APAKAH ITU TEORI MONOLOG??
Komunikasi Dalaman Jasad Manusia |
TEORI MONOLOG adalah SATU TEORI KOMUNIKASI yang aku rumuskan agar ia menjadi sebuah format bagi setiap manusia berfikir untuk diri sendiri dalam memahami keadaan yang telah, sedang dan akan berlaku kepada mereka.
VISI UTAMA TEORI MONOLOG
Membentuk keseragaman BERFIKIR seterusnya memperbaiki KOMUNIKASI dalaman dan luaran untuk mencari jawapan atas setiap persoalan hidup kita sebagai MANUSIA.
Secara lazimnya, setiap bijak pandai dari kalangan spesis manusia dalam melahirkan perubahan paradigma atau pun dalam membuat kajian sesebuah ilmu adalah bermula dari proses bermonolog dengan diri sendiri dahulu.
Monolog menghasilkan IDEA, KATA MULA atau FIKIRAN ASAS untuk kita memulakan sesuatu langkah atau sebarang pemikiran untuk kita laksanakan dalam menghasilkan sesuatu yang difikirkan baik untuk diri kita.
Antara senario yang sering kali kita lihat dan dengar ialah kebanyakan cendekiawan Islam selalunya akan sering melihat persekitaran dan sekeliling alam semesta ini sebelum lahirnya persoalan-persoalan yang hebat bagi sekalian spesis Manusia untuk berfikir dan mencari jawapannya iaitu antaranya ialah “Siapakah Yang Mencipta Aku Ini? Aku berasal dari mana? Ke mana kita selepas mati?”
Begitu juga seorang saintis dalam melakukan eksperimen di makmal... mereka kebiasaannya akan bermonolog untuk mencapai matlamat dan keputusan yang solid, terbukti benar serta jelas terbukti sahih, tidak begitu?
Apa maksud MONOLOG sebenarnya?
Monolog adalah sebuah istilah dalam dunia keilmuwan yang berasal dari kata Mono yang artinya satu dan kata Log yang artinya catatan. Dengan erti kata yang lain maksud monolog adalah Sebuah Catatan Yang Satu.
Manakala erti Monolog juga adalah sebuah rutin seni percakapan aktor seorang diri. Mereka melafazkan skrip berseorangan atau pun di dalam hati dengan skrip yang dibaca oleh penutur yang lain.
Di dalam situasi yang sebenarnya, Monolog adalah sebuah situasi di mana kita sedang bercakap seorang diri atau berkata-kata di dalam akal fikiran dan hati tanpa atau dengan melafazkan perkataan.
Teori ini hanyalah satu teori peribadi Aku untuk cuba berkomunikasi dengan pembaca dalam mengenal diri melalui konteks luar agama atau luar fahaman - fahaman ideologi yang lain.
Dan bagi aku, teori monolog ini masih boleh dipertikaikan dengan hujah-hujah yang kuat Aku TERBUKA kerana ini cuma SATU proses dalam mengenal diri kita sebagai sebuah kewujudan yang bernama MANUSIA.
Kehidupan ini BOLEH DIPERMUDAHKAN melalui keseragaman, kesatuan dan kesamarataan akal pemikiran manusia yang hidup di planet bumi yang bertuah ini. Oleh itu tiga asas utama dalam Teori Monolog ini, harus kita lakukan bersama-sama.
Segala yang tertulis disini adalah berpaksikan beberapa sudut perspektif ilmu yang telah pun tersedia ada dan diperakui benar oleh majoriti manusia moden pada hari ini. Antara ilmu itu adalah:
1.Ilmu Sains,
2.Ilmu Psykologi,
3.Ilmu Logik (Common Sense),
4.Dan Juga Ilmu Tuhan.
Dan kesemuanya aku akan cuba susun sebaik mungkin agar teori ini menjadi lebih mudah dan jelas serta di terima akal manusia.
0 Ulasan