DI MANA KOMUNIKASI TUHAN??
Setelah membaca keseluruhan teori ini, sedar atau tidak aku sebenarnya sedang berkomukasi dengan kalian dalam mencari KEBENARAN yang paling hakiki dan yang paling kita tagihkan iaitu:
1. Mencari asal usul kejadian kita.
2. Mencari SANG PENCIPTA atau dengan kata lain ialah Mencari TUHAN!
Realitinya didalam teori ini, aku telah membawa semua pembaca buku ini untuk MELIHAT, MENDENGAR, MERASAI dan MENGHIDU asal usul kita dan siapakah PENCIPTA kita bukan melalui pancaindera normal kita tetapi melalui pancaindera jiwa, hati dan perasaan iaitu KEPERCAYAAN.
Jadi bagaimanakah aku harus menjawab persoalan di atas ini tanpa berkomunikasi dengan TUHAN? Saluran apakah yang aku harus gunakan? Kaedah dan gunacara apakah yang paling tepat dan sesuai? Ada kalanya aku bingung memikirkan perkara ini.
Namun aku berpegang kepada apa yang aku percaya dan aku yakin bahawasanya antara aku, manusia, makhluk yang lain, alam semulajadi dan seluruh alam semesta dengan Sang Pencipta pasti ada meninggalkan kesan-kesan atau signal KOMUNIKASI antara kita. Tidak pernahkah langsung Kewujudan Terungggul iaitu TENAGA ASAS itu berkomunikasi dengan kita??
Seperti dalam bab sebelum ini, ketika tiada kewujudan, ketika ruang alam ini masih kosong, bagaimanakah komunikasi berlaku antara TUHAN dengan segala makhluk yang telah dirancang untuk dicipta?
Sudah tentu ada kaedah Komunikasi yang telah wujud pada mulanya kerana semua tenaga yang lahir dari TAS itu akan berkomunikasi bagi mewujudkan kehidupa
Bayangkan bagaimana pula kita mahu berkomunikasi antara mereka jika tiada BAHASA? Dan bagaimana tenaga-tenaga itu mahu dicantumkan dengan sifat-sifat untuk membentuk kewujudan tanpa bahasa untuk berkomunikasi?
Adakah kita mampu melihat sendiri signal atau bahasa komunikasi Tuhan itu wujud dan meninggalkan bukti? Di manakah kesan-kesan komunikasi tersebut? Pernahkah ada manusia yang pernah menjumpainya?
SIGNAL KOMUNIKASI DARI ALAM SEMESTA
PERNAHKAH kalian terfikir sendiri (bermonolog). Adakah seluruh alam ini mati atau hidup? Adakah kalian pernah terfikir bahawa seluruh alam semesta ini BERKOMUNIKASI dengan kita?
Tujuan Komunikasi:
Hewitt (1981), menerangkan tujuan penggunaan proses komunikasi secara spesifik sebagai berikut:
1. Mempelajari atau mengajarkan sesuatu.
2. Mempengaruhi perilaku seseorang.
3. Mengungkapkan perasaan.
4. Menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain.
5. Berhubungan dengan orang lain.
6. Menyelesaian sebuah masalah.
7. Mencapai sebuah tujuan.
8. Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik.
9. Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain.
Dan untuk berkomunikasi, perkara paling penting ialah BAHASA/SIGNAL. Tetapi BAHASA apakah yang digunakan oleh alam semesta untuk berkomunikasi sesama sendiri terutamanya berkomunikasi dengan manusia?
ALAM DAN NAMA ALLAH
Tidakkah kalian sedar, alam semulajadi di sekeliling kita sebenarnya sering memberi SIGNAL atau tanda-tanda komunikasi yang merujuk kepada PENCIPTA alam ini. Kalian sedar atau tidak? Ia seolah-olah “Cord Morse” yang harus di huraikan oleh manusia sendiri melalui pancaindera yang tersedia ada.
Aku terlalu yakin bahawa TAS dan seluruh alam di sekeliling kita telah pun pernah berkomunikasi dengan manusia berkali-kali untuk memberitahu siapakah Tuhan yang mencipta kita semua.
Aku nak sangat cerita pengalaman aku ini, rahsia kenapa aku kembali beriman dan bertakwa kepada Islam, agama kelahiran aku setelah aku sesat kononnya mencari kebenaran yang berTuhankan nafsu.
Ini adalah penceritaan aku dari sudut logik akal kepada yang selalu bertanya APA, KENAPA, SIAPA dan BAGAIMANA alam semesta dan isi huninya terjadi, itu sahaja.
Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini, ianya ada disekeliling kita...
Pulau Misool, Batu Ampat, Papua Barat
Pada sekitar hujung tahun 1990an, aku mula sedar akan satu fenomena nama-nama Allah yang sering tampil di media massa dan media sosial. Aku pada mulanya tak layan semua berita dan cerita-cerita ini kerana bagi aku ini semua boleh dibuat oleh teknologi menggunakan pelbagai kaedah seperti Photoshop dan Adobe Pro.
