G-K566N94YEK 10. Misi Mencari Tuhan

10. Misi Mencari Tuhan

 MISI MENCARI TUHAN

 

Soalan paling besar untuk dijawab dalam hidup ini ialah WUJUD ke TUHAN? Jawapan aku adalah WUJUD. Namun penjelasan aku ini tentang wujudnya Tuhan di dalam buku ini pada aku mungkin salah, tetapi tulisan aku ini seperti yang aku telah katakan sebelum ini adalah untuk memuaskan nafsu para manusia yang hanya dapat menerima LOGIK sebagai segala-galanya dalam hidup.

 

Kalau nak tahu lebih teliti dan berbentuk akademik boleh bertanya kepada yang lebih pakar dalam bidang Agama atau yang mahir dalam bidang Teologi. Tetapi di sini aku hanya mahu menceritakan bagaimana aku sedar dan faham bahawa diri kita dan dunia ini sebenarnya betul-betul milik Tuhan. Ini cerita aku, bukan cerita orang lain.

 

Pada bab sebelum ini aku sudah menjelaskan dan kita sudah pun tahu dan percaya bahawa BAHAN ASAS kita adalah TENAGA ASAS (TAS). Ia adalah KEWUJUDAN TERUNGGUL dalam kehidupan kita dan seluruh semesta alam, tetapi bagaimana pula persoalan siapakah yang mencipta bahan asas ini?

 

Ya, bagi aku TAS adalah antara CIPTAAN TUHAN YANG PERTAMA tetapi kenapa TENAGA ASAS itu tidak diangkat oleh manusia sebagai TUHAN?

 

HUJAH AKU ADALAH:

1. Logiknya TAS itu ADA pada setiap benda wujud dan hidup. Jika tenaga itu tiada, kewujudan itu akan mati. Tetapi bagaimana TUHAN ada pada setiap kewujudan?  Apakah ada banyaknya Tuhan?

2. Adakah TUHAN yang sangat mulia dan sangat agung itu berada pada najis atau di dalam tandas? Ada pada kemaluan dan lubang dubur? Adakah TUHAN itu berada dalam keadaan yang hina, memalukan dan kotor? Tahukah kalian bahawa TUHAN itu seharusnya bersifat sangat MULIA, sangat AGUNG dan HEBAT?

3. Kenapa TAS sebagai Kewujudan Terunggul itu tidak bersifat hidup dan berkomunikasi dengan kita walhal kita telah pun menemuinya melalui ilmu sains sudah sekian lama? Adakah TUHAN itu suka ciptaanNya dibiarkan BODOH?

 

Dan oleh kerana hujah logik ini, aku meletakkan satu kolum bernama PENCIPTA sebelum TENAGA ASAS seperti kenyataan di bawah ini dan itulah yang sebenarnya aku percaya sebagai Sang Pencipta atau TUHAN.




DI MANAKAH PENCIPTA TAS ITU?

 

Pencipta TAS ini pada dasarnya secara tidak langsung juga adalah pencipta bahasa, sifat, nama dan segala kewujudan. Untuk mencari dan mengkaji Pencipta Tenaga Asas ini adalah sangat amat sukar jika menggunakan fizikal dan pancaindera normal kita.

 

Ini kerana akal dan pancaindera kita masih belum mampu atau mungkin tidak akan mampu untuk melakukannya. Tenaga Asas mungkin adalah kewujudan terunggul yang paling asas dan halus yang mampu manusia “nampak” setakat ini.

 

Kalau begitu, bagaimanakah dan di manakah aku akan menjumpai jawapan ”Siapakah” PENCIPTA TENAGA TERUNGGUL itu? Adakah kewujudan sehebat ini tidak langsung akan BERKOMUNIKASI dengan kita?

 

Antara Komunikasi Asas Sang Pencipta ada melalui semua pancaindera manusia terutamanya pencaindera mata. Kita telah pun membaca IDEA dan FIKIRAN Tuhan melalui penciptaan alam semesta. Apa yang Dia cuba sampaikan kepada kita telah ditafsirkan menjadi ILMU dan kerana itulah maka lahirnya HUKUM AGAMA.

 

Cuba fikirkan bagaimanakah sifat TUHAN keseluruhannya sebagai satu kewujudan yang mencipta dan mewujudkan segala kewujudan yang ada dari dulu hinggga sekarang? Segala perkara yang merujuk kepada TUHAN adalah WAJIB HEBAT tanpa ada kekurangan. Tuhan WAJIB bersifat MAHA!

 

DEFINISI TUHAN – satu kewujudan atau satu WATAK yang diletakan sebagai PENCIPTA keseluruhan alam semesta termasuk kewujudan manusia. Dia adalah pencipta kewujudan baru dari TIADA kepada ADA termasuk mencipta RUANG dan MASA.

 

Tuhan sedia ada wujud. Tuhan itu Kewujudan Hidup yang pertama. Kewujudan Hidup yang Asal. Memiliki Sifat-Sifat Maha yang sangat amat hebat, tiada tandingan dan tidak mampu diukur akan kemampuan Ia.

 

Berkuasa dan mengawal terhadap segala sesuatu serta mengurus setiap inci alam semesta. Mampu berada dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ia paling besar dan luas tetapi Ia juga yang paling halus. Tuhan mentadbir urus segala-galanya untuk selama-lamanya. Hanya atas kehendak dan daya upaya Tuhan, segalanya hidup dengan ciri-ciri yang tertentu.

