G-K566N94YEK Ini Kisah Aku - Ketika Sekolah Rendah

Ini Kisah Aku - Ketika Sekolah Rendah

  




AGAK BERANI

Ketika usia aku dalam darjah 1, aku menjadi semakin berani… Mungkin kerana kesan daripada peristiwa aku dipukul dan didera selama dua tahun di Keramat menyebabkan aku tidak beberapa takut dengan rakan sebaya.

Aku pernah dengan sengaja menghiris pisau ke tangan kawan aku hanya kerana beliau buat aku marah. Aku lupa la namanya sekarang. Tapi iras wajahnya masih aku ingat sampai ke hari ini.

Aku juga pernah mencabar dan berlawan cah keting dengan murid darjah 6, biarpun aku masih darjah satu. Aku sering dicabar oleh kawan-kawan aku kerana aku bersaiz besar. Hampir sama dengan budak darjah 6 terse￾but. Tapi seingat aku, budak darjah 6 itu cabut lari tinggalkan aku setelah kedua-duanya tak tertahan menahan sakit di kaki setelah berlawan cah keting.

Aku juga pernah mencakar persis cakaran sang harimau sehingga mengoyakkan baju T-shirt jiran cina aku yang berumur 13 ta￾hun hanya kerana beliau mengganggu buli adik sepupu aku yang aku panggil OJ. Seingat aku ketika itu aku masih di dalam darjah tiga.

Agak mengejutkan sifat baran aku yang ti￾ba-tiba muncul walaupun sebenarnya aku ini seorang yang penakut dan naif/nerd. 

Bila bertanya kepada orang tua aku, rupa￾nya aku terikut kepada perangai ibu aku, suka simpan dalam hati kemudian bila marah sangat barulah meletup.

Ketika aku darjah dua pula, tak banyak yang aku ingat. Apa yang pasti, pre￾tasi aku dalam pelajaran semakin meningkat. Aku masuk kelas 2K iaitu kelas pertengahan daripada 5 kelas.

Ketika aku darjah dua jugalah, Input-Input Agama Islam semakin meresap ke dalam minda aku secara tertib mengikut silibus yang telah dicorakan oleh Kerajaan Malaysia ketika itu. Aku semakin pandai baca Jawi dan mem￾baca Al-Quran.

Tambahan pula aku memang sedang belajar mengaji dengan jiran tetangga yang dikenali sebagai Makcik Salmah yang tinggal di Taman Ehsan.

Aku masih seorang budak naif yang penakut dan penuh dengan kekeliruan akan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku.

Aku mula jadi seorang yang banyak berfikir dan banyak bertanya... 

Perkara ini bukannya baru sebenarnya. Ibu aku pernah bercerita bahawa aku ini memang seorang yang kuat bertanya, semua perkara aku nak tahu. 

Sampai orang dewasa sendiri tidak mampu menjawabnya.

Kehendak untuk bertanya ini sebenarnya amat berat bagi aku walaupun majoriti dari kita hanya mengambil ringan perkara ini.

Pada aku, bagaimana kita menjadi seorang manusia dewasa sedangkan kita tidak kenal secara total atau setidak-tidaknya 90 peratus dari semua persoalan yang di tanya oleh budak-budak kecil yang masih mentah. 

Bagi aku ia merupakan satu tamparan kepada orang dewasa walaupun ma￾joriti orang dewasa boh layan akan fakta ini.

Apabila aku bersekolah Darjah 3 aku semakin bijak. Saat ini aku masih ingat, aku ingat bahawa aku semakin nampak potensi diri aku membaca persekitaran aku. Pancaindera aku semakin sensitif, daya ingatan aku semakin kuat.

Aku masuk kelas 3M. Kelas kedua pandai dalam semua peringkat darjah 3. Aku pernah mendapat kedudukan nombor 3 di dalam kelas hasil ujianpeperiksaan tahunan walaupun aku malas belajar.

Kenapa aku katakan aku seorang yang “malas belajar”?