Namun lama-kelamaan kejadian ini semakin banyak dirakamkan dalam bentuk audio visual di mana ketika teknologi rakaman telefon bimbit yang semakin canggih. Orang awam semakin ramai yang memperkatakan dengan bukti, hujah-hujah serta nas-nas hadis dan Al-Quran, aku mula menjadi sangsi.
Signal Alam Nama Allah Pada Daging di Fordsburg, Afrika Selatan |
Tidakkah kalian terfikir, kenapa nama Allah dalam tulisan bahasa Arab sangat kerap muncul seperti berlaku di dalam gambar yang dipaparkan ini? Nama Muhammad juga turut muncul pada sebahagian peristiwa sebegini.
Seekor Ikan di Bogor, Indonesia
Seekor Ikan di Mumbai India
Kalian juga boleh nampak di urat-urat daun, di kulit-kulit pokok dan kadang-kadang ada signal yang sangat jelas iaitu pada dahan-dahan pokok.
Pekan Baru, Makassar, Indonesia
Sarang Semut di Kota Bukit Tingggi, Sumatera Barat – Merdeka.com
Fenomena ini seolah-olah ingin memberitahu bahawa simbol atau signal komunikasi yang amat amat dekat dengan alam semula jadi adalah berbentuk dalam TULISAN ARAB.
Signal nama ALLAH di corak daun
Sebuah lokasi di Sulawesi, Indonesia yang telah dirakam dalam Google Maps
Kalian juga boleh nampak tulisan-tulisan arab ini ada pada lekuk-lekuk batu, lekuk-lekuk bukit dan gunung dan kadang-kadang di atas tanah dan rumput.
Pantai Batu Perahu, Bangka Pelitung, Indonesia
Signal Alam Nama Allah Di Serata Dunia
Kalian juga boleh nampak pada gumpalan-gumpalan awan. atau gumpalan kabus dalam keadaan yang tertentu.
Gambar Dari Kapal Angkasa NASA
Pantai Beserah, Kuantan , Pahang , Malaysia
Dalam hati aku terdetik, “takkan goyang pokok jika tiada angin yang goncang. Kenapa hanya Penganut-Penganut Agama Islam sahaja yang heboh dan kecoh dengan fenomena sebegini?” Goyang jiwa raga aku, aku mahu kebenaran, aku mula mencari jawapan.
Tidakkah jelas SIGNAL nama ALLAH ini dalam bentuk Tulisan ARAB??
Kalian boleh lihat pada diri kalian sendiri. Kalian boleh nampak tulisan arab ada di mana-mana urat saraf dan urat darah kita, di otak, di jantung, di telinga dan di seluruh abdomen kita.
KOMUNIKASI TUHAN PADA TUBUH MANUSIA
Adakah kalian sedar bahawa tulisan-tulisan arab itu yang selalunya digambarkan dalam bentuk dan bunyi seperti ALLAH dan MUHAMMAD ada disekeliling kita? Adakah ini kebetulan? Adakah ini cuma pembohongan?
Jika kalian semua merasakan ia adalah sebuah pembohongan ataupun satu penipuan besar-besaran oleh sekumpulan manusia-manusia nakal, cuba kalian perhatikan pula signal-signal seperti di bawah ini ada pada setiap tubuh kita.
Tidakkah kalian sedar bahawa semua otak manusia sebenarnya terbentuk seakan-akan bentuk seorang yang sedang bersujud tanda SOLAT?
Bagaimana pula dengan garisan di tapak tangan yang melambang angka dalam tulisan ARAB iaitu 18 + 81 = 99 yang merujuk kepada 99 Nama Allah yang sering kita panggil sebagai Asmaul Husna? Adakah ini satu kebetulan?
Signal Alam Nama Nabi Muhammad Pada Rangka Manusia
Signal Alam Nama Allah Ada Pada Setiap Tangan Kita
Saudara Sandiago Uno, Pemimpin Indonesia
Walaupun aku tidak pasti siapakah yang mengambil gambar-gambar di atas, semua gambar ini bukanlah sesuatu kebetulan semata-mata. Aku dan ramai lagi saksi-saksi telah melalui situasi begini sebagai satu pengalaman peribadi masing-masing.
Siapa yang belum pernah melaluinya janganlah merasa dukacita. Berdoalah selalu agar Allah menemukan keadaan ini demi menguatkan secebis iman di hati kalian. Insyaallah kalian akan ketemu juga pada suatu hari nanti!
Telinga anak perempuan kepada En. Samin Faizal dan
Puan Samirah di Kotabumi, Indonesia
Ada juga signal dan simbol yang menjurus kepada bentuk dan tanda-tanda yang amat dekat dengan Islam seperti SUJUD dan RUKUK yang merupakan aktiviti wajib dalam solat dalam Islam.
Malin Kundang, Padang, Indonesia
Gambar sepohon pokok yang RUKUK di Australia dibawah ini adalah sesuatu yang viral di media sosial memandangkan keajaiban pohon ini rukuk tepat kepada arah kiblat! Adakah ini kebetulan atau satu signal yang kuat dari TUHAN?
