G-K566N94YEK TUN MAHATHIR DAN POLITIK KINI...

TUN MAHATHIR DAN POLITIK KINI...

Tun Mahathir adalah seorang individu Malaysia paling hebat di mata rakyat Malaysia dan di seluruh Dunia.Beliau bukan pengasas Malaysia tetapi beliau berpeluang untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembinaan Negara Malaysia ini.

Beliau merubah secara total landskap politik dan struktur sosio-ekonomi Malaysia.Sukar bagi kesemua pemimpin sebelum beliau atau selepas beliau menandingi kebijaksanaan dan aura Tun Mahathir.

Beliau juga pernah menjadi HERO ISLAM dalam isu Palestin, Bosnia dan Islamophobia. Namun kini:


1. Tun M sendiri sukar untuk menuntut PM diadili bagi menjawab kemusykilan rakyat di ruang mahkamah. Terlalu sukar bagi Tun M untuk bertemu bersua muka dgn PM serta disaksikan oleh rakyat bagi berdialog dalam pelbagai persoalan yg berbangkit. Kenapa??


2. Tun M kini dikutuk, dihina dan dituduh kurang bijak serta nyanyuk. Tanpa rasa hormat dan malu, beliau bertubi-tubi di hentam dipelbagai ruang media massa yg ada. Sebahagian besar rakyat sukar untuk menerimanya situasi ini. Kenapa??


3. Namun sedar atau tidak, ini adalah legasi dan acuan politik 22 tahun Tun M mentadbir Malaysia termasuk mendidik dan mengasuh anak didik beliau sensiri iaitu PM sendiri. YA... ITULAH REALITI...

Inilah Politik Malaysia..!!!

Hari ini kau disanjung... Esok lusa kau dihina...


Pulangkan kembali kuasa pemerintahan Malaysia kepada Raja-Raja Melayu...

DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU...


Pasti TIADA POLITIK JELEK sebegini lagi.!!!


0 Ulasan