Sebabnya kerana, rumah di Kepong tu sangat padat. Ini kerana, selain aku, nenek aku juga menjaga ramai cucu-cucunya yang lain termasuk adik sep￾upuku, OJ.

Belum termasuk dengan pakcik makcik aku yang belum berkahwin. Aku tiada rangsangan dan tak ada mood nak belajar kerana tiada ruang yang sesuai untuk aku menelaah pelajaran.

Dan aku memang akui, aku juga memang seorang yang sangat malas belajar...

Aku rasa sikap malas belajar ini NORMAL, kerana majoriti budak seumur aku ini selalunya kena paksa oleh ibu bapa mereka untuk belajar. Bak kata-kata manis para motivasi ialah “kanak-kanak harus didorong oleh ibu bapa atau penjaga mereka untuk mengulangkaji pelajaran dirumah”. 

Tanpa penjagaan, mereka akan terbiar bebas mencari keseronokan.

Budak-budak fitrahnya adalah bermain-main demi keseronokan....


AKU BUKAN ULAT BUKU

Telah aku maklumkan, Aku ni macam budak ‘nerd’. Sangat naif. Mempunyai fikiran yang masih mentah. Jiwa suci tak mengenal erti dosa pahala. Jiwa ini aku rasa kosong sekosong kosongnya. Cuma bezanya aku dengan budak nerd ialah AKU BUKAN ULAT BUKU.

Aku nak kalian tahu dan sedar bahawa ketika aku menulis buku ini, aku hanya menulis dari pengalaman hidup aku yang biasa-biasa sahaja. 

Aku kurang membaca dan aku kurang mengkaji untuk menghasilkan buku ini.

Buku ini 100% hanya dari hati dan akal fikiran aku.

Jikalau ada persamaan dengan apa yang aku tulis dalam buku ini dengan apa-apa ilmu atau mana-mana buku diluar sana, ia pasti hanyalah satu kebetulan yang memang tidak disengajakan.

Aku memang malas sangat nak membaca. Yang aku tahu aku perlu hidup, tak mahu mati kerana setahu aku, mati itu sakit. Makan minum sangat penting. 

Menonton Television. Bermain dengan apa sahaja yang boleh dijadikan mainan. Kuat berangan dan kuat tidur.

Aku memang kuat berkhayal kerana itu merupakan satu-satunya SALURAN aku untuk melepaskan tekanan hidup aku yang sebenarnya sangat ‘entah apa-apa’.

Atau mungkin ia adalah memang diri aku....

Aku dilahirkan sebagai “DREAMER”....

Teringat pula aku kepada Kumpulan The Beatles....


MUKA JERAWAT

Ketika umur aku 10 tahun iaitu darjah 4, Aku mula ada jerawat. Memori

jerawat ini sangat penting dalam hidup aku. Kerana apa? Kerana jerawat ini banyak memberi kesan negatif kepada jiwa aku.

Aku malu pada diri aku, bintik-bintik kecil jerawat dah mulai penuh satu muka aku.

Aku lemah semangat. Aku merasai aku ini persis manusia kelas kedua. Dan kerana itu juga baru aku sedar bahawa aku sepatutnya bersyukur dilahirkan normal. 

Kalau tidak aku sendiri tak boleh bayangkan bertapa aku “down” untuk berjalan di atas muka bumi ini untuk meneruskan hidup.

Baru diuji jerawat dah merasa lemah, bagaimana jika diuji dengan kecacatan anggota badan?

Ketika itu mula timbul perasaan TIDAK PUAS HATI dalam diri aku tentang kehidupan yang sedang aku lalui. Banyak persoalan-persoalan yang mula timbul.

Kenapa aku dipilih untuk mempunyai wajah seteruk ini?

Kenapa tidak orang lain?? kenapa aku tidak boleh hidup normal?

Kenapa orang pandang enteng pada wajah seperti aku?

Baru berumur 10 tahun, aku sudah mulai pandai mempersoalkan takdir.

Aku mulai berfikir bahawa takdir itu sepatutnya harus mengikut kehendak aku sebagai seorang manusia yang HIDUP!