PENGALAMAN AKU SENDIRI
Kalian sebenarnya tidak perlu pun menjawab persoalan aku bahawa adakah gambar-gambar ini tulen atau tidak. Kalian boleh membuat kaji selidik sendiri sepanjang hidup kalian.
Ya, sepanjang hidup kalian lihatlah dengan mata kalian sendiri pada langit dan awan, tumbuh-tumbuhan. Lihat lah pada diri sendiri, pada urat-urat tangan, di otak dan jantung.
Aku pun mula-mulanya sangsi akan perihal ini. Namun situasi ini sering muncul pada formasi awan di mana kita sering melafazkan ia sebagai satu kebetulan, betul tak ?
Aku sendiri selalu berfikir begitu.
Namun ia betul-betul berubah setelah aku, isteri dan ibu aku mengalaminya sendiri pengalaman melihat sebiji telur (kulitnya masih dalam simpanan) dan seekor ikan yang kami beli untuk menjadi makanan kami yang mempunyai tanda-tanda nama ALLAH. Kami menjadi saksi hidup bahawa komunikasi ini benar-benar terjadi.
Telur ini dibeli oleh ibu aku di Ampang, Kuala Lumpur dan dimasak oleh isteri aku Siti Hamimah untuk makan tengahari aku yang ketika itu hanya boleh memakan telur rebus sahaja kerana menghidapi penyakit gastrik yang teruk.
Ketika isteri aku ingin mengupasnya tiba-tiba dia perasan ada kalimah Allah pada kulit telur tersebut.
Ikan ini dibeli oleh isteri aku di kedai yang berhampiran dengan rumah kami di Puchong. Ketika ingin membasuh ikan tersebut untuk dimasak, barulah isteri aku perasan terdapat nama Allah pada badan ikan ini.
Namun kami berdua membuat keputusan untuk terus memasak dan memakannya dengan harapan sesuatu yang baik akan meresap menjadi darah daging kami.
Merujuk kepada apa yang tertulis di atas, ada terdapat beberapa poin-poin penting yang harus kita sedar untuk kita ambil sebagai ikhtibar iaitu:
1. TAS dan Alam sekeliling kita telah pun memberi signal kepada kita selama ini bahawa TULISAN ARAB dan BAHASA ARAB adalah bahasa yang digunapakai oleh mereka.
2. TAS dan alam sekeliling juga menyatakan dengan jelas beberapa signal akan nama ALLAH dan MUHAMMAD serta signal/simbol sujud dan rukuk yang sangat jelas amat menjurus kepada agama ISLAM.
Tidakkah 2 poin ini yang sangat menarik dan bakal menjawab terlalu banyak persoalan dalam fikiran kita? Tidakkah kalian terfikir apakah KEWUJUDAN yang menjurus kepada TULISAN ARAB, BAHASA ARAB, NAMA ALLAH, NAMA MUHAMMAD dan AGAMA ISLAM?
Aku menjawab bahawa secara amnya sesuatu kewujudan yang merujuk kepada poin-poin tersebut di atas adalah AL-QURAN. Ya, ia adalah Al Quran yang kini telah dikitabkan oleh sebahagian besar umat Islam sebagai kitab rasmi Agama Islam.
Pernahkah kalian terjumpa ayat Al Quran seperti dibawah ini selama ini??
‘’Dan Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya): dan apabila IA berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka DIA hanya berfirman kepadanya ‘’Jadilah engkau!!’’ Lalu menjadilah ia...’’
– Al Quran Surah Albaqarah ayat 117.
Ayat yang dipetik dari Kitab Al Quran ini sangat-sangat menjentik hati aku bahawa gambar-gambar di atas adalah sesuatu yang benar. Ada sesuatu hubungan holistik yang sangat istimewa antara TUHAN dan Al Quran yang selama ini kita tidak pernah terfikir.
“Jadilah engkau” (Kun Fa Ya Kun) seperti di dalam ayat Al-Quran di atas adalah satu BAHASA perintah atau arahan TUHAN kepada TAS untuk bertindak atas sifat-sifat yang telah dirancang, seterusnya menjadi sesuatu kewujudan. Adakah bahasa yang aku persoalkan di dalam nashkah ini adalah BAHASA ARAB?
Ya, aku mengistiharkan di dalam teori ini bahawa sesungguhnya Bahasa Arab adalah BAHASA RASMI yang digunapakai oleh Allah sebagai Sang Pencipta kepada seluruh makhluk ciptaan Nya. Ia adalah bahasa rasmi TAS dalam membentuk sifat-sifat, definisi, nama dan seterusnya pelbagai kewujudan yang telah dirancang oleh Allah.
Tak percaya? Jika kalian tak percaya tidak mengapa, maka kembalilah kepada kepercayaan kalian. Aku pun dulu tak percaya kerana aku amat sangat berpegang kepada logik. Logik berpaksikan akal manusia, sedangkan akal manusia terbukti bukanlah kewujudan yang pertama.