 

Apa pentingnya TUHAN kepada kita? Kerana Dia adalah PENCIPTA MANUSIA. Ya,  Dialah Yang Mencipta kita semua. Dia yang mencipta sekeliling kita serta empunya dan pentadbir kepada segala-galanya yang wujud untuk selama-lamanya!

 

Dengan menemui siapa Tuhan kita, ia bermakna terlalu banyak persoalan yang boleh diselesaikan dan ia seterusnya memberi impak yang sangat besar kepada kita untuk hidup dengan lebih positif dan bermakna. Ini adalah asas mengenal diri kita.

 

Cuba kalian lihat sendiri ciptaan Tuhan seperti langit, planet, galaksi, bumi, angin, udara, api, matahari, manusia, haiwan, petir, dan banyak lagi, tidakah ia sesuatu yang sangat amat HEBAT dan DAHSYAT?

 

Ada sebahagian tamadun manusia meletakan watak Tuhan itu dengan pelbagai tujuan, pelbagai kerja khusus dan kelebihan seperti Tuhan Bumi, Tuhan langit, Tuhan air dan sebagainya. Mitos ini sebenarnya menunjukkan bahawa Tuhan itu tidak Hebat. Penuh kelemahan dan bakal mencetuskan konflik super mega atas kelemahan tersebut.

 

Persoalannya ialah bagaimanakah Tuhan-Tuhan yang mempunyai pelbagai kehebatan yang berstatus MAHA itu boleh mampu berkompromi jika berlaku sebarang konflik sepanjang kehidupan dalam pentadbiran alam semesta ini?

 

Bagaimanakah Tuhan Bumi memohon Tuhan Air menurunkan Hujan? Jelas kelihatan kelemahan Tuhan Bumi yang memerlukan khidmat Tuhan Air.

 

Bagaimana pula Tuhan Api mampu berdiskusi dengan Tuhan Air jika unsur air itu adalah memadamkan unsur api? Tidakkah ia menampakkan bahawa Tuhan Api jauh lebih lemah daripada Tuhan Air?

 

Di manakah Tuhan Air dan Tuhan Api untuk bersemayam selain berada di atas tanah? Atau adakah Tuhan Api dan Tuhan Air terus terapung dan berlegar-legar di udara?

Tidakkah mereka memerlukan izin Tuhan Angin? Tidakkah ini juga bakal berlakunya Tuhan Air dan Tuhan Api memerlukan izin Tuhan Bumi untuk melabuh diri di atas tanah?

 

Aku memerhatikan dan menafsirkan bahawa seluruh kehidupan ini adalah sebuah perkara yang pada dasarnya ialah amat sedikit LOGIK nya daripada TIDAK LOGIK.

 

Kerana apa? Kerana seluruh alam semesta dan kehidupan serta kewujudan yang ada itu bukan kita yang bertanggungjawab mencipta dan mengurus tadbir. Atas alasan ini terlalu banyak subjek dan perkara tidak tercapai oleh akal fikiran kita.

 

Ia bermakna kita tiada jalan lain selain meletakkan Ilmu Tuhan (Agama), Ilmu Alam Semulajadi (logik) dan Kepercayaan yang ada digabungkan agar semua perkara itu adalah LOGIK.

 

Kita terlalu membangga diri mengenali diri manusia dan alam semesta sementara sebenarnya kita hanyalah mengetahui hanya sebahagian kecil sahaja daripada seluruh proses kejadian alam semesta ini.

 

Jadi aku syorkan kepada kalian semua dengan satu persoalan besar ini, mengapa tidak kita menerima tentang kewujudan SATU WATAK dalam kehidupan kita yang kita selalu panggil TUHAN sebagai pengasas dan pelengkap seluruh kehidupan kita ini?

 

Ayuh kita cuba melogikkan tentang kewujudan watak ini dengan menggunakan akal dan deria hati kita yang sedia ada ini.

 

Aku rasa telah terbukti seperti apa yang aku tulis di atas bahawa majoriti manusia percaya bahawa bukan kita yang mencipta seluruh alam semesta. Tidakkah kita berkemahuan untuk mengenali siapa pencipta kita dan pelbagai rahsia alam semesta ini?

 

SIFAT ASAS KEWUJUDAN YANG SEMPURNA: (desktop view)

Maha Asas

Paling Amat Asas

Amat asas

asas

Separa sempurna

Sempurna

Maha Sempurna

KUASA TUHAN

TENAGA ASAS

ATOM

Sel

Tisu dan Organ

Makhluk

TUHAN

 

Sebahagian daripada penganut agama-agama yang telah wujud sering mendakwa bahawa mereka mengetahui rupa paras Tuhan mereka. Ia dizahirkan dengan pelbagai bentuk berhala dan lukisan yang ada pada tempat-tempat ibadah mereka.

 

Namun jika dikumpulkan kesemua koleksi gambar dan patung berhala yang ada pada Agama mereka. Tidakkah mereka sedar WAJAH TUHAN mereka mempunyai ribuan jenis wajah jika kita perhatikan dengan penuh teliti. Adakah Tuhan mereka banyak?

 

Aku mencari asal usul aku dan signal itu semuanya di sekeliling aku. Siapakah gerangan yang mencipta dan diciptakan untuk apa? Watak bernama TUHAN itu melengkap keseluruhan teori ini.

 Tanpa satu watak/subjek bernama TUHAN, teori kehidupan ini sebenarnya lumpuh…

Baca bab selanjutnyaaa...

#teorimonolog #ebook #rajafaizal #jairizman #teoriaku

0 Ulasan