalaman serta ilmu kebatinan, menjadikan mereka sangat-sangat di geruni…..


Ilmu ghaib…..
Selalu di gelar ilmu batin….ilmu ini merupakan PENDINDING kepada hampir semua komuniti warga Melayu dahulu…. Berkawan dengan dunia ghaib demi membawa kebaikan dunia dan akhirat…



Ilmu laut…..
Siapa orang yang mengemudi kapal Christopher Columbus??.... sudah tentu di buktikan oleh ramai ahli sejarah bersama dengan buktinya iaitu orang Melayu.(lupa nama dia)

Ilmu hutan….
Melayu memang pakar dalam selok belok dunia perhutanan kerana mereka hidup dalam “mereka”… dari hutan.. Melayu boleh jadikan ia rumah, pakaian, makanan dsbnya….

Ilmu senibina….
Dari hutan dara… bertukar kepada sebuah kampung…. Bertukar kepada chandi borobudur…… bertukar kepada tamadun melaka dan sebagainya… dahsyat tu beb…. Chandi tu antara keajaiban dunia tau….. dan memang Melayu yg membinanya!!

Dan lain2 daaaaaaaaaaaaaa…. Panjang kalau nak di huraikan….

Pada aku… point kat atas ni pun dah cukup banyak untuk aku menyedarkan bangsa Melayu bahawa mereka hebat tetapi layu dan sedang menuju kehancuran dek kerana terlalu menyanjungi “intelektual” yg bukan milik kita selama ini……..
Intelektual yang lebih membawa jauh daripada jatidiri kita dan memadamkan kesemua apa yang kita ada…..
Konklusinya….. kita lemah dengan jatidiri yang bukan memang kita….
Palsu…. Penipuan…. Tidak genuine….



Cara nak cantas masalah ini???….
Senang je….
Patah balik kepada asal usul dan asas bangsa Melayu kita sendiri…..
Kita bukan mat salleh…..
Minum arak…. Seks…. Enjoy gila babi…. Ini memang budaya intelektual mat salleh….
Tapi bukan kita…..
Kita ada matlamat…. Iaitu mahu mati sebagai sebaik2 manusia….
So… belasah….
Patah balik beb… rock2 jugak…. Rap2 jugak…. Hip hop2 jugak….
Tetapi pergi lah belajar balik silat…. Ilmu batin… ilmu alam dan sebagainya….
Dan yang paling penting…. Ilmu ISLAM beb….
Kurang2 masa tua…. Lu boleh mengaji beb….hahahha….

PIKIR2 lah!!!!

2 comments