Kepada yang beriman kepada AL-Quran, perkara ini tidak perlu dipertikaikan kerana keupayaan manusia dan Sang Pencipta sudah jelas lagi bersuluh sangat tidak tertanding.
KITAB-KITAB AGAMA
KEPADA majoriti manusia yang bertamadun, Komunikasi Tuhan yang paling formal dan paling jelas kepada kita sebagai kewujudan yang bergelar manusia ialah kitab-kitab agama yang hadir sebagai kata-kata/kalam daripada Sang Pencipta yang Maha Satu.
Antara komunikasi paling popular dan hebat pada aku ialah komunikasi yang merujuk kepada KITAB agama yang hebat. Antaranya Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Maka di sinilah bermulanya aku berminat untuk berjinak-jinak dalam mendekati kembali dan mempelajari Kitab Agama kelahiran aku iaitu AL-QURAN. Mengapa?
Ini pandangan aku yang tidak bersekolah tinggi:-
1. Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama yang mengguna bahasa ARAB sebagai bahasa rasminya. Tiada bahasa lain ada dalam penulisan kitab Al-Quran selain hanyalah kitab-kitab penterjemahan dalam bahasa-bahasa lain.
2. Satu-satunya kitab agama mempunyai nama ALLAH dan MUHAMMAD yang paling banyak disebut dengan jelas. Nama ALLAH dan MUHAMMAD sebagai satu nama yang paling DOMINAN dalam kitab AL Quran. Adakah kitab lain seumpama Al- Quran?
3. Kitab Al-Quran terbukti tidak pernah disentuh isipati penulisannya sejak ia mula diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kitab ini sering dipantau selia oleh seluruh penghafal-penghafal Al-Quran yang ada di setiap pelusuk dunia.
4. Kitab Al Quran menjadi satu-satunya kitab yang dipatuhi secara konsisten dan bersistematik oleh semua penganut yang beriman kepada Islam. Ini terbukti dengan wujudnya Majlis Fatwa pada setiap negara Islam dalam mempersoalkan pelbagai Hukum dalam menguruskan kehidupan manusia berpaksikan Al Quran.
5. AL-Quran mempunyai penulisan yang sangat saintifik dan intelektual yang tidak pernah di telan zaman. Pensaksiannya ada pada setiap para saintis dunia terutamanya yang beragama Islam dan para pengkaji khusus.
6. Bahasa arab Al-Quran adalah sangat tinggi sehinggakan bangsa Arab sendiri kagum dengan nahu dan kreatifnya Al-Quran berbahasa.
Tetapi jika kalian tidak percaya adanya Tuhan, sudah pasti kalian anggap ini cuma perkara yang remeh temeh sahaja. Itu sudah pasti kerana kalian tidak mempunyai agama dan sudah pasti kalian tidak mempunyai KITAB kalian sendiri. Kalian pakai kitab “suka hati aku” sahaja.
Kalian hanya berpegang tinggi kepada ilmu logik dan akal manusia yang dibuktikan melalui disiplin ilmu sains. Buku ilmu sains adalah KITAB kalian jika kalian mahu. Sudah pasti kalian percaya bahawa alam ini terjadi secara semulajadi dan tercipta dengan sendiri. Dan sudah pasti kalian menolak semua kepercayaan orang lain yang berpegang pada teologi/ilmu agama.
Namun untuk makluman kalian semua, aku berani mencabar kalian untuk menulis sendiri sebuah kitab yang kalian sendiri tulis setanding penulisan yang ada di dalam Kitab Al-Quran dimana setakat ini tiada seorang pun manusia atau pun segolongan bijak pandai manusia yang mampu melakukannya. Menakjubkan bukan?
TIGA ayat dibawah ini adalah satu CABARAN AGUNG kepada seluruh MANUSIA untuk mencipta KATA-KATA dalam surah/surat yang mampu menyamai piawaian surah-surah dalam Al Quran atau Kitab Al Quran itu sendiri.
وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” – Al Baqarah ayat 23.
Dan sehingga kini manusia masih gagal untuk menulis sebuah kitab persis Al Quran…
قُل لَّئِنِ ٱجْتَمَعَتِ ٱلْإِنسُ وَٱلْجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأْتُوا۟ بِمِثْلِ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِۦ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri"
Al Quran Surah Al-Isra’ ayat 88
Aku sangat yakin, tidak akan ada satu mahkluk pun dapat mampu menghasilkan tulisan sebanding Al Quran untuk selama-lamanya!
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُ قُلْ فَأْتُوا۟ بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيَٰتٍ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
“Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Al-Quran Surah Hud ayat 13
AKU akan cuba mempelajari kitab-kitab lain jika ada kesempatan dan buat masa ini aku menolak buat sementara waktu kerana bagi aku cukup hanya Al Quran sahaja untuk aku mempelajarinya dan ia sudah tentu mempunyai paling banyak fakta yang benar-benar memuaskan nafsu logik akal aku terhadap kehidupan.
MENGENALI AL-QURAN
Melalui pembacaan aku, Al-Quran pada segi bahasa mempunyai beberapa makna iaitu ‘mengumpulkan’ dan ‘menghimpun’, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.
Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber UTAMA dan rahmat yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para manusia, umat Islam dan para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya sebagai rujukan dan panduan.
Salah satu kehebatan Al-Quran yang membuat aku sangat kagum ialah:
1. Ia pada dasarnya adalah sebuah naskhah pembacaan berbentuk perlembagaan hidup, motivasi, sejarah dan berbentuk saintifik yang telah disaksikan melalui pancaindera manusia dengan saksi-saksi yang ramai dan jelas.
2. Dengan bukti-bukti percakapan dan bukti-bukti penulisan bahawa Al-Quran itu telah diasaskan dan diurus tadbir oleh Muhammad... sedangkan Muhammad yang sangat jujur (Al-Amin) ini adalah merupakan seorang yang buta huruf sehingga akhir hayatnya. Tidakkah itu SATU KEAJAIBAN yang telah dipandang sepi oleh sekalian manusia?
Allah SWT telah menjelaskannya dalam Al-Quran bahawa Dia berfirman:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ ﴿١٧﴾ فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ ﴿١٨﴾
Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”
(al-Qiyaamah: 17-18)
Aku bukannya handal untuk menceritakan perihal Kitab Al-Quran dan Agama Islam jika merujuk kepada latar belakang aku yang sangat cetek ilmu agama.
Tetapi aku cuba membaca dari pelbagai sumber dan mentafsirkan kepada kalian dari sudut pandangan aku bagi menyampaikan mesej ”kenapa aku kembali menyintai Islam dan kagum kepada Al-Quran”
Sebenarnya, dalam al-Quran terdapat banyak fakta dan mukjizat yang saintifik. Ya, Al-Quran itu SAINTIFIK! Tidakkah kita semua secara fitrahnya KAGUM dan sangat mempercayai bahawa Dunia Ilmu Sains itu adalah hebat dan menakjubkan?
Maka kenapa tidak kalian juga kagum melihat Al-Quran itu sesuatu yang lebih hebat melebihi daripada Dunia Sains?
Aku sering terjumpa dan terbaca ayat ini dalam Al-Quran:
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Al-Quran, surah Fussilat ayat 53.
Ayat ini benar-benar terkena kepada batang hidung aku kerana barulah aku faham dan aku mulai sedar bahawa nama ALLAH dan MUHAMMAD dalam bentuk tulisan ARAB yang berada di sekitar kehidupan kita sebagai manusia adalah pembuktian yang sangat jelas untuk kita sebagai makluk yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir.
Berfikir bahawa nama ALLAH dan MUHAMMAD dalam tulisan ARAB adalah TANDA BUKTI merujuk kepada Kitab Al-Quran dan TANDA BUKTI itu adalah menyatakan bahawa kitab Al Quran itu bukan sebarang kitab dan ia adalah sebuah naskhah penulisan yang sangat amat hebat dan istimewa!
Banyak laman web, buku-buku serta video telah pun aku baca dan tonton untuk membuktikan bahawa Islam itu asalnya daripada Allah, bukannya dicipta oleh manusia atau lebih tepat bahawa Islam itu bukan dari Nabi Muhammad SAW.
Pada pandangan aku, Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapan bersendirian kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hamba-Nya. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada. Mungkin betul dan mungkin juga salah dengan pandangan aku ini.
Oleh kerana itulah Allah telah berkomunikasi dengan manusia dengan menyuntik sejumlah jawapan yang perlu manusia tahu, seperti bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. Jawapan-Nya ada ditera
ngkan di dalam al-Quran melalui Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW.
Input positif ini bagi aku mampu membongkar banyak kejanggalan dan kepelikan yang terlalu saintifik yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia.
Ada juga satu persoalan yang sangat menarik dan sering aku utarakan kepada golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang berbunyi:
”...mampukah manusia menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam semesta untuk mengkaji dalam mencari segala persoalan dalam fikiran manusia sedangkan seluruh alam semesta ini semakin hari semakin berkembang (merujuk kepada teori big Bang) dan menjadi lebih luas seluas-luasnya?”
Dan jawapan aku sudah pasti ialah TIDAK MUNGKIN!
Sampai bila-bila golongan manusia tidak akan dapat menemui siling, dinding dan dasar atau lantai tapak alam semesta ini yang sangat sangat amat luas ini!
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:
Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Aku tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”
ANTARA PEMBACAAN ILMIAH AKU ADALAH:
BACAAN PERTAMA – KEJADIAN ALAM DAN BIG BANG
Seperti yang telah kalian semua tersedia maklum bahawa sebahagian besar para saintis dan para astronomi dunia percaya melalui kajian mereka bahawa pada sekitar 13 atau 14 bilion tahun dahulu bumi dan seluruh alam semesta adalah bercantum menjadi SATU.
Akibat kepadatan dan tekanan suhu yang amat tinggi pada cantuman ‘kewujudan yang satu’ tersebut, satu letupan yang sangat amat kuat telah berlaku dan ia ditafsirkan oleh semua para bijak pandai manusia sebagai sebuah permulaan daripada asal ketiadaan seluruh alam semesta yang kita diami sekarang.
