Isnin, 1 Februari 2010

Tahniah Tom Raja Farah.


Tahniah!!!!..... buat Tom Raja Farah yang telah dinobatkan sebagai Juara Mystarz Lg Musim Ke-3. Kami di Kelab Bersaudara dan Penyokong Raja-Raja Nusantara SeDunia sangat berbangga dengan kejayaan itu. Selepas 12 minggu bersaing untuk menempatkan diri supaya dapat beraksi di peringkat akhir.......
akhirnya peserta Mystarz Lg Musim ke-3 yang terpilih ialah Maisarah Ismail (Sarah), Raja Farah Afzal Raja Ikram (Tom) dan Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz).

Laman Facebook Tom.

Peringkat akhir yang berlangsung di dewan Merdeka PWTC menyaksikan ketiga-tiga Finalis Mystarz Lg musim ke-3 memberikan persembahan yang terbaik serta memberikan saingan yang cukup hebat untuk menarik perhatian para juri dan peminat.

Naib Juara pula jatuh kepada Afiz dan di tempat Ketiga menjadi milik gadis melayu yang comel iaitu Sarah. Keputusan kemenangan ditentukan oleh juri professional sebanyak 50% yang dianggotai oleh Azmeer, Ajai dan Mas Idayu serta 50% lagi ialah dari undian penonton.

Tom semasa menjadi JUARA di World Championship of Performing Arts di Hollywood

Tom yang membuat persembahan dengan menyampaikan lagu medley dari kumpulan Search dan Bunkface iaitu Isabella dan Revolusi manakala Senja Nan Merah duet bersama Mus dari kumpulan May membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta LCD TV tajaan LG.
Tom, 25, juga akan mengikat kontrak rakaman bersama label rekod Warner Music Malaysia. Apiz yang menyampaikan lagu Patri dan Farhana bersama Tia dari kumpulan Jinbara serta lagu medley Suci Dalam Debu dan Terharu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan barangan LG Chocolate Phone (BL40).

Sarah pula menyampaikan lagu Joget Lambak dan Gelora bersama Adam serta lagu Bunga-Bunga Cinta dan Senggol-Senggolan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta set sistem home theatre HT964PZ dari LG. Turut memeriahkan suasana Malam Final Mystarz Lg Musim ke-3 ialah persembahan nyanyian dari Jaclyn Victor dan dua diva ternama, Dato' Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

3 comments