G-K566N94YEK 3. Teras Teori Monolog

3. Teras Teori Monolog

TERAS PERTAMA

Terdapat 3 teras dalam teori monolog ini iaitu untuk yang pertamanya ialah:



BERFIKIR DARI PERSPEKTIF 

TITIK TENGAH SFERA


Jika kita perhatikan, dalam penciptaan alam semesta, bentuk BULAT adalah bentuk yang amat jelas DOMINAN. 

Semua Sel ATOM, SEL HAIWAN dan semua PLANET berbentuk BULAT. Itu tandanya apa?? 

Ia seolah-olah memberitahu kita bahawa bentuk BULAT itu adalah sangat penting dalam kehidupan alam sejagat. 

Bagi aku, bentuk BULAT terutamanya BULAT SFERA adalah cantik, adil dan lengkap melengkapi.

Itu bahasa yang aku tafsir melalui KOMUNIKASI ini.

Teras pertama ini juga merupakan dasar kepada munculnya naskhah ini dalam visi dan misi mencari kebenaran melalu komunikasi yang mudah dan dekat di hati semua jenis pembaca.

Naskhah ini boleh dibaca oleh setiap peringkat umur, jantina, kaya atau pun miskin, bijak atau pun bodoh, selagi pembaca itu mampu untuk membaca atau pun mendengar dan mempunyai akal fikiran yang terbukti normal.


DEFINISI PERSPEKTIF DARI TITIK TENGAH SFERA:

1. Bahasa ringkasnya ialah berfikir secara ASAS, ADIL dan SEDERHANA lantas mewujudkan komunikasi yang SEMPURNA iaitu melontarkan BAHASA menggunakan saluran yang asas lagi mudah bagi mencernakan mesej kepada penerima. Begitu juga sebaliknya.

2. Teori pertama ini mengajak manusia untuk: Berkomunikasi Seperti Budak Sekolah Tetapi Dengan Tona dan Intipati Berbentuk Dewasa, Logik Dan Bijak lagi Tertib.

3. MESEJ haruslah MUDAH, RINGKAS, PADAT untuk penerima menerima mesej dengan FAHAM, JELAS dan HADAM. Tak guna seorang bijak pandai turun ke jalanan bagi menerangkan sesuatu tetapi hasilnya hanya dia seorang sahaja yang faham.

4. Berbicara dari perspektif titik tengah SFERA adalah sebuah simbolik bahawa kita berada di tengah-tengah sebuah lokasi “Ground Zero” lantas membuang EGO dan STATUS bagi menyampaikan mesej kepada sasaran penerima mesej.

Dalam bahasa yang lain ialah kita harus empati persis si bodoh bagi menerangkan semua perkara yang berbangkit kerana banyak titik persamaan ada pada LARAS FIKIRAN ASAS seperti di peringkat golongan kanak-kanak, remaja dan orang yang kurang berkemampuan berfikir. Semakin jauh cerita itu semakin banyak pula titik perbezaan.

Albert Einstein, Thomas Edison, Stephen Hawking dan ramai lagi bijak pandai moden apabila membuat forum atau sidang bicara.

Mereka akan menggunakan bahasa yang mudah dan jelas untuk menerangkan teori-teori atau pendapat-pendapat mereka bagi diterima pakai oleh orang awam dan pihak berkepentingan.

Aku juga memegang kuat teori pertama ini kerana dari pengalaman aku, orang awam kebanyakannya keliru malah ada dibohongi oleh para bijak pandai hanya kerana mereka TIDAK BIJAK. 

Maka dari sinilah aku menekan bahawa setiap komunikasi haruslah selaras dengan semua minda dan fikiran NORMAL iaitu menggunakan BAHASA ASAS dan menguatkan PERKARA POKOK dalam menyampaikan apa-apa jenis mesej.

Kerana apa? Kerana SEMUA kehebatan itu bermula dari KOSONG dan disusuli dengan langkah PERTAMA!

Kerana apa? Kerana KEBIJAKSANAAN ASAS sudah cukup menjadikan hidup ini sempurna dan selebihnya kita serahkan kepada kuasa alam semulajadi!

Apabila kita sedang melihat dari pelbagai sudut perspektif yang melibatkan sesuatu isu/perkara/masalah yang sedang di fikirkan, kita seharusnya BERSIFAT SEDERHANA dengan memerhati dan memberi pandangan dari semua sudut yang ada dan tidak berpihak pada mana-mana pihak yang terbabit. 