Menurut teori ´Big Bang´ ini, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).
Radiasi Letupan Hebat itu masih kekal ada di ruang angkasaraya kita. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahawa wujudnya kesan radiasi tersebut.
Fakta yang baru ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam Al-Quran:
“ Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)
Merujuk kepada ayat Al-Quran di atas, secara logiknya semua zat benda yang ada di bumi dan di langit (matahari, bulan, planet-planet serta bintang-bintang) semuanya berasal dari SATU, kemudian dipisahkan oleh Allah lalu menjadi entiti-entiti cosmos yang berasingan lantas ia juga membawa erti bahawa bahan-bahan asas yang ada di alam ini mengandungi unsur-unsur yang sama.
Perbezaan yang mungkin berlaku adalah setelah bahan-bahan asas itu bertindak balas mengikut situasi lokasi dan implikasi waktu, suhu dan tekanan dan berubah menurut kesesuaian tempatnya tanpa menghilangkan bahan asasnya sama sekali.
Asal kejadian alam semesta sehingga terbentuknya bumi, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung iaitu; Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud/tunggal). Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit dan Pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim. (Dr Zakaria Awang Soh, 1990)
BACAAN KEDUA – LANGIT DAN DUKHAN
Sebelum kejadian Big Bang, Al-Quran telah pun menceritakan kejadian keseluruhan alam semesta ini adalah kosong, tiada apa-apa melainkan hanya kepulan-kepulan asap yang panas dan tebal.
Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Menurut ahli-ahli Astrofizik dunia, alam ini bermula adalah dengan kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksaksa.
Kenyataan ini menyatakan bahawa sebelum Big Bang ada kejadian alam yang lain telah berlaku dalam proses pembentukan alam semesta ini. Dan fakta ini di sokong oleh ilmu sains dan ahli sains moden. Ini sangat mengkagumkan bagi aku!
Allah menyebut dalam firman-Nya:
“ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit ketika itu masih merupakan asap.. lalu Ia berfirman kepada langit dan bumi “turutlah kamu berdua akan perintah ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa”... keduanya menjawab “kami berdua sedia menurut-patuh dengan sukarela’” [ Fussilat 41:11].
Allah juga berfirman:
“lalu Ia menjadikan tujuh langit dalam dua masa, dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah yang maha kuasa lagi maha mengetahui..” [Fusilat 41:12]
Ayat di atas antara lain memberi penjelasan tentang asal langit itu berupa asap atau gas. Istilah ‘dukhan’ itu merujuk kepada sesuatu yang terhasil berupa asap, kabus ataupun gas. Daripada bahan-bahan inilah terbentuknya keseluruhan langit dan bumi serta kemudiannya di pisahkan.
Kenyataan ayat di atas di sokong oleh penemuan saintifik sejak akhir-akhir ini. Prof. Yoshida Kozai, Pengarah Kaji Bintang di Tokyo, mengungkapkan bahawa langit berasal daripada asap (dukhan).
Fenomena ini sudah dilihat kini dengan adanya satelit dan kapal angkasa yang dilancarkan untuk mengambil gambar-gambar tersebut secara lebih dekat. Daripada gambar sebuah bintang di langit ketika dalam proses dalam pembentukannya, terdapat di tengah-tengahnya asap yang menjadi bahagian bersinar daripada bintang tersebut.
Di sekeliling bintang tersebut terdapat asap dan sekitar asap tersebut terdapat pula garis merah sebagai penunjuk bahawa suhu di situ sangat tinggi. Sebelumnya saintis menduga bahawa langit berasal dari kabus tebal.
Andaian tersebut tertolak sebab kerana sifat kabus adalah dingin dan beku sementara sifat asap adalah panas dan bergerak. Profesor ini terkejut apabila dihujahkan kepadanya bahawa kenyataan tersebut telah pun diungkapkan oleh Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.
BACAAN KETIGA – LAUTAN .
Fenomena yang ganjil tetapi menakjubkan seperti gambar diatas ini ditemui di Selat Gibraltar yang menyaksikan seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi menjadi sempadan kepada dua buah laut.
Keganjilan ini memberikan kekaguman yang tinggi kepada seluruh golongan manusia dan mendorong ramai para saintis untuk mencari penyebab terpisahnya dua lautan ini dan mengkaji bagaimana jelas hadirnya ”sempadan” di tengah-tengah lautan berkenaan.
Dan sekali lagi fenomena ia telah dirakamkan pada satu ayat di dalam al-Quran tentang penemuan akan dua lautan tersebut iaitu di dalam surah ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan selama ini dengan Terusan Suez:
“Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara kedua-duanya ada batas yang tidak boleh ditembus.''
Ada juga sebuah cerita benar yang sangat menarik dan sangat popular mengenai seorang Oceanografer (ahli kaji lautan) dan ahli selam terkemuka dunia yang berasal dari Perancis bernama Mr. Jacques Yves Cousteau.
Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan manusia di seluruh dunia. Ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya.
