G-K566N94YEK Ini Kisah Aku - Permulaan Cerita....

Ini Kisah Aku - Permulaan Cerita....

   


KENAPA AKU MENULIS??

KEWUJUDAN SUDAH PUN TERCIPTA. Kehidupan telah pun menyusur perjalanan. Takdir dan waktu telah dipersaksikan. Suka dan duka juga telah lama disantap.

Namun sampai sekarang majoriti manusia masih keliru akan apa yang berlaku di sekeliling kita. Seribu persoalan yang bermain di kotak fikiran:

  1. Mengapa semua ini terjadi?
  2. Siapakah aku?
  3. Adakah semua ini dicipta oleh sesuatu?
  4. Apa yang mencipta atau menjadikan aku dan seluruh alam ini?
  5. Mengapakah sukar sangat melayari hidup ini?
  6. Apakah yang sebenarnya berlaku sebelum dan selepas kehidupan aku ini?
  7. Kenapakah pencipta manusia dan seluruh alam semesta ini tidak muncul-muncul sehingga kini?

Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di fikiran kita dalam proses mencari jawapan dan kebenaran. Fitrah manusia yang mahu berfikir, secara normalnya memang begitu.



Namun kepada manusia yang MALAS BERFIKIR, bolehlah ia dianggap sebagai satu kebiasaan yang tidak sihat. Biarkan mereka. Mereka adalah golongan manusia yang malas menggunakan OTAK mereka, dan meletakkan segala-galanya pada tangan orang lain dan hanya mahu hidup sebagai sebuah kewujudan yang telah tercipta sebegitu sahaja. Mereka seperti “angin-angin” yang berlalu.

Pada aku, mereka ramai dan mereka jugalah yang selalu membuat kacau di atas muka bumi ini. Mereka tidak faham dan sangat keliru akan hakikat kehidupan ini dan mereka lepaskan kekusutan itu kepada perkara-perkara
yang lain.

Kekusutan fikiran adalah punca kepada kekacauan jiwa yang menuntut kepada pergolakan hidup bangsa manusia. Pergaduhan di dalam keluarga, pepecahan ukhwah masyarakat, pecah amanah dalam organisasi danpeperangan dikalangan manusia.

Tidak dapat dinafikan, peperangan yang paling hebat dan dahsyat dalam keseluruhan sejarah peradaban manusia di alam semesta ini adalah antara akal dan nafsu!

Semua ini bermula dari seketul daging bernama HATI. HATI yang bertahta dijantung seumpama Sultan yang mempunyai penasihat yang sangat hebat, sangat berpengaruh dan berkuasa yang bernama Akal Fikiran bersemayam di otak manusia.

Akal fikiran yang rasional ini adalah salah satu keajaiban dunia yang dimiliki oleh manusia bersama Hati yang lebih mudah dipengaruhi oleh unsur yang berpaksikan nafsu. Manusia menjadi hebat atau pun sebaliknya hanya kerana kedua-dua organ ini.

Kekeliruan jati diri dan identiti, sifat amarah, keganasan dan gangsterisme, kecelaruan jantina dan LGBT, aktiviti dadah dan pelbagai cerita pembunuhan adalah kesan-kesan yang sedang berlaku dikalangan masyarakat
kita, bahkan ada beberapa negara telah rosak hancur dengan pelbagai gejala akibat daripada hati dan akal yang rosak.

Adakah kita harus terus berdiam diri? Di mana peranan kita sebagai manusia?
Adakah kita hanya mampu tunggu dan lihat? Dimanakah maruah dan kreadibiliti kita?

AKU BUKAN PENULIS

Seseorang yang bergelar penulis akan terus menerus menulis dan menerbitkan buku sebagai salah satu ciri dalam perjalanan hidup mereka untuk mencari sesuap nasi.

Tapi bukan bagi aku, aku menulis hanya kerana terpaksa., hanya kerana aku tiada pilihan lagi dalam usaha untuk menukilkan sebuah teori yang berkesan sehingga membuat kehidupan aku berubah dan aku harap juga dengan tulisan ini, ia dapat merubah hidup kalian lebih harmoni menuju kedamaian.