Kalau kalian atau segelintir individu di sekeliling kalian tidak BOLEH atau TIDAK MAMPU mempraktikan teori ini – kalian Wajib berundur diri dari memberi pandangan atau pun memberi pendapat kepada umum!

Bagaimana mungkin kalian mampu memberi pandangan, membuat keputusan atau berkomunikasi di kalangan manusia tanpa tahu apa yang berlaku di sekeliling kita?

Meletakkan diri kita di tempat yang paling sederhana adalah tempat yang paling selamat dan tenang bagi kehidupan kita. 

Itulah Namanya ASAS KESEMPURNAAN KOMUNIKASI!

SESUATU KEPUTUSAN mestilah bersifat Titik Tengah sebuah Bulatan Sfera terhadap setiap subjek, perkara dan keputusan. Ia nampak mudah tetapi realitinya melakukannya adalah agak sukar. 

Itu aku memang akui. Ia memerlukan kefahaman yang dalam akan sifat kesederhanaan yang betul dalam komunikasi umum.

Maka persoalannya, mampukah kita menjadi seorang yang BIJAK dan HEBAT dalam berkomunikasi seperti di atas, seterusnya memahami kehidupan ini yang penuh dengan ranjau yang berduri ini??

Di sinilah kita memerlukan TERAS KEDUA dan TERAS KETIGA yang bakal merubah kita secara automatik dalam berkomunikasi.


TERAS KEDUA


DEFINISIKAN SETIAP NAMA


Setiap subjek/objek/entiti yang WUJUD kebanyakannya mempunyai NAMA.

Mahu tak mahu segala yang wujud perlu bernama. Nama itu akan wujud dengan pelbagai cara. Ada merujuk kepada fizikal, lokasi, saiz, rupa bentuk, perangai, dan sebagainya.

Ada nama yang telah di rancang. Ada nama yang telah di beri atau di anugerah. Ada juga nama gelaran yang terbit dari tabii, pekerjaan dan sebagainya.

Di zaman moden kini, semua NAMA boleh dirujuk dengan mudah sekali.

Cara paling lazimnya bagi kalian semua ialah dengan mempunyai simpanan sendiri kamus yang paling dipercayai atau kalian bolehlah mengakses kepada enjin carian internet untuk mencari setiap definisi NAMA ketika perlu.

Kepada subjek yang tidak bernama, ia bermakna subjek itu mungkin sesuatu yang baharu atau tidak penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. 

Kita boleh memberi nama dan definisi kita sendiri kepada sesuatu entiti yang tidak bernama.

DEFINISI KEPADA DEFINISI adalah suatu pernyataan mengenai ciri-ciri penting suatu perihal, dan biasanya lebih kompleks dari pengertian, makna atau pengertian suatu hal atau perkara. Ia sering disebut sebagai definasi walaupun ejaan itu adalah salah.

Ada pelbagai jenis DEFINISI, salah satunya adalah definisi perkataan dalam kamus (lexical definition). 

Terdapat juga Definisi yang berasal dari pendapat umum dan bijak pandai.

DEFINISI turut ditafsirkan sebagai menganalisis jenis dan sifat berlawanan yang dikandung oleh sesuatu kewujudan.

DEFINISI terdiri dari:

1. Definisi Nominalis : menjelaskan sebuah kata dengan kata lain yang lebih umum untuk difahami. Ia sekadar menjelaskan kata sebagai tan￾da, bukan menjelaskan hal yang ditandai. Definisi nominalis sering di￾gunapakai pada permulaan sesuatu pembicaraan atau diskusi.

2. Definisi Realis : penjelasan tentang hal yang tersurat dan tersirat pada sesuatu istilah. Ia bukan sekadar menjelaskan istilah-istilah yang ter￾kandung dalam sesuatu nama malah ia menjelaskan isi yang dikand￾ung oleh suatu istilah.

3. Definisi Praktis : penjelasan tentang sesuatu hal dilihat dari sudut ke￾gunaan atau tujuannya dalam 3 sudut berbeza iaitu operasinya, fungsinya dan kekuatan pengaruhnya.

