G-K566N94YEK TEORI MONOLOG - SIFAT SIFAT TERPENTING...

TEORI MONOLOG - SIFAT SIFAT TERPENTING...

  



SIFAT-SIFAT TERPENTING

Dalam teori monolog ini, kaedah terma Mengenal Sifat adalah teras ketiga dan terakhir untuk kita gunapakai dalam mencari sesuatu jawapan pada setiap permasalahan kita sebagai manusia.

Antara Sifat-Sifat yang terpenting selain daripada Sifat Wujud dan Sifat Logik adalah Sifat Baik, Sifat Sempurna dan Sifat MAHA. 

5 Sifat ini adalah cukup menjelaskan hampir keseluruhan kehidupan kita sebagai sebuah kewujudan bergelar manusia.

1. SIFAT BAIK

Sifat Baik adalah sifat asas yang menguasai seluruh kewujudan dan kehidupan. Aku berpandangan bahawa segala unsur kejahatan sebenarnya memang agak sukar untuk mendominasi segala unsur kebaikan. Mengapa?

 

Sifat Baik atau Sifat Jahat: (desktop view)

Terlampau Jahat

Paling jahat

Jahat

Alim kucing

Baik

Sangat Baik

Terlampau Baik.

 

Aku nak membawa kalian ke alam imaginasi.  

Cuba bayangkan, jika unsur KEJAHATAN menguasai keseluruhan penciptaan alam semesta dan kehidupan penghuninya termasuk diri kita sebagai manusia.

 

Apa akan berlaku kepada kita, haiwan-haiwan, seranga dan seluruh tumbuh-tumbuhan? Kepada alam semesta dan seluruh sistem galaksi?

 

Kita tanya kepada hati kita melalui pengalaman diri sendiri dan kawan-kawan ataupun dari bacaan atau pun dari segala sumber yang manusia ada. Adakah kita mahukan segalanya dalam keadaan yang baik ataupun buruk?

 

Semua manusia yang normal, bijak dan waras pasti berharap bahawasanya KEBAIKAN adalah ASAS KEHIDUPAN.

 

Jikalau kejahatan itu mendominasi kehidupan, secara logik dan praktikalnya kehidupan itu akan menjadi seperti kehidupan yang lebih buruk daripada kehidupan seekor binatang atau kehidupan manusia di zaman Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia ke Kedua.

 

Tiada akal fikiran yang di gunakan secara rasional ketika perang. Mereka hanya berlandaskan nafsu dan akal fikiran yang amat singkat.

 

Satu lagi persoalan yang menarik untuk difikirkan. Tidakkah kalian sedar bahawa manusia bukan hanya satu-satunya entiti yang wujud di muka bumi dan seluruh alam semesta?

 

Manusia bukan hanya kewujudan yang wujud. Sila perhatikan kewujudan yang lain.  Bumi, tumbuh-tumbuhan, haiwan, bintang, angin, langit, awan, hujan, gunung, udara, air segala unsur tanah dan sebagainya juga adalah merupakan sebuah kewujudan yang dicipta dan uniknya sifat mereka adalah kesemua daripada mereka merupakan kewujudan yang patuh kepada sistem dan aturan fitrah alam!

 

Mereka disiplin dan setia kepada rutin harian mereka tanpa rasa jemu. Tidakkah itu SATU KEBAIKAN yang hebat? Mereka sangat disiplin kepada segala Hukum Alam atau Hukum Fitrah, kalian SETUJU?

 

HUKUM SAINS telah membuktikan serta menerangkan disiplin-disiplin mereka dalam sistem alam yang telah terungkai berjuta tahun lamanya dan disiplin mereka itu adalah amat – amat menakjubkan.

 

Antaranya ialah seperti Aturan Sistem Solar, Aturan Sistem Galaksi, bagaimana Bumi menguruskan diri sendiri, bagaimana sistem badan manusia, bagaimana sistem ekologi alam dan banyak lagi.

 

Setiap kewujudan perlu ada sistem dan sistem adalah satu RUTIN DISIPLIN yang sangat tinggi dan tiada hentinya ketika masih wujud.

PENTINGNYA DISIPLIN DALAM KEHIDUPAN sehinggakan ia adalah satu kewajiban untuk mengekalkan keseimbangan dalam setiap kewujudan yang ada untuk kekal HIDUP dan mengelakkan kemusnahan.

Tetapi adakah manusia itu punyai DISIPLIN? Mampukah manusia kekal hidup dalam rutin disiplin yang tinggi? Kerana itulah wujudnya undang-undang sebagai sebuah HUKUM kepada manusia untuk hidup kekal bertamadun dan bersistem.

Maka oleh itu, di dalam teori ini aku mendefinisikan bahawa hidup ini:

“Hanya sifat-sifat Kebaikan sahajalah yang mendominasi seluruh kehidupan yang wujud”

 Jangan percaya tetapi YAKINLAH!!