Aku ingin bermula melalui cerita asas kepada kalian sebahagian dari pengalaman perjalanan hidup aku kerana teori ini lahir daripada guru aku yang TERBAIK bernama PENGALAMAN.

Pengalaman hidup adalah satu proses menelaah ilmu yang paling berkesan sebagai rujukan. Lain orang lainlah ceritanya.

Setakat ini, tak pernah aku membaca atau mendengar bahawa seseorang individu itu mempunyai cerita yang 100% sama dengan individu yang lain dalam dunia ini sepanjang dalam sejarah kewujudan manusia ini.
Pengisian saat-saat aku apabila bertemu dengan pelbagai manusia yang mempunyai pelbagai IDEA-IDEA KREATIF yang telah disalurkan kepada aku melalui pelbagai situasi yang mempunyai pelbagai mood dan warna dari
pelbagai sumber adalah momen-momen penting terhasilnya isipati buku ini.

SIAPA AKU??

Aku dilahirkan sebagai seorang Lelaki Melayu Islam yang sempurna sifatnya. Aku ditakdirkan lahir dalam sebuah keluarga yang berkait rapat dengan penubuhan Malaysia dan mempunyai pengaruh dalam sosio budaya bangsa Melayu dan Malaysia.

Kehidupan aku pada dasarnya di dalam keluarga Islam yang sederhana dari segala sudut. Menurut ibu, aku telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan kemudiannya dibesarkan di Kampung Baru (Kg. Baru).

Tanggal 11 Januari 1975, jam 1.30 tengahari Sabtu, aku dilahirkan sihat sempurna dengan berat badan aku seberat 8.8 paun! Ya, aku memang dikurniakan fizikal yang tinggi dan besar semasa dilahirkan hingga sekarang.

Aku rasa bertuah kerana dilahirkan di sebuah hospital yang mempunyai sejarah yang cukup besar dan dekat di hati semua rakyat Malaysia. 

Kemudian dibesarkan dan menetap di kawasan yang bersejarah dan sangat penting
ketika itu iaitu Kampung Baru, yang merupakan perkampungan Melayu paling hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Suasana ini sebenarnya mempengaruhi diri aku.

Ibu aku, Nori Zain (bukan nama sebenar) merupakan seorang pembantu tadbir di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan berasal daripada Beranang, Selangor.

Ibu aku mempunyai pertalian darah yang sangat rapat dengan seorang individu hebat iaitu seorang lelaki bernama Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendita Zaaba, seorang individu yang sangat genius dan
terlibat secara langsung dalam kemerdekaaan Malaysia serta membentuk jati diri bangsa melalui penulisan beliau.

Aku secara peribadi kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Pendita Zaaba yang tiada pengalaman dalam menimba ilmu dan pelajaran secara formal. Itu yang uniknya beliau.

Manakala bapa aku pula, Anuar Rizman (bukan nama sebenar) adalah seorang pembantu tadbir di Kementerian Hasil Dalam Negeri di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan berasal daripada Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Bapa aku berdarah Kerabat Raja daripada susur galur Kesultanan DiRaja Perak dan Kerabat DiRaja Selangor. 

Tetapi agak sedih bila aku sebenarnya tidak rapat dengan pihak Istana atas beberapa faktor yang tidak perlu aku
maklumkan di sini.

Kedua-dua ibu bapa aku hampir sebaya dan lahir pada zaman pra-kemerdekaan, ketika Malaya sedang bertarung untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah asing. 

Aku membesar dengan penuh kasih sayang dan mendapat sepenuh penjagaan yang sempurna di Kampung Baru dalam suasana yang normal sebagai sebuah famili Melayu Islam moden di tengah ibukota.

Tetapi aku tidak lama pun di sini, hanya kira-kira selama 3 tahun lebih sebelum kami sekeluarga berpindah ke Kepong kerana mengalami masalah keluarga yang agak serius.

Aku masih ingat lagi, rumah aku di Kampung Baru itu betul-betul berada mengadap sisi tepi kanan Bank Pembangunan sekarang ini di mana sebelum ini hanyalah sebuah tapak berhutan bersemak lebat.

Orang-orang dahulu dan masyarakat setempat mengelarkan rumah aku itu dengan nama gelaran “RUMAH PERAK”. 

