Khamis, 25 Mac 2010

MENGAJAK UMAT ISLAM MENGAGUNGKAN ALLAH

Allah mendidik manusia atau hamba-hamba-Nya berbagai-bagai caranya
Agar manusia menerima-Nya sebagai Tuhan dan patuh kepada syariat-Nya

Ada kalanya Dia lihatkan kebesaran-Nya
Melalui kejadian langit dan bumi agar manusia mengakui kewujudan-Nya.

Ada kalanya dipujuk manusia dengan Syurga
Betapa indahnya Syurga serta kelazatan nikmatnya
Dan kecantikan bidadari

Di masa yang lainnya ditakutkan manusia dengan Neraka-Nya
Betapa dahsyatnya
Neraka dan azabnya yang maha pedih amat ngerinya

Tidak kurang pula diceritakan kehidupan orang-orang yang soleh
Di dunia lagi mendapat bahagia walaupun di dalam cabaran

Orang-orang kafir atau yang toleh di dunia lagi tidak bahagia
sekalipun kaya, betapalah di Neraka.

Allah juga menyedarkan manusia dengan nikmat-nikmat-Nya
Diberitahu manusia ini dari tiada kepada ada
Dicipta manusia begitu cantik
Dicipta mata, kepala, mulut, kaki dan tangan sesuai di tempatnya
Mempunyai peranan yang berbeza untuk faedah mereka

Disedarkan lagi dengan nikmat-nikmat di luar diri manusia
Dan Tuhan menganugerahkan biji-bijian, buah-buahan, ternakan
Kegunaan hamba-hamba-Nya

Selanjutnya Tuhan insafkan lagi manusia itu dengan lain-lain cara
Dengan perintah siapa menurunkan air hujan?
Siapa cipta udara?!
Kamu boleh hidup dengannya?

Begitulah Tuhan mendidik manusia berbagai-bagai jalan
Manusia menerima bermacam-macam cara dan berbagai-bagai sikap

Ada yang terus menolak kewujudan Tuhan,
Percaya dunia jadi dengan sendiri
Ada yang menerima kewujudannya tapiMembuat pembohongan tentang zat-NyaDigambarkan bermacam-macam rupa
Tidak kurang yang percaya keesaan-Nya tapi menolak syariat-Nya
Ada yang tepat aqidahnya tapi acuh tidak acuh dengan syariat-Nya
Dalam pada itu ada yang beriman namun memilih-memilih syariat-Nya
Sedikit sekali yang beriman dan patuh kepada syariat-Nya.

Nawawi Dahalan