Ketika zaman ini banyak juga memori yang aku ingat. Mungkin ketika ini aku sudah mula dalam proses akil baligh, atau mungkin ketika ini semua saraf￾saraf otak dah berhubung.

Aku merasai aku semakin bijak. Buktinya aku berjaya memasuki ke kelas paling pandai dalam peringkat usia sebaya aku iaitu darjah 4U.

Aku mula berminat melihat perempuan. Aku sudah mula mahu bersosial..

Aku sudah mampu untuk berfikir dan merasa dengan lebih jauh. Aku sudah merasai dan mengerti apa itu sayang, rindu dan cinta.

Ketika itu aku dah mulai menyukai seseorang wanita bernama Izalina. Dia budak baru masuk sekolah ketika itu. Cantik, bijak dan pandai menyanyi. Kami pernah berbalas nyanyian di depan kelas ketika itu. Aku nyanyi lagu ‘Kain Pelikat’ dan aku lupa pulak dia nyanyi lagu apa.

Ya... Bakat menyanyi aku sebenarnya sudah ada dari kecil lagi rupanya. Bila aku me￾naip buku ini baru aku sedar.

Pada umur aku 10 tahun juga. Aku semakin rancak bersukan… Menikmati tubuh badan yang Tuhan bagi sesempurna jasad. Aku tinggi, besar dan kuat. Tetapi masih ‘nerd’ dan naif lagi.

Aku mampu berlari laju dan jauh, serta mampu melakukan pelbagai aktiviti luar dengan aktif… Bak kata orang... Kekuatan aku lebih sedikit daripada orang-orang lain.

Dan hasil proses aku menikmati tubuh jasad aku ini. Aku telah berjaya memenangi anugerah olahragawan untuk kelas 3 (Darjah 1 - 4) ketika itu dan mengalahkan ramai pelajar yang lebih popular.


IMAGINASI TINGGI

Pada tahun ini juga imaginasi aku meningkat gila-gila… Aku pernah meng￾gunakan imaginasi aku untuk menarik perhatian seluruh kawan aku seusia dengan mempengaruhi mereka bahawa aku sebenarnya adalah seorang dewasa yang telah mati terperangkap di dalam jasad aku ketika itu (persis dongengan Frankestein).

Gabungan unsur sains fiksyen dan mistik memang menjadi-jadi sehingga￾kan ramai orang mulai takut kepada aku. Takut ada, kagum ada, pelik pun ada. Seronok jugak menjadi perhatian.

Semua ini tidak dirancang.. Terjadi dengan sendirinya. Serius aku katakan, kebanyakan kejadian dalam hidup aku sebagai kanak-kanak sebelum akil baligh sebenarnya aku tidak pernah merancang, ia terjadi dengan sendir￾inya.

Aku tak tahu dari mana datang bakat merekacipta cerita sebegitu tinggi keti￾ka itu… Dan strategi yang aku gunakan juga datang sendiri tanpa perlu untuk merancang dengan teliti.

Aku bermula dengan bercerita kepada kawan baik aku ketika itu iaitu Yusri PawanTeh. Bila Yusri mulai percaya cer￾ita imaginasi aku, dia automatik mula menyebarkan kepada semua kawan￾kawan aku yang lain.

Kemudian kecohlah satu sekolah. Aku digeruni atau mungkin dikagumi? En￾tahlah, yang penting aku menjadi per￾hatian. Imaginasi dan jiwa aku yang kosong menghasilkan tindakan ini.

Dan akhirnya ada salah satu kawan aku telah melaporkan apa yang aku buat ini kepada Cikgu Ali, Cikgu yang paling “Jantan” ketika itu. Dia nampak garang dan jelas aura kepimpinan Cikgu Ali.

Arghhhhhh... Kantoi pulak akuuuu...

Stress aku kerana aku dipanggil ke depan kelas.... Malu nyaaaa...

Cikgu Ali menyuruh aku mengaku bahawa segala cerita itu adalah bohong belaka. Dan menyuruh aku mengucap dua kalimah syahadah sebagai penamat kepada isu ini dan bagi meyakinkan kawan-kawan aku yang lain bahawa aku hanyalah berbohong.

