1. LARAS AKAL MANUSIA
Pada teras pertama Teori Monolog ini, aku telah meletakkan bahawa konsep AKAL FIKIRAN itu sepatutnya berbentuk Bulat Sfera dan OTAK NORMAL kita sebagai manusia berada di tengah-tengahnya. Seluruh kehidupan di muka bumi ini adalah berada di dalam sifat KESEDERHANAAN.
Sifat AKAL FIKIRAN:
MAHA BODOH | TERLAMPAU BODOH | SANGAT BODOH | BODOH | NORMAL | BIJAK | SANGAT BIJAK | TERLAMPAU BIJAK | MAHA BIJAK |
Sampai manakah akal fikiran manusia??
Jikalau kita mahu dan mampu untuk pergi mencapai perimgkat paling maksima pada setiap Sifat-Sifat MAHA. Pasti kita menjumpai fikiran - fikiran yang di luar kotak fikiran kita, tidak logik, mustahil, dahsyat, menakjubkan dan kemungkinan besar ia tak wujud pada semua pancaindera manusia biasa.
Secara logiknya, cara kita berbahasa, cara hidup kita, cara makan kita dan segala mengenai seseorang individu biasa sangat bergantung kepada LARAS FIKIRAN.
Baka keturunan, asuhan dan didikan, persekitaran kehidupan, proses pembelajaran dan bakat semulajadi amat mempegaruhi seseorang individu.
Jika kita berada dalam golongan manusia peringkat tertinggi seperti hakim, para saintis dan agamawan, kita dengan mudah dapat memikirkan dan membayangkan perkara-perkara yang tinggi dan dahsyat seperti bagaimana untuk menjadi kaya, menyelesaikan masalah sains, membina lombong emas, mencari syurga dan sebagainya.
Begitu juga jikalau kita berada di peringkat yang paling rendah. Memang mudah bagi kita untuk membayangkan bagaimanakah keadaan hidup di dalam hutan, hidup di dalam kesusahan, bagaimanakah menguruskan perasaan susah dan lapar serta banyak lagi perkara atau pengalaman yang menyakitkan.
Dari gambarajah di atas, secara logiknya kita berhadapan dengan pelbagai sifat-sifat manusia yang bercampur-campur sehingga ada yang amat mengelirukan kita untuk berkomunikasi. Jadi bagaimanakah untuk kita menyatukan mereka dalam satu nada dan satu irama??
Sesuatu PANDANGAN dan PENDAPAT perlulah di gambarkan seolah-olah akal fikiran itu berada di sebuah titik di Tengah Bulatan Berbentuk Sfera.
1. Golongan Manusia mempunyai beberapa kategori bersifat berlawanan seperti ada yang bijak dan ada pula yang bodoh, ada sihat dan ada yang sakit.
2. Oleh itu, mencari persamaan adalah sesuatu yang wajib tetapi aku akui ia agak sukar untuk melakukannya.
3. Dan bagi pandangan aku, perkara yang paling MUDAH untuk diterima serta difahami oleh semua pihak adalah melakukan perkara – perkara yang PALING ASAS sebagai satu pendekatan paling sesuai untuk berkomunikasi dengan mereka semua.
Aku nak kalian semua cuba bayangkan :
a. Jika kesemua golongan seperti di catitkan di atas itu berkumpul pada satu-satu saat dan ketika.
b. Pada lokasi dan ruang yang normal dan lapang seperti di sebuah padang bola di kelilingi hutan simpan yang indah.
c. Apakah yang berlaku pada akal fikiran dan emosi mereka pada permulaan?
d. Apakah akan berlaku setelah mereka dipertemukan?
e. Bagaimanakah mereka MEMBACA dan MENTAFSIRKAN keadaan?
f. BAHASA apa yang lahir daripada terkumpulnya 8 golongan manusia ini?
Bayangkan ketika kita membicarakan perihal politik. Seharusnya semua manusia di dunia harus tahu mengenai keadaan poitik yang merupakan tunggak sesuatu negeri ataupun negara. Adakah kita harus berbicara dengan bahasa akademik atau pun bahasa teknikal yang kebanyakan rakyat tidak faham?
Adakah kita perlu berbahasa seperti budak-budak yang akan menampakkan kebodohan dan mengundang cacian dan kehinaan.
Jalan paling bijak dan mudah ialah dengan kita berbicara bahasa ASAS, mudah tetapi benar dan jelas. Itulah yang di maksudkan sebagai bercakap dari perspektif TITIK TENGAH SFERA.
Kadangkala contoh-contoh yang kurang baik timbul dalam isu semasa di Malaysia yang sering dilontarkan oleh segelintir daripada kita antaranya:
1. Bumiputra bangsa yang MALAS.
2. Pribumi adalah Rasis dalam menegakkan perlembagaan.
3. Dilemma ISLAMOFOBIA.
Sindrom segelintir bangsa aku sendiri menghina bangsa dan agama sendiri sudah terlalu lama dimomok oleh segelintir pemimpin yang berpegaruh sedangkan isu itu adalah isu global. Ia tidak merujuk kepada sekelompok manusia.
Bahasa asasnya ialah isu ini sebenarnya TIADA WAJAH. Ia terjadi pada setiap individu bernama manusia. Isu ini aku akan kupas diruang yang lain.
Pendapat dan pandangan itu sebenarnya adalah berat sebelah dan tidak melihat isu tersebut dari Titik Tengah Sfera. Dengan melihat dari satu sudut yang kecil, mereka melatah mengeluarkan HUKUM.
Ya, aku berpendapat, untuk jalan singkat dan tepat kita harus mempercayai segala hukum manusia yang sebenarnya telah melalui proses tapisan dan pelbagai fikiran yang kritikal untuk menjadi sebuah HUKUM.
Maka dari teras teori ini, manusia berfikir dan membuat keputusan dan banyak keputusan itu diletakkan paling atas menjadi HUKUM! Ia adalah alat paling asas untuk manusia melakukan pengurusan dan pentadbiran kehidupan mereka seharian bagi mencapai taraf KETAMADUNAN.
HUKUM MANUSIA perlu kerana tanpa ‘hukum’ hidup manusia akan tiada pegangan, tiada rujukan dan tiada arah hidup serta turut akan mengundang kecelaruan fikiran dan tabii kerana berkiblatkan hanya kepada nafsu dan hukum alam.
Hukum manusia bukan hukum sains dan juga bukan hukum alam. Hukum Manusia ini ada yang dipanggil Adat, Budaya, Kepercayaan, Kata Orang Tua dan ia lazimnya didokumentasikan serta dinamakan sebagai Akta, Undang-Undang, Perjanjian atau Perlembagaan yang adil serta saksama pada fikiran LOGIK AKAL manusia.
Sifat HUKUM:
Karut marut | Tidak logik | Was - was | Logik | Hukum |
Merujuk kepada Sifat Hukum ini, hukum ataupun undang-undang manusia adalah perkara yang tertinggi yang perlu di pegang untuk memenuhi kesemua sifat-sifat asas manusia yang menagihkan keadilan.
Maka buku ini adalah terhasil daripada poin-poin di atas yang melibat ketiga-tiga teras teori ini dalam membantu kesukaran berkomunikasi dengan semua pihak jika semua pihak tidak memahami dan menghormati sesama sendiri antara sesama manusia.
Adakah kalian masih percaya dan akan terus percaya bahawasanya mencari kebenaran kehidupan ini merupakan perkara yang mudah? Untuk hidup yang sempurna dan teratur, mari kita melihat apakah pentingnya perkara yang di panggil “HUKUM”
0 Ulasan