2. SIFAT SEMPURNA

Apakah definisi SEMPURNA?

Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, SEMPURNA itu adalah sesuatu yang lengkap, cukup dan dalam keadaan yang baik dan memuaskan hati. Jadi persoalannya ialah adakah keseluruhan kehidupan ini bersifat sempurna?

Manusia secara lazimnya melihat bahawa kehidupan ini penuh dengan ketidakpastian serta penuh dengan kesulitan dalam membentuk kehidupan yang selamat, selesa dan bahagia.

Kesakitan dan kesusahan, kemiskinan dan peperangan. 

Bencana alam dan kemalangan.. kejahatan dan kematian… Semua itu adalah satu bentuk kelemahan yang jelas ketara.

Dari sudut sains, kita di ancam dan terancam dalam pelbagai sudut. 

Komet dan bintang telah lama menjadi ancaman untuk melanggar Bumi. 

Bumi juga sudah lama tidak stabil dan sudah berusia terlalu tua. 

Tiada solusi yang meyakinkan dan bukti yang jelas bahawa manusia akan kekal wujud selamanya di dunia ini!

Namun aku mentafsirkan bahawa apabila Keindahan dan kenikmatan bergabung dengan Kesakitan dan Kesusahan, bagi  aku itulah SEMPURNA!

SEMPURNA sebagai sebuah kehidupan bernama MANUSIA di atas muka bumi ini  dalam ruang lingkup seluruh alam semesta, ia perlu merasa pahit dan manis, suci dan najis. sihat dan sakit, dan pelbagai – bagai lagi perkara yang adakalanya ia merimaskan kita.

Berbeza pandangan dari kacamata bijak pandai manusia. Mereka sedar dan akur bahawa spesis manusia ini adalah tidak sempurna “Nobody Perfect” bak kata bangsa Barat. 

Manusia sangat bergantung kepada akal fikiran mereka untuk survival dalam dunia yang banyak dugaan dan merbahaya.

 (desktop view)

Terlalu  sempurna

Sangat sempurna

Sempurna

Tidak sempurna

Langsung tidak sempurna

Apakah?

Isi dan keseluruhan alam semesta?

Manusia?

Kewujudan yang cacat?

Apakah?

 

Realitinya lebih banyak lagi spesis yang wujud lebih hebat daripada manusia itu sendiri seperti kewujudan:

a) Spesis Kucing seperti SINGA dan HARIMAU:

· Jauh lebih hebat daripada manusia pada hampir kesemua pencaindera, deria mata, telinga dan bau jauh lebih baik.

· Singa dan Harimau juga jauh lebih kuat dan jauh lebih laju berlari daripada manusia.

b) Begitu juga dengan hampir kesemua spesis MONYET dan BERUK.

· Perkara ini pernah digambarkan di dalam filem ‘Planet of The Apes’ terbitan dunia barat. Jelas, jika species monyet dan beruk ini jika mereka ada akal fikiran, dunia akan huru hara dan musnah.

· Mereka lebih dominan daripada manusia. Mereka kuat, laju mudah bergerak dalam keadaan muka bumi yang pelbagai dan keupayaan membunuh mereka sukar di tandingi oleh manusia.

 

c) Segala jenis SEMUT –

· Kerajinan dan kerjasama mereka terlalu tinggi.

· Kekuatan semut membawa 12 kali ganda lebih berat dari berat badan mereka juga adalah sangat mengkagumkan.

 

d) Segala jenis LEBAH –

· Keupayaan lebah dalam mencari Madu di sekitar mereka adalah sangat unik.

· Keupayan lebah mengesan jalan pulang untuk kembali ke sarang asal mereka juga sangat menarik. Lebah seolah-olah  mempunyai sistem GPS semulajadi.

· Keberanian lebah sangat tinggi sehingga sanggup mati dalam mempertahankan sarang, madu dan ratu mereka.

 

Jika ingin dibandingkan di antara Spesis Manusia dengan spesis-spesis haiwan yang lain sebenarnya hanya AKAL FIKIRAN manusia sahaja merupakan satu kelebihan yang ada pada manusia.

Terlalu banyak perkara untuk dibandingkan dengan manusia. Adakah manusia mahu bongkak dan riak dengan kelebihan AKAL FIKIRAN yang mereka ada sekarang?

Ya, mungkin manusia boleh merasa ego dan bongkak sekarang. Namun cuba bayangkan jika berlaku secara tiba-tiba segolongan saintis menjadikan banyak spesis haiwan dan serangga itu lebih bijak seperti kita, apa akan terjadi?