Rumah itu digelar sebegitu kerana ia ada kena mengena dengan pertalian darah atuk aku dengan Istana Negeri Perak dan Istana Negeri Selangor.

Dikhabarkan Sultan Perak suka singgah ke rumah itu apabila Baginda hadir ke Kuala Lumpur dengan pelbagai urusan, tambahan pula Kelab Sultan Sulaiman yang merupakan pusat aktiviti utama UMNO Malaysia (Kerajaan Awal Malaysia) ketika itu amat hampir dengan rumah atuk aku tu.

Kini, rumah itu tiada lagi kerana terbakar musnah pada pertengahan tahun 1987. Rumah itu benar-benar memberi kesan kepada kehidupan aku kerana cerita dan Aura Rumah Perak itu sebenarnya amat kuat dan unik kesannya kepada jiwa dan raga aku. Maklumlah famili bapa aku memang dari kecil membesar dan berasal di tanah pusaka itu.

Agak menyedihkan, sangat sedikit gambar kenangan yang ada dalam simpanan aku dan famili aku yang lain. 

Walaupun aku tidak tinggal di situ semenjak tahun 1979, tetapi aku sering menjenguk atuk dan nenek aku di sana beberapa kali setiap tahun sehinggalah mereka meninggal dunia. 

Aku merupakan cucu kesayangan atuk dan nenek Kampung Baru sebab itulah bila memori ini melintas di fikiranku, air mata aku akan boleh gugur mengalir.

Aku merupakan cucu lelaki paling sulung bagi kedua-dua belah pihak, disebelah bapa mahu pun disebelah ibu aku dan kebetulan juga aku pula hanya satu-satunya anak kepada kedua ibu bapa aku, memang terasa “rare” sedikit, tapi aku okay...

Sekarang, aku mempunyai 7 adik beradik yang sangat baik dengan diri aku dan saling hormat menghormati. Aku ada 4 adik beradik sebapa iaitu R.Harmaini, R.Farhana, R.Nabila dan R.Razin. 

Manakala adik beradik yang seibu pula ialah Rashnizam, Rizwan dan Rozaimi. Aku bersyukur walaupun berlainan ibu atau bapa, mereka tetap menganggap aku adalah dia orang punya “brader”.

Dibesarkan di Taman Desa Jaya, Kepong adalah sesuatu yang amat teristimewa. Hanya 20 minit memandu daripada Kuala Lumpur, melalui jalan Kuching yang merupakan satu-satunya jalan biasa yang mempunyai TOL ketika itu.

Melalui kawasan Jinjang yang merupakan penempatan bekas Komunis menurut sejarah. Begitu juga Kepong yang merupakan kawasan penempatan yang penuh dengan bangsa Tionghua dan merupakan penempatan bangsa Cina paling hampir dengan Kuala Lumpur pasca merdeka.

Taman Ehsan dan Taman Desa Jaya penuh bukit bukau dan hutan yang membangkit suasana semulajadi walaupun hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Sebenarnya ‘best’ tinggal dan dibesarkan disini, suasana gabungan infrastruktur bandar dengan gabungan intipati ‘Kampung’ masih tebal ketika aku dibesarkan di sini.


MANGSA DERA

Aku dan ibu bapa aku kembali tinggal di Kepong pada tahun 1979 dan menyewa berhampiran dengan rumah atuk dan nenek di Kepong.

Dan beberapa ketika kemudian, aku terus kekal tinggal
sepenuhnya bersama atuk dan nenek. Merekalah penjaga aku. Di sinilah aku membesar sehinggalah aku berkahwin pada usia 25 tahun.

Selain tinggal di Desa Jaya, aku juga pernah tinggal di Taman Keramat dan Kajang. 

Namun kehidupan aku tinggal di Keramat apabila ibu aku berkahwin baru ketika aku berumur dalam lingkungan 5 tahun, menjadi satu kenangan yang tragik dan menakutkan dan merupakan kenangan yang tidak mampu
terpadam di dalam memori hidupku.

Impian dan harapan ibu dan aku untuk hidup bersama dan bahagia di Keramat tidak lama, kerana tanpa disedari ia sebenarnya permulaan kehancuran hidup aku dan ibu.