Lantas tanpa banyak bicara, aku mengucaplah 2 kalimah syahadah di ha￾dapan semua murid dalam kelas aku.

Aduh! Hancur maruah aku....

Tapi yang aku rasa pelik, kawan perempuan aku bernama Izalina tu berkata, ketika aku mengucap 2 kalimah syahadah tu, suara aku ada berbunyi sep￾erti bergema. Seolah-olah ada 2 suara. Itu menakutkan aku.

Sifat-sifat aku sebenarnya adalah lebih menjurus ke arah yang kurang posi￾tif… Cuma yang menarik dan positif dalam hidup aku ini ialah BAKAT yang aku tidak pernah asah secara bersungguh-sungguh.

Tidak pernah aku terapkan sifat disiplin dalam diri aku… dan tidak pernah aku merancang kehidupan yang teratur tetapi secara semulajadinya ke￾hidupan aku nampak baik dan sempurna pada mata kasarnya. Semuanya adalah ANUGERAH…

Buku ini juga aku anggap sebagai anugerah!!

Aku kesunyian dan rasa rendah diri tetapi aku ada kemahiran kreatif untuk menghiburkan diri aku dengan imaginasi aku. Aku kurang disiplin tetapi aku disuntik dalam jiwa aku perasaan malu yang tebal sehingga aku malu untuk melakukan kesilapan.

Aku malas bersenam tetapi aku di anugerahkan tubuh jasad yang tegap dan kuat. Aku suka perhatian tetapi sifat malu yang tebal mengajar aku menjadi sederhana.

Aku sebenarnya malu pada diri aku sendiri. Ini kerana aku tiada apa-apa usaha yang jelas untuk menjayakan KEHIDUPAN AKU selain hanya dengan bantuan anugerah semulajadi aku. Tiada apa yang nak dibanggakan.

Tahun 1986, bila memasuki darjah 5 aku semakin matang. Tahun ini aku mula pakai kacamata kerana rabun aku sudah terlalu teruk. 

Cuma dalam masa seminggu lebih, kegatalan yang melampau terkena mata aku dan ker￾ana aku terlalu asyik mengosok mata aku. Aku terus jadi rabun.

Sesuatu yang tak boleh dikesalkan lagi. Nasi dah menjadi bubur. Kekesalan aku kehilangan pandangan mata yang normal sangat mengganggu jiwa aku.

Bayangkan dalam sekelip mata sahaja aku dah kehilangan separuh nikmat penglihatan aku.

Memakai ‘speaky’ melengkapkan rupa paras aku sebagai budak ‘nerd’ yang nakal. Aku makin tak suka dengan penampilan aku. Aku nampak seperti bu￾dak buku tetapi sebenarnya tidak.

Aku memang malas membaca sampai sekarang. Aku cuma suka baca ar￾tikel-artikel pendek sahaja… Nak habiskan satu buku memang jangan haraplah...

Kenapa? Kerana aku ada masalah membaca yang sangat lambat. Aku suka membaca berulang-ulang.

Masa darjah 5 Aku semakin ramai kawan dan ramai kawan-kawan sekolah telah mengenali aku. Tambahan pula cikgu-cikgu SRKTE telah melantik aku menjadi Pemangku Ketua Pengawas sementara bagi menjadi ketua murid sebelum pilihanraya sekolah.

Tugas paling penting aku ketika itu ialah berdiri berseorangan di hadapan kesemua murid pada setiap perhimpunan rasmi sekolah dan mengarah￾kan segala ‘command’ kepada murid atas perintah cikgu, termasuk dalam memberi arahan menyanyikan lagu Negara Ku dan lagu Negeri Selangor.

Aku mula rapat dan mengenali rakan-rakan yang lain yang lebih popular ketika itu iaitu Hafiz Hamzah, Yusri Ahmad, Rafiq Abdullah, Faizal Hussein, Azmi Ali, Herman Abdullah, Rahmat Mahfuz, Din Ganja, Mazli, Abu Amzan, Fazli Syukor dan banyak lagi.

Bersambung



0 Ulasan