TEORI INI UNTUK MANUSIA
Setelah aku menceritakan perihal akan diri aku dan apakah 3 Teras Teori Monolog, aku ingin bermula untuk bercerita mengenai spesis kita pula iaitu manusia.
Kenapa manusia? Kerana aku menulis naskhah ini adalah ditujukan kepada manusia, bukannya kepada haiwan atau pun unsur alam semulajadi yang lain, apatah lagi kepada makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Kerana bahasa dan akal fikiran kita berbeza dengan kewujudan yang lain-lain.
Persoalan asas., layakkah kita sebagai manusia mempersoalkan tentang kewujudan alam semesta dan perkara – perkara ghaib yang lain?
SIAPAKAH MANUSIA??
DEFINISI MANUSIA = Manusia adalah kita, yang mempunyai struktur asas seperti rajah di atas, yang punyai sistem tulang, sistem saraf, sistem darah, sistem pernafasan, sistem permakanan dan sistem otot yang unik daripada haiwan-haiwan yang wujud dan nyata di dunia ini.
Mempunyai wajah dan rupa yang unik dan berbeza sebagai satu kaedah sistem identiti tersendiri yang sangat mengkagumkan.
Sistem cap jari yang juga sangat unik yang ada pada setiap individu manusia dan paling menarik ialah kewujudan asid DNA dan sel Kromosom dalam membezakan setiap identiti manusia malah dengan setiap kehidupan yang wujud dan nyata di dunia ini.
Sejenis kewujudan berdarah panas yang hidup nyata lagi benar yang memonopoli kehidupan kesemua kehidupan yang wujud di Planet Bumi ini oleh kerana kepintarannya.
Manusia hidup bertamadun, bersistem dan teratur dengan pelbagai cara, pelbagai hukum, undang-undang atau pun jalan hidup yang di susun oleh manusia sendiri terutamanya yang lebih bijak dan lebih berpengaruh.
Mempunyai 1 kepala di atas, 2 tangan di bahagian tengah dan 2 kaki di bahagian bawah yang semuanya bersambung pada satu abdomen di mana kepala dan abdomen badan ini merupakan bahagian paling sangat penting bagi kesemua spesis manusia.
Terdapat 2 jenis manusia iaitu lelaki dan perempuan dan mengamal sistem persetubuhan dalam menghasilkan keturunan.
Apakah yang membezakan manusia itu?
a). Jenis jantinanya. b). Paradigmanya c). Bangsanya. d). Warna kulitnya. e). Rupanya.
| f). Kewangannya. g). Statusnya. h). Kuasanya. i). Kesihatannya. j). Bentuk fizikalnya.
|
Mari kita melihat manusia itu dari sudut sifat asas fizikal yang paling ketara iaitu gendernya ataupun jantinanya. Kebanyakannya ialah:-
LELAKI 1. Kuat 2. Tegas 3. Sifat marahnya kuat 4. Kurang malunya 5. Kasar 6. Rasional 7. Kuat egonya | PEREMPUAN 1. Lemah lembut 2. Bertolak ansur 3. Sifat marahnya kurang 4. Kuat malunya 5. Halus 6. Emosional 7. Lemah egonya |
FAKTA MENARIK mengenai Manusia:
· Mengikut Ilmu Sejarah Dunia, haiwan seperti microorganisma dan dinosaur yang lebih awal wujudnya sebelum kewujudan spesis manusia.
· Menurut karya sains yang popular, (Charles Darwin's - the Origin of Species 1859/ The Descent of Man, terbitan tahun 1871) kita bukan kewujudan yang pertama, kita dikatakan lahir dari keturunan nenek moyang kita iaitu monyet dan beruk.
· Menurut Filem Dokumentari BBC - How To Grow A Planet: Nenek moyang kita adalah bakteria atau pun micro organisma. Kita bermula dari kehidupan yang berbentuk “Sel Tunggal”
· Teori kejadian Big Bang juga menyatakan bahawa kejadian seluruh alam semesta terjadi tanpa melibatkan manusia.
· Di dalam agama-agama dunia, contohnya Islam, Yahudi dan Kristian, Nabi Adam adalah manusia yang pertama wujud setelah alam semesta telah diciptakan.
Bemacam-macam teori dengan rujukan bukti masing-masing dalam mencari proses kejadian manusia iaitu mencari asal usul diri kita sendiri.
Perkara ini bagi aku adalah positif, kerana ia lebih baik daripada manusia yang langsung tidak ambil kisah kejadian yang terjadi di sekeliling mereka.
Tapi aku bukan nak bercerita pasal Sains dan Sejarah secara terperinci. Itu boleh pembaca sendiri membuat kajian di luar sana. Tapi apa yang aku nak pembaca faham ialah ASASNYA.
Pada asas kesimpulannya, dalam segala bentuk kepercayaan, manusia bukan yang PERTAMA SEKALI WUJUD!