Tanpa aku duga, aku menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh seorang individu yang dipercayai oleh ibu untuk menjaga aku.

Kejadian penderaan fizikal dan mental yang aku alami ini aku diamkan dari pengetahuan ibuku, sehinggalah jiran berhadapan rumah yang akhirnya membuka mulut kepada ibu aku bahawa aku sering dipukul oleh individu 
tersebut.

Bukan hanya di pukul dengan pukulan biasa-biasa, tetapi kepala aku pernah dihantuk ke dinding tanpa ada belas kasihan, sedangkan tidak ada apa yang aku lakukan untuk menerima hukuman seperti itu. 

Hingga kini, apabila terkenang kisah itu ibu sering meluahkan rasa sesalnya dengan kejadian itu walaupun aku sebenarnya berjaya menelan segala 
kepahitan kenangan itu selama dua tahun yang tragis itu.
Dan kerana kejadian itu juga aku diserahkan semula di bawah penjagaan 
atuk dan nenek di Kepong.
Aku belajar dari takdir aku ini bahawa:
  1. Hidup ini bukannya selalu indah, tak seindah mana pun.
  2. Mempercayai orang luar sebagai keluarga juga adalah sesuatu yang berisiko. 
  3. Mengurus emosi dan minda adalah sesuatu yang wajib untuk dilakukan walaupun ia adalah sesuatu yang sukar. Ini ASAS UJIAN kepada yang HIDUP.


PAKEJ ASAS KELAHIRAN MANUSIA

Ingin aku simpulkan di sini bahawa zaman bayi dan kanak-kanak kecil adalah proses RESAP DATA MENTAH dan ia merupakan detik-detik KEBODOHAN kita yang sedang menerima input-input ilmu yang disalurkan oleh semua sumber di sekeliling kita melalui pancaindera yang ada seperti mata dan telinga.

Namun aku sangat percaya dan yakin ramai manusia juga percaya bahawa sebelum, ketika dan setelah kelahiran setiap insan ke dunia ini, sebuah ‘PAKEJ ASAS KELAHIRAN MANUSIA’ telah disalurkan atau diprogramkan kepada setiap individu mengikut dua sumber utama iaitu ibu dan bapa kita.

Bagi yang beriman, Tuhan adalah satu watak yang 100% pasti akan terlibat secara menyeluruh dalam membina Pakej Asas ini. Apa pakej asas kelahi￾ran manusia ini??

Pada pendapat dan tafsiran aku, ia ditafsirkan sebagai “segala apa keper￾luan wajib bagi manusia itu untuk terus kekal hidup”...

Tanpa diajar atau dipaksa, kita akan bernafas. Kita akan respon terhadap persekitaran kita. Kita perlukan tubuh yang normal. Bumi dan persekitaran yang sempurna.

Bila punggung kita di tepuk oleh doktor, kita menangis. Bila lapar, kita menangis. Bila sejuk atau panas kita menangis. Bila sedih kita sudah pas￾ti akan menangis. Dan bila apa sahaja rasa tidak selesa kita pasti akan menangis. 

Kita respon kepada cahaya, bunyi, suhu, warna, bentuk, tekanan, sentuhan dan pergerakan.
Tapi siapa yang ‘ajar’ kita tentang semua perkara itu?

Kita sudah di”AJAR” oleh sesuatu dan kita diajar bukan di dunia ini, mungkin ditempat yang lain. 

Ini persoalan asas yang selalu aku fikirkan.
Kalian rasa siapa mampu menjawab persoalan tersebut? Albert Einstein? Darwin? Stephen Hawking? atau Leornado Da Vincci? 

Mereka akan menjawab menggunakan laras bahasa berbau sains yang berbunyi bijak dalam menyembunyikan kelemahan mereka sebagai manusia yang telah dicipta oleh Sang Pencipta, jelas bahawa perasaan EGO menolak hakikat kebenaran itu adalah asas terbukanya pintu Jahanam.

Tiada satu pembuktian dari bijak pandai manusia bahawa di mana sebe￾narnya sumber segala data-data PAKEJ ASAS KELAHIRAN MANUSIA itu kita perolehi. 