Teras kedua ini pasti akan menjadikan kita semua faham dan mahir mentafsirkan segala sudut situasi kehidupan dalam keadaan yang seragam dan sekata. Kesatuan minda adalah sesuatu yang amat perlu untuk menghasil￾kan komunikasi yang hebat.


TERAS KETIGA


MENGENAL SIFAT


Selepas kita MENDEFINISIKAN SESUATU NAMA yang merujuk kepada satu kewujudan, secara tidak langsung sudah pasti akan muncul ciri-ciri asas, ciri-ciri persamaan dan ciri-ciri berlawanan dari NAMA yang telah kita huraikan dalam teras kedua tadi... 

Segala ciri-ciri asas itu aku gelarkan ia sebagai NAMA SIFAT ASAS (SIFAT) sebagai nama yang mudah untuk difahami. Dalam erti kata ringkasnya, setiap NAMA yang merujuk kepada sebarang perkara/entiti/objek/subjek setelah melalui proses Definisi, maka akan lahirlah seluruh SIFATnya.

Nama-nama Sifat Asas itu sendiri juga boleh didefinisikan bagi menjelaskan dengan lebih mendalam apakah peranan sifat-sifat itu wujud.

Kita mungkin ada jutaan atau berbilion NAMA yang wujud dalam merujuk kepada kewujudan yang ada atau juga turut merujuk kepada khayalan ciptaan kita, tetapi SIFAT tidak sebanyak itu.

Contohnya; jika kita merujuk kepada 7000 species haiwan yang wujud dengan pelbagai Nama seperti manusia, lebah, burung, ikan, pelbagai jenis bakteria dan seumpamanya.

Namun SIFAT mereka cumalah diterjemahkan dalam bentuk yang hampir sama seperti adakah ia bersifat ganas, lembut, baik, jahat, cantik, buruk, bulat, leper, hitam, putih, panas , sejuk dan sebagainya.

Definisi SIFAT di sini adalah:

1. SIFAT tidak berbentuk OBJEK.. Ia adalah ciri–ciri asas yang membentuk kewujudan yang terbukti WUJUD.

2. SIFAT juga adalah PERISIAN ASAS (Software) yang merujuk kepada segala perkataan yang ada pada kewujudan tersebut.

3. SIFAT di sini boleh di katakan antara sekumpulan ciri - ciri yang paling dasar dan paling halus bagi membentuk sesuatu kewujudan.

4. Ia adalah IDEA dan PELAN ASAS atau BLUEPRINT sebelum kewujudan tercipta:

  a) Sifat yang merujuk kepada tingkahlaku, cara fikir dan perasaan.

  b) Sifat yang merujuk kepada saiz, bentuk dan warna fizikal.

SIFAT berbentuk SUBJEK, ia adalah “Perisian Kewujudan”. Cuba kalian fikirkan, sifat marah, sifat cantik, sifat baik dan sebagainya. Adakah sifat –sifat ini boleh di pegang secara fizikal dan jelas nyata kewujudannya?

Namun kita sedar dan akui sifat – sifat ini adalah wujud, tidakah begitu?

Tetapi adakah sifat ini boleh dibuktikan secara saintifik bahawa ia wujud?

Kesemua perkara ada pasangannya. Tidak kira ia sebagai kawan ataupun lawannya. Namun dalam hal mencari kewujudan dan kebenaran, kita harus

fokus terhadap perkara – perkara penting tentang yang WUJUD, NYATA dan HIDUP.

SETIAP SIFAT dicipta berpasang-pasangan:

Tidak wujud - wujud

Perkara negatif - perkara positif

Mati - Hidup

Kafir - Beriman

Nafsu - Akal

Jahat - Baik


KELEMAHAN dan KELEBIHAN dalam kehidupan menjelaskan bahawa kita berada di tempat yang Paling Sederhana iaitu diantara KEHEBATAN dan KEKURANGAN. 

Ia juga menjelaskan segala dalam kehidupan kita ini adalah tidak sempurna dan tidak “Gah” seperti yang mampu kita bayangkan.

Segala kelemahan dan segala kelebihan adalah kesempurnaan pada se￾tiap penciptaan jika merujuk kepada kehidupan di dunia ini. 

Sifat-sifat perempuan dan sifat-sifat lelaki seperti rajah di atas adalah perbezaannya melengkapkan satu kitaran KESEMPURNAAN. Tidakkah kalian berfikir begitu??