Bagaimana manusia hendak meletakkan diri mereka hebat jika mereka adalah dicipta terkemudian beberapa billion tahun sejak alam semesta ini diciptakan?
Untuk makluman kalian, sampai ke hari ini manusia masih mengkaji diri mereka sendiri dari segi fizikal dan mental serta spiritual/emosi dalam proses mengenali secara total spesis manusia itu sendiri.
Jika difikirkan lebih mendalam, mampukah kita nak mengkaji bumi, langit dan alam semesta yang jauh lebih hebat dan sangat amat luas tersebut?
Satu persoalan yang aku sering tanya kepada diri aku sendiri dan di kalangan para pendebat kedai kopi aku ialah:
‘’Boleh ke masuk akal atau logikkah kita bahawa kita boleh mempertikaikan kewujudan seluruh alam semesta dari kaca mata kita padahal seluruh alam semesta ini lebih awal wujud daripada kita?’’
Cuba fikirkan secara matang dan dari sudut sains. Apakah selepas manusia jika manusia terus berevolusi menurut Teori Darwin?? Adakah kita akan menjadi lebih HEBAT? Mungkinkah kita berevolusi menjadi Malaikat atau pun menjadi TUHAN?
Kenapa Masih Lagi Bangga Dan Percaya Bahawa Manusia Itu Adalah Kewujudan Yang Terhebat?
Manusia kuat perasan, kuat perasan bahawa diri mereka MULIA dan AGUNG. Padahal manusia dengan mudah untuk mati dan lenyap dari muka bumi ini. Lihatlah sekeliling kita, di atas, di bawah, di kiri dan kanan, di seluruh permukaan muka bumi dan di atas langit, adakah ia hebat dan sempurna?
Lalu lihatlah sekeliling kita lagi dan carilah di seluruh dunia dan di angkasa, siapakah yang menciptakannya?
Segalanya mungkin dalam konteks mempercayai ada PENCIPTA yang mewujudkan segala kewujudan dan sesungguhnya sangat amat berkuasa!
Terdapat 3 jenis manusia yang ada pada hari ini iaitu:-
1. Yang Percaya Akan Kewujudan PENCIPTA Dan Agama.
2. Yang Keliru Dan Was-Was Akan Kewujudan PENCIPTA Dan Agama.
3. Yang tidak percaya akan kewujudan PENCIPTA dan percaya hanya kepada kuasa logik.
Melihat golongan yang pertama bukanlah satu persoalan dan isu di sini kerana mereka adalah golongan yang mempercayai konsep kehidupan yang berAGAMA.
Namun bila kita melihat golongan yang kedua dan ketiga, ia merupakan isu yang paling besar dan rumit serta harus aku sebagai seorang manusia yang memahami kesilapan ini membetulkan ia dengan cara yang paling logik, mudah dan berhemah pada akal fikiran manusia yang normal.
RAJA KEHIDUPAN
Sebelum kita berusaha membuat peraturan atau undang-undang untuk semua jenis spesis manusia yang wujud, kita perlu mengkaji siapakah manusia itu mengikut cara pemikiran yang aku usulkan itu.
Bahawasanya kita perlu beringat, bahawa manusialah Raja Kehidupan yang wujud di muka bumi buat masa sekarang ini!
Manusia mewakili setiap kehidupan di muka bumi ini untuk mentadbir dan mengurus segala perihal kehidupan demi kelangsungan hidup.
Maka di sini sesuatu aturan itu mestilah di kuatkuasakan dengan memandang segala faktor yang ada pada manusia keseluruhannya.
TANPA mengikuti faktor-faktor yang di atas ini, sesetengah manusia sudah pasti akan tidak berpuas hati dan rasa tertindas serta mengakibatkan manusia itu sendiri akan berpecah-belah dan berpuak-puak.
Tetapi, adakah kalian rasa, satu bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang lain dengan mengorbankan keaslian jati bangsa mereka sendiri hanya kerana mahu bersatu membentuk hanya satu bangsa manusia dan membiarkan satu individu yang lain bangsanya menjadi ketua pemimpin? MUNGKIN TIDAK!
Oleh kerana fakta-fakta logik yang di atas ini, adakah mudah untuk kita membuat hukum-hukum atau undang-undang bagi manusia untuk melihat kebenaran kehidupan ini secara mudah?
Siapakah yang mahu memimpin dan siapakah yang mahu di pimpin? Bangsa manakah yang mahu berkuasa dan bangsa manakah yang mahu di kuasai?
Persoalan beginilah yang menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih kompleks dan rumit tetapi ia amat kreatif, berwarna-warni dan menghiburkan.
Bukankah kita suka melihat television yang memaparkan kehidupan kita di dunia ini? Dan bukankah ia menyeronokan dan menghiburkan walaupun kadang-kala memaksa airmata manusia itu mengalir deras?
0 Ulasan