Manusia kelu untuk menjawab walaupun kebanyakannya kuat perasan merasai lebih hebat dari yang lain.

Umur 7 tahun – 12 tahun

Selepas aku menghabiskan waktu persekolahan tadika aku di Keramat, ditakdirkan aku kembali ke Kepong untuk memulakan pembelajaran sebagai murid darjah satu di Sekolah Rendah Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur (SKRTE).

Ini keputusan ibu aku setelah merujuk keadaan aku yang agak teruk didera ketika tinggal di Keramat.

Tahun 1982 merupakan tahun aku memulakan persekolahan sekolah rendah aku sebagai murid darjah satu dan aku dimasukkan ke kelas 1H di 
mana cikgu pertama aku ketika itu ialah Cikgu Supartimah namanya.

Setelah aku mula bersekolah, tanpa aku sedari, aku mula kuat berfikir. Berfikir dan mempersoalkan terlalu banyak perkara dalam hidup ini. Kemungkinan besar ia bermula daripada input pertama aku iaitu dari sebuah kotak teknologi yang terhasil daripada ilmu sains dan teknologi manusia bernama TELEVISION.

Dan berkemungkinan juga daripada kawan-kawan, kenalan dan individu serta keadaan sekeliling yang penuh dengan pelbagai 
perkara yang tidak dijangkakan.

Aku banyak berdiam diri, tak banyak bercakap kerana aku memang agak pendiam semasa 
kecil. Lebih suka buat hal seorang diri tetapi aku bukan anti sosial, aku masih suka melakukan aktiviti bersama rakan sebaya yang lain jika perlu.

Bila aku kembali ke Kepong, keadaan yang menakutkan itu sudah tiada lagi. Tapi realitinya aku mula merasa kesunyian, sunyi dari ibu aku dan sudah tentu dari bapa aku.

Ya aku ingat lagi, detik sejarah ini sebenarnya amat kuat mempengaruhi aku sehingga kini, aku takut sunyi kerana sunyi lebih sakit dari segala pen￾yakit di dunia ini bagi aku.

Ibu aku dengan famili baru. Begitu juga dengan bapa aku. Nenek aku pula sibuk dengan makcik dan pakcik aku, atuk pula seorang pendiam walaupun dia sangat baik dan lembut. Aku tiada adik beradik, tiada juga kawan baik.

Justeru, dengan siapa aku nak berkomunikasi? Kepada siapa ingin aku adu￾kan perasaan dan keinginan diri ini?

Masih teringat dan masih terngiang-ngiang kedengaran BUNYI BINGIT SUNYI itu dalam fikiranku walau pun realitinya aku berada dalam kelompok orang ramai yang sibuk dan bising.

Namun kini aku sedar, kita sebagai manusia sudah tentu tidak dapat lari daripada ujian. Ini bukan pandangan aku sahaja tetapi ini adalah pandan￾gan majoriti manusia. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, bak kata orang – orang tua.

Jadi, aku sedar ini adalah JALAN AKU. Jalan orang lain, sudah tentu lain pula rentaknya. 

Mahu tak mahu, sabar dan redah saja.
Kita sebagai manusia sukar untuk mengelak perkara-perkara buruk yang boleh terjadi di dalam hidup kita, tak kira suka atau tidak, kita terpaksa hadapi.

Dan apabila kita dewasa baru kita sedar bahawa setiap perkara yang wujud pasti membawa DUA sifat asas berlawanan mereka iaitu sifat-sifat NEGATIF dan POSITIF.

Bak kata orang, setiap perkara akan ada kiri dan kanannya. Ada bawah ada atasnya. Ada depan ada belakangnya. 

Hanya kita yang harus melihat dari sudut mana kita mahu melihat dalam memperlihatkan sudut pandang dari konteks yang positif, demi untuk mengelak perkara-perkara negatif.

Jika semuanya kalian lihat adalah negatif, itu bermakna kalian kena buat sesuatu yang drastik untuk membantu kalian berfikiran NORMAL.

Ya, melihat sesuatu dalam keadaan POSITIF adalah NORMAL. Jika tidak, tiada kehidupan aman dan damai selain hanyalah keadaan yang huru-hara dan kelam kabut yang membingungkan.



0 Ulasan