Perempuan vs Lelaki

1. Lemah lembut vs Kuat

2. Bertolak ansur vs Tegas

3. Tenang vs Pemarah

4. Pemalu vs Yakin

5. Halus vs Kasar

6. Emosional vs Rasional

7. Lemah egonya vs Kuat Egonya

8. Sifatnya sukar untuk bekerja dan merantau vs Mudah untuk bekerja dan merantau.

Ia juga merangkumi semua pelbagai subjek lain seperti:

1. Dunia dan akhirat.

2. Langit dan bumi.

3. Sempurna dan cacat.

4. Hidup dan mati.

5. Siang dan malam.

6. Baik dan jahat.

7. Cantik dan buruk.

8. Manusia dan haiwan.

9. Pahala dan dosa.

10. Benar dan salah

11. Bijak dan bodoh

12. Kaya dan miskin

13. Mulia dan hina

14. Sihat dan sakit

15. Nyata dan ghaib


Pada pendapat dan pengalaman aku, sehingga ke hari ini, semua SIFAT yang wujud mempunyai sifat berlawanan dan sifat persamaan mereka.

Semua berpasang-pasangan seperti ia telah di program sebegitu rupa dari alam azali (Alam Kejadian).

Dari sini timbulnya tafsir ungkapan ‘’Setiap kejadian pasti ada hikmahnya’’ apabila setiap kali musibah terjadi kepada kita kerana setiap keburu￾kan pasti akan ada pasangannya iaitu KEBAIKAN!

Logik atau tidak? Ia bergantung kepada kalian!


FAMILI SIFAT

Seterusnya kita harus melengkapkan “Keluarga” atau “Famili” SIFAT yang

menjadi isu dalam fikiran kita. Kita bermula sekali lagi dengan SIFAT yang

paling asas untuk kita pegang ialah WUJUD. Ya, aku meletakan SIFAT WU￾JUD adalah sifat tertinggi dalam seluruh sifat yang ada.

Famili Sifat WUJUD: (desktop view)

TIDAK WUJUD

 

WUJUD

Nyata

Tidak nyata

Separa wujud

Khayalan 

 

Untuk memudahkan gambaran seperti di atas, kita susun seperti kolum dibawah ini:

Tidak wujud

Khayalan

Separa wujud

Wujud

(tak nyata)

Wujud

(nyata)

 · Kita boleh meletakan SIFAT yang muncul dari SATU NAMA di dalam satu kumpulan kotak seperti di atas mengikut kesesuaian yang logik.

· Kemudian kalian boleh menyusun sifat yang berlawan dan sifat persamaan dari sifat asas itu mengikut turutan yang dirasakan logik.

 

Famili Sifat LOGIK: (desktop view)

 

Tidak Tercapai Akal

Tidak logik

Was - was

Logik

Hukum

 

Kenapa perkara ini harus di tafsir sebegini??

Ia adalah kerana untuk memudahkan kita melihat secara asas dan secara keseluruhan satu- – satu Sifat yang wujud. Dari sini kita akan mampu untuk melihat serta berfikir atas apa yang sepatutnya ditafsirkan.

 

Famili Sifat BAIK atau Sifat JAHAT:

Terlampau Jahat

Paling jahat

Jahat

Alim kucing

Baik

Sangat Baik

Terlampau Baik.



 

Famili Sifat IMAN:

Tiada  Agama

Kafir

Munafik

Separa Iman

Beriman

Warak

Fanatik

 

Kolum berkotak ini adalah dalam kiraan yang ganjil iaitu 3, 5 , 7 dan yang paling terakhir ialah 9 kolum kotak. Ini merujuk kepada sifat angka itu sendiri sebenarnya yang hanya mempunyai 10 simbol iaitu dari 0 sehingga 9.

 

Jika kita merujuk kepada teras pertama iaitu Berfikir Dari Perspektif Titik Tengah Sfera, kaedah kolum ini boleh menjelaskan kepada kita bahawa kesederhanaan komunikasi ada pada kolum tengah demi membina komunikasi awam yang efektif dengan orang ramai. Ini aku akan perjelaskan di runagan yang lain.

 

Melalui 3 Teras Teori ini, kita bakal dapat menjawab pelbagai soalan hidup yang sering mengganggu kita selama ini. Ia menjadikan kita lebih tenang dan matang.

SILA BACA BAB SETERUSNYA…

0 Ulasan