Saintis selalunya ingin mencari ‘SEMPURNA’ dalam kehidupan. Mereka tidak mampu berfikir secara jelas dan faham memahami bahawa dunia ini sebenarnya sudah ‘CUKUP SEMPURNA’ Tuhan ciptakan.

Saintis suka merubah alam semulajadi atas tiket mencari kesempurnaan. Mencabar kuasa semulajadi atau keputusan Tuhan. 

Ada yang berjaya sehingga mereka mengaku mereka adalah lebih hebat di kalangan kewujudan yang ada pada depan mata mereka. Mereka lupa, mereka hanya merubah sedikit sahaja.

Jika merujuk kepada Teras Teori Monolog ketiga yang menyentuh mengenai sifat-sifat asas setiap NAMA yang wujud ini, di sinilah kalian nampak SEMPURNANYA sesuatu ciptaan.

Persoalan yang menarik:

Ahli SAINTIS berhujah dengan penuh ilmiah bahawa seluruh alam semesta mampu untuk kekal abadi dengan hanya merujuk kepada fakta sejarah dan fakta sains akan kemampuan alam untuk bertahan kekal tetapi kenapa saintis tidak pernah mengkaji kenapa MANUSIA itu harus MATI?

Dan tidak dapat menjangkakan atau tidak akan mampu memberi jawapan ke mana MANUSIA selepas MATI? Kenapa pula alam semesta ini kekal dan manusia itu pula yang MATI?

Pernahkah kalian berfikir sebegitu? Kehidupan ini penuh misteri dan unikkan? Inilah dinamakan KESEMPURNAAN KEHIDUPAN.


3. SIFAT ‘’MAHA’’

Kalau kalian menghayati teras teori monolog ketiga iaitu Mengenal Sifat, terdapat beberapa penceritaan mengenai Sifat – Sifat penting  yang wujud dalam kehidupan kita.

Tetapi tahukah kalian ada satu Sifat yang paling dahsyat, paling hebat dan paling dominan iaitu Sifat bernama MAHA?

Apa itu Sifat MAHA? Sifat Maha adalah sifat paling maksima… Sifat Maha adalah sifat yang tidak MAMPU di ukur. Sifat Maha ialah sifat yang tiada penghujungnya. 

Sifat Maha adalah merujuk kepada sesuatu NAMA yang tiada sempadannya. Sifat Maha adalah Misteri. Sifat Maha tidak mampu dirungkai. Sifat Maha tidak mampu ditafsir.

Sifat Maha adalah INFINITI. Infiniti adalah keadaan (masa dan ruang) yg tidak ada batasnya. 

Alam semesta ini adalah satu ruang yang terbentang sehingga ke infiniti, tiada akhir dan awalannya. Di manakah siling dan lantai serta dinding alam semesta?

RUANG seluruh alam semesta adalah mustahil bagi kita untuk dapat menemui siling, lantai dan dinding di sekeliling alam kita ini, infiniti luasnya.

MAHA itu bersifat ABADI-Sifat  asas yang merujuk kepada MASA dan UMUR dalam menandakan sesuatu itu mempunyai jangka masa yang kekal iaitu tiada satu titik permulaan dan pengakhiran.

MAHA itu tiada awal dan tiada akhirnya. Cuba fikirkan, bagaimanakah masa dan umur itu mampu mengukur sesuatu kewujudan yang abadi jika ia tiada awal dan tiada akhirnya?

Fakta menarik mengenai Sifat Maha:

1. Apakah perkara yang kita tahu bila awal dan juga bila akhirnya?

:Umur makhluk termasuk manusia dan haiwan.

2. Apakah perkara yang kita tidak tahu mana awalnya tetapi kita tahu bila akhirnya?

:Fenomena sebelum terciptanya sesuatu kewujudan.

3. Apakah perkara yang kita tahu mana awalnya tetapi kita tidak tahu bila akhirnya?

:Sifat ANGKA. Bermula KOSONG tetapi mana akhirnya?

:Penghujung Cahaya BETA.  Sifat infiniti itu wujud di dalam merujuk kepada sejenis kewujudan cahaya yang kita namakan sebagai CAHAYA BETA. Tenaga yang ada di dalam cahaya tersebut tidak akan lemah dan berterusan terpacar selagi tiada halangan. Di manakah halatuju dan pengakhiran cahaya tersebut?

4. Apakah perkara yang kita tidak tahu mana awalnya dan kita tidak tahu bila akhirnya?

:TENAGA. Dimanakah asal usul, hujung pangkal, hulu dan hilir unsur bernama TENAGA? Siapakah yang mencipta tenaga sudah tentu lebih hebat dari itu.

 

FAMILI LENGKAP SIFAT HIDUP

  (desktop view)

MAHA MATI

MATI NYATA

MATI HALUS

MATI GHAIB

TAK WUJUD

HIDUP GHAIB

HIDUP HALUS

HIDUP NYATA

MAHA HIDUP






Dalam rajah di atas adalah merujuk kepada famili lengkap Sifat HIDUP...