Dan pada suatu hari, secara kebetulan Mr. Costeau terkesima dan beliau sangat kagum melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan setelah mengetahui terdapat sebuah ayat dari kitab Al-Quran iaitu Surah Al-Furqaan yang diperkenalkan oleh rakan Muslim beliau menceritakan fenomena tersebut. Jelasnya, bagaimana fenomena keganjilan alam itu sebenarnya sudah pun termaktub dalam al-Quran, al-Furqan-53:
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi.
Beliau berpendapat bahawa, fenomena ganjil yang tercatat pada 14 abad yang silam dahulu akhirnya terbukti pada abad ke 20. Ini nyata membuktikan bahawa al-Quran telah mendahului segala-galanya dan mustahil al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa zaman yang belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan.
BACAAN KEEMPAT - KERAK BUMI DAN GUNUNG GANANG
Manusia secara realitinya mengalami proses kehidupan secara lengkap dan normal HANYA di atas permukaan kerak bumi sahaja. Untuk pengetahuan kalian, lapisan bumi itu sebenarnya adalah Tidak Statik (bergerak-gerak).
Kerak bumi bukan bersifat STATIK (Pegun). Sains telah membuktikan bahawa lapisan kerak bumi adalah kawasan yang sentiasa bergerak dan bergolak.
Proses pergolakan ini memberi kesan terhadap susun atur dan struktur batuan. Geseran, himpitan, dan lipatan menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dalam kerak bumi. Tekanan dan suhu yang tinggi menolak keluar batuan, bahan pepejal, cecair dan gas ke permukaan bumi melalui letupan gunung berapi. Bahan cecair yang membeku dan debu akan membentuk tanah.
Sebenarnya, fenomena ini telah disebut oleh Allah s.w.t. dalam surah an-Naml ayat 88 yang bermaksud:
Dan kamu lihat gunung-gunung itu kamu sangka ia tetap di tempatnya padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. Begitulah Perbuatan Allah membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Sedarkah kalian bahawa Al-Quran diturunkan semasa Nabi Muhammad masih hidup iaitu lebih kurang 1500 tahun dahulu. Sedangkan, penemuan ini baru berlaku pada zaman ini. Jadi, adalah mustahil sekali bahawa al-Quran itu direka oleh Baginda. Allah s.w.t. Maha Pencipta. Dengan sifat-Nya ini, Allah s.w.t. boleh menciptakan langit dan bumi melalui proses yang dikehendaki-Nya.
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya pada waktu Dia menyatakan, jadilah lalu terjadilah, dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan pada waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Al-An`am: 73)
Begitu juga dengan perihal pertemuan fungsi utama gunung ganang yang ada di seluruh dunia ini disifatkan sebagai Pasak Bumi. Ia telah dikaji dan dibuktikan oleh salah seorang bijak pandai dari Dunia Barat bernama Profesor Emeritus Frank Press yang telah mengarang sebuah buku yang sangat terkenal berjudul ‘EARTH’.
Buku ini merupakan sebuah buku rujukan utama di kebanyakan universiti di seluruh dunia yang membincangkan perihal mengenai kerak bumi. Beliau merupakan presiden dari National Academy of Sciences, Washington, DC selama 12 tahun dan juga Penasihat Ilmu Pengetahuan kepada mantan Presiden Amerika Jimmy Carter.
Di dalam buku tersebut beliau bersetuju setelah melalui kajian beliau bersama sepasukan para pengkaji beliau yang menyatakan bahwa gunung-gunung mempunyai akar di bawah mereka. Akar ini menjunam jauh ke dalam seolah-olah bahawa gunung-gunung yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai bentuk bagaikan PASAK.
Seorang bijak pandai dari Jepun juga iaitu Profesor Siaveda yang merupakan seorang geologis marin terkemuka pernah menyatakan melalui kajian beliau beberapa tahun lalu bahawa bumi terbentuk dalam keadaan BERPASAK-PASAK. Ini bermakna, lapisan yang tinggi akan membentuk gunung manakala cenuramnya yang jauh ke dalam bumi akan membentuk jurang-jurang dalam lautan.
Sebenarnya, kejadian bumi dalam bentuk pasak telah lama termaktub dalam al-Quran surah An-Naba': 6-7 sebagaimana berikut:
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak.
Gunung ganang adalah merupakan sebuah ‘PASAK’ digunakan untuk menahan atau mencencang sesuatu ‘binaan’ agar kekal kukuh dan ia memiliki fungsi yang sangat penting untuk menstabilkan kerak bumi dan mencegah tanah bergoncang. Allah berfirman:
“Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.” (An Nahl, 16:15)
Apa pun penemuan sains tentang keunikan alam, al-Quran telah mendahuluinya. Jadi, mungkinkah isi kandungan al-Quran itu DITULIS dan DICIPTA oleh Nabi Muhammad?
BACAAN KELIMA - BESI
Tahukah kalian semua bahawa seluruh unsur besi di dunia ini yang amat dekat dengan kehidupan harian manusia itu sebenarnya berasal daripada luar Planet Bumi? Terkejut bukan?
" Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ...." ( Al Qur'an , 57:25 )
Penemuan para saintis dan astronomi moden telah berhasil mengungkap bahwa logam besi yang ada di Bumi kita ternyata sebenarnya berasal dari planet atau bintang jauh di luar angkasa. Kajian terbaru tersebut ini mengungkap logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan di dalam inti bintang-bintang raksasa.
Ini kerana untuk menyatukan kesemua unsur-unsur atom elektron dan proton yang terdapat pada besi itu memerlukan kekuatan yang dahsyat yang mencapai 4 kali kekuatan yang ada pada panas matahari.
Oleh kerana itu tidak mungkin besi tercipta di bumi kerana ia pasti memerlukan TENAGA ASING yang tiada pada sekitar bumi dan sistem cakrawala terdekat.
Menurut Dr. Zakir Naik di dalam buku 'Al Quran vs Sains Moden’ disebutkan bahwa besi tidak dihasilkan dalam sistem suria kita. Besi hanya dapat dihasilkan dari bintang-bintang yang berukuran lebih besar yang suhunya melebihi 4 kali kekuatan dari Matahari.
Menurut beliau, ketika jumlah kepadatan unsur besi telah melampaui batas tertentu di dalam sesebuah bintang yang tidak mampu lagi untuk menanggungnya, ia akan akhirnya meletup / meledak melalui peristiwa yang dipanggil sebagai “nova” atau “supernova.”
Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor atau pun tahi-tahi bintang yang mengandungi besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang vakum angkasa sehingga mengalami tarikan oleh daya graviti planet-planet lain termasuk Planet Bumi.
Tidakkah kalian merasa KAGUM bahawa Al-Quran mendahului Ilmu SAINS?
Jelas di sini terdapat banyak keanehan serta keganjilan fenomena geologi yang telah dirungkaikan lebih awal didalam al-Quran. Setiap kejadian geologi ada hikmah tersurat dan tersirat khas kepada golongan manusia seperti mana firman Allah dalam surah al-Mursalat ayat 25-26 yang bermaksud;
”Bukankah Kami jadikan BUMI sebagai tempat berkumpul orang-orang hidup dan orang-orang mati?”
Di sini jelas membuktikan bahawa al-Quran itu sebenar datang daripada sebuah watak yang bernama Tuhan (Allah) dan bukan sama sekali sebuah kitab ciptaan manusia. Artikel-artikel di atas juga membuktikan bahawa aspek sains sendiri adalah tidak bercanggah dengan pernyataan al-Quran.
Masihkah kalian tidak merasa kagum lagi?
Setelah aku sedar dan memahami bahawa Al-Quran itu sebuah penulisan yang sangat amat hebat dan ajaib, aku terkesima, lantas tanpa aku sedari, aku kembali meyakini seterusnya beriman sepenuhnya kepada agama asal aku iaitu ISLAM.
AL QURAN adalah kalam rasmi yang datang dari Allah sendiri. Firman Allah itu disampaikan melalui pihak tengah yang bergelar Malaikat. Hukum ini kekal masih terpatri sebagai panduan Allah melalui Kitab Al-Quran yang diurus tadbir dan disebarluaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Kini ia diwarisi oleh pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW yang berada di setiap pelusuk dunia dalam memelihara KALAM ALLAH tersebut!
Maka aku menyeru kalian semua, bermula sekarang tiada alasan lagi bagi kita untuk tidak mengakui bahawa seluruh kehidupan ini wajib berpaksi dan merujuk kepada Al-Quran sebagai satu-satunya panduan kehidupan.
Mendampingi, menyantuni dan melantik Penjaga atau Pewaris Kitab ini sebagai pemimpin dan guru kita juga adalah satu kemestian yang perlu kalian pandang sebagai sesuatu yang amat sangat penting.
Merekalah Pewaris Nabi Muhammad SAW dalam mengurus tadbir kehidupan sebagai Muslim dan keseluruhan perihal mengenai Kitab Al Quran dan ISLAM!
Keindahan dan ketenangan hidup pasti akan muncul setelah hadirnya KESERAGAMAN MINDA yang terhasil kerana kita hanya berfikir menggunakan SATU JALAN, SATU PANDUAN dan SATU KEHIDUPAN yang telah disusun atur ragamnya oleh Sang Pencipta Alam.
Aku juga ingin membuka rahsia tujuan hakiki sebenarnya atau NIAT PALING UTAMA aku menulis buku ini adalah kerana penzahiran zahir dan batin DUA KALIMAH SYAHADAH yang menuntut aku dan seluruh Muslimin dan Muslimat untuk naik menjadi SAKSI bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.
Maka dengan lahirnya Teori Monolog ini, serba sedikit ia membantu untuk aku menyaksikan bahawa Allah itu wujud, Al Quran itu adalah Kalam Allah dan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad itu adalah sebenar-benarnya KEBENARAN!
Maka Kembalilah Wahai Manusia Ke Pangkuan Allah! Pasti di hujung kehidupan ini ada kejayaan yang menunggu.
0 Ulasan