MAHA HIDUP boleh dirujuk sebagai Satu Kewujudan Yang Sangat Hebat. Ia merujuk kepada kewujudan yang mempunyai nama, kehendak, impian, aktiviti harian, berkomunikasi dan sebagainya persis kewujudan seperti kita.

Sifat Maha + Sifat Hidup itu adalah lebih sesuai dirujuk sebagai sesuatu kehidupan yang  tiada penghujungnya akan KEBAIKAN dan KEHEBATAN. 

Mana mungkin ia dirujuk sebagai sesuatu yang penuh KELEMAHAN dan KEBURUKAN.

Cuba kalian berimaginasi jika wujud sesuatu yang bersifat Maha Baik lagi Maha Kuat, bertembung pula dengan sesuatu yang bersifat Maha Jahat lagi Maha Zalim. 

Apakah akan berlaku kepada diri kita dan seluruh alam semesta ini?

Jawapannya ialah kita semua pasti akan HANCUR LEBUR malah pada pandangan aku, kita mungkin tidak akan langsung tercipta hanya kerana akan berlakunya sebuah peperangan dan pergaduhan yang INFINITI tidak akan berhenti!

 

Famili Sifat Positif


MAHA NEGATIF

(Tak Wujud)

TERLAMPAU NEGATIF

SANGAT NEGATIF

NEGATIF

SEDERHANA

POSITIF

SANGAT POSITIF

TERLAMPAU POSITIF

MAHA POSITIF

 (desktop view)

 


Famili Sifat WUJUD

MAHA TIDAK WUJUD

(Tak Wujud)

Tidak wujud

Khayalan

Separa wujud

Wujud

(tak nyata)

Wujud

(nyata)

MAHA WUJUD

 (desktop view)

MAKA begitu jelaslah:

Jika ada MAHA BIJAK, maka tiada MAHA BODOH.

Jika ada MAHA KAYA, maka tiada MAHA MISKIN.

Jika ada MAHA KUAT, maka tiada MAHA LEMAH.

Jika ada MAHA BAIK, maka tiadalah MAHA JAHAT.

Maka kalian janganlah risau akan timbulnya sebuah kejahatan yang melampaui sebuah kebaikan yang akan membinasakan kita dalam sekelip mata. 

Perlindungan dari sifat-sifat positif “Penciptaan” itu berpontensi untuk melindungi dan membantu kita memandangkan hanya KEBAIKAN sahaja yang mempunyai Sifat MAHA.

Namun tidak semua Sifat Maha berbentuk sebegitu. Ia berbeza pula jika kita merujuk Sifat Maha yang ada pada gabungan SIFAT BESAR dan SIFAT HALUS. 

Ini kerana kedua-dua sifat-sifat berlawanan tersebut merujuk kepada kebaikan dan kehebatan.

Sila rujuk gambaran yang diberi: (desktop view)

MAHA HALUS

TERLALU HALUS

SANGAT KECIL

KECIL

NORMAL

BESAR

SANGAT BESAR

AMAT BESAR

MAHA BESAR

 

Mungkin ada lagi sifat-sifat yang aku terlepas pandang yang sama dengan dua sifat seperti di atas. Kita akan kemaskini di lain waktu.

 

Cuba kalian bayangkan sesuatu itu yang wujud dan hidup dalam saiz yang terlalu amat besar. Malah lebih besar dari seluruh alam semesta. Adakah kita mampu melihatnya? Adakah kita mampu melihat jika kita Berada Di Dalam sesuatu yang amat  amat amat besar sekali?


Cuba kalian berimaginasi jika kalian mampu mencipta sebuah robot SEJUTA kali lebih kecil daripada SEBUAH ATOM, dan kalian letakkan robot itu di dalam tubuh jasad kalian untuk menjadi sebahagian dari diri kalian.

 

Bagaimanakah sebuah robot sekecil itu dapat melihat rupa dan wajah manusia yang mencipta dirinya sedangkan robot itu ada di dalam jasad kita?

 

Tidakkah ia sesuatu perkara yang logik untuk difikirkan? Kita kan suka perkara-perkara yang logik sahaja, betul tak?

Logiknya, tidak masuk akal jika seluruh alam semesta dan seluruh sistem galaksi yang terlalu amat besar ini dan yang mempunyai sejumlah planet yang lebih banyak dari butir-butir pasir di tepi sebuah pantai itu dicipta oleh SATU PENCIPTA yang sekecil manusia.

Sesungguhnya kehidupan ini benar-benar sangat misteri, itulah keunikan penciptaan kita dan alam semesta.

 TERUSKAN MEMBACA!